Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 18 February 2012

Kecik lagi tapi dah panjang tangan??


Apa khabar semua warga blogger.

Pernah dengar tak atau terjumpa tak kisah spt entri kat atas. Risau kan. Saya ni sebagai ibu sangat risau dan bimbang. Itulah cabaran dalam nak membesar kan anak-anak, macam2 perlu dihadapi dan akan cuba diatasi dengan baik. Risau sebab kita tak tahu apa lah cabaran kite di masa depan kan dalam mendidik anak-anak ni. Saya sentiasa berdoa semoga perkara begini tidak berlaku terhadap saya. 

Saya sekadar ingin berkongsi dan bertanya pendapat. Ada makcik kedai kat area umah saya nie bercerita yang ade sorang budak baru sek rendah minum air kotak diam-diam di sebalik peti dalam kedainya dan dengan selamba tak bayar. 2x makcik tu dapat tangkap tapi tetap jugak buat. Mungkin kah dah jadi hobi dia agaknya. Sungguh risau. kenapa agaknya budak-budak panjang tangan? Adakah kerana terbiasa bila dah kali pertama cuba tak tertangkap lepas tu jadi seronok? Atau adakah kerana pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh cerita Tv ke atau kawan-kawan pun mungkinlah kan sebab nak tunjuk berduit dnegan kawan-kawan kot. Emm..sangat mencabar kalau berdepan dengan masalah anak begini. Dan ada jugak kisah anak dia baru darjah satu dah pandai amik duit dia senyap-senyap. Check dalam beg jumpa duit banyak baru budak tu bagitahu mane datang duit tu. 

Saya pun google lah nak tahu tips-tips camane nak elak anak panjang tangan atau nak ajar anak-anak yg panjang tangan nie. So, daripada sumber-sumber tertentu. Antaranya ialah :

* Perkara pertama perlu dibuat sebagai ibu bapa mesti hukum anak tu. Hukuman yang kaw kaw punye cam rotan ke supaya anak-anak tu beringat.

* Dan sebelum denda, perlu  nasihat supaya anak-anak faham bahawa itu adalah kesalahan yang sangat besar.

* Dan lagi satu, jangan terlalu membiarkan anak-anak bermain dengan beg duit kita atau menyuruh mereka ambil sendiri duit dari beg kita. 

* Soal pengaruh kawan juga perlu diambil tahu, mesti selidik siapa kawan anak-anak.  

* Brain wash anak setiap hari dan suruh anak baca Al-Quran supaya bersih hatinya.

* Tunjuk gambar atau cerita kisah padah dan azab siksa orang yang panjang tangan.

* Kita sebagai ibu bapa juga perlu banyak berdoa pada Allah S.W.T supaya anak-anak menjadi anak yang baik, taat, soleh dan solehah. Amin.

Sini ade banyak doa untuk anak2. Jom tengok


p/s : Saya pun sedang belajar dan sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik dalam mendidik anak-anak. Semoga anak-anak kita menjadi anak yang baik tingkah dan akhlaknya. Amin.




Pic Ihsan dari pokcik google

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute