Seronoknya bila tengok anak yg dulunya tak tahu apa2, sekarang dah pandai macam2 dah. petah bercakap dan sekarang dah pandai nk lukis dan conteng2. happy tengok perkembangan dia di depan mata. biarlah dulu ku korbankan seketika hasrat hati utk punya kerjaya demi anak kecilku. inilah dia hasil contengan si kecik saya yang sudah pandai buat bulatan. hehe... alhamdulillah dia semakin maju lagi setapak ke hadapan dan semoga si kecikku akan lebih berusaha lagi belajar mengenal hidup ini.
tengok dia conteng semua mcm raksasa. sebab dia suka tengok ultraman...hehe..

Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.





