Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 4 August 2012

Terpaksa Lepaskan ia........


Hari ni..... Hari yang sedih bila terpaksa lepaskan dan memberikan ia kebebasan di dunia yang lebih besar buatnya  setelah sekian lama tinggal dalam akuarium kami. Ia dah besar dan sudah tak muat akuarium kami tu, makanya adalah lebih baik lepaskan ia ke sungai yang lebih besar dan bebas untuknya bergerak. Saya sedih sebenarnya kerana hampir setahun lebih kami pelihara ia, si "PUTIH". Mulanya Adam kata, "Tak payah lah abah, kesian dia". 

Tapi disebabkan ruang akuarium tu dah semakin sempit dan si putih tu pun semakin agresif yang suka melompat hingga terpercik air. Udah ler belakang tu ade plug dan banyak wayar.. Kalau air silap terpercik ke situ kan tak ke haru biru nanti ter'karen'. Takpelah......... mungkin ini yang terbaik untuk putih.. Sob.. sob.. sob... Pasti rindu akan gelagat putih dalam akuarium tu. Apa yang saya perhatikan, putih ni macam berjiwa sikitlah. Yelah sebabnya kan bila ia lapar, ia pandang je tuannya (abah adam) dan naik-naik ke atas sambil nganga mulut. Tapi dengan adam, putih cukup marah. Tiap kali adam pergi dekat dengan akuarium tu ia akan melompat macam tunjuk marah dan habislah terpercik air. 

Putih dah besar sangat kot sebab tu dia semakin agresif dan demand ruang yang lebih luas.. 
Semoga Putih selamat dan hidup bebas di sungai nanti.. Selamat Tinggal Putih...... Hati-hati dengan ikan yang lebih besar yer Putih!! So.. sob.. sob.. :'(
-Inilah 'Putih' yang dulu kecik je masa mula-mula dipelihara-
 Adam dekat akuarium. Dulu, Putih tak berapa agresif lagi. Nampak tak yang masa ni Putih masih banyak lagi ruang untuk bergerak.
 Dah siap untuk dilepaskan......... SELAMAT TINGGAL PUTIH. Semoga Putih selamat dan gembira di tempat tinggal yang baru yang lagi besar ni dan sememangnya habitat Putih sepatutnya kan.. :)
  Putih nampak macam seronok berenang  di tempat tinggal yang baru. Perlahan-lahan ia hilang dari pandangan mata dan terus berenang ke dalam sungai.
Ini budak yang teman Abahnya lepaskan si Putih.

-Video kenangan Putih-

Putih kami ni adalah sejenis ikan kaloi.. Putih ni tak mahu bercampur dengan ikan lain dalam satu akuarium tau. Pernah abah adam belikan ikan lain dan letak sekali dengan Putih, tapi mati ikan lagi satu tu kena belasah dek Putih ni... Hampir setahun lebih Putih ni menjadi peliharaan kami. Bila ditinggalkan lama sebab kami balik kampung pun, Putih masih berkeadaan baik. Sebelum kami balik kampung, kami hanya tinggalkan ikan-ikan yang kecil sahaja dalam akuarium tu untuk bekalan makanannya sepanjang kami takde di rumah. Lasak jugak Putih ni mampu bertahan. Tapi kan lepas je balik dari kampung dan bila nak bagi dia makan, Putih ni macam merajuk tau. Ia tak akan makan sangat makanan yang baru diberi tu. Esoknya pulak baru dia makan.. Sebab tu saya kata berjiwa sikit Putih ni. Hihik.. :)

6 Komen Cerita Hati:

adda syuhada said...

betulkan bila dah lama pelihara mesti sayang kan..

Unknown said...

Besarnyer...mesti sedihkan terpaksa berpisah..

Chic Na said...

laa dah lama bela. sayangnya nak lepas. huhu..

CtAyue said...

@adda syuhada memang rs syg..bila pandang akuarium yg dh kosong tu sedih je rasa.

CtAyue said...

@una imanaahah, adam lg lah duk tye mana putih bila tgk takde ikan dah akuarium dia

CtAyue said...

@Chic Nasayang sgt chicna nak lepas.. tp tu lah, sbb kesiankan dia..harapnya dia selamatlah kt tempat baru tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute