skip to main |
skip to sidebar

Masa kecil............ bila fikirkan adik beradik yang ramai tu sangatlah tension. Kadang tu macam anjing dengan kucing.. ada jer benda yang boleh jadi gaduh.. Kena kongsi banyak benda lak tu sama-sama.. Aku pulak selalu sangat kena buli dek abang aku yang 3 orang tu. Suka sangat diorang tu usik adik-adik dan aku pulak jenis garang dengan adik-adik sampai adik-adik pun tak berapa rapat dengan aku.. Lagi satu pulak sebab aku duk hostel masa zaman belajar aku dulu, jadi jarang ada kat rumah. Itu yang kadang rasa macam jauh je kemesraan tu tapi hakikatnya masing-masing saling menyayangi cuma antara kami tak berapa pandai nak tunjuk rasa sayang tu kot... Hihik..
Rindu kenangan zaman kecil dengan adik beradik yang 9 orang semuanya tu dan yang ramai lelaki je semuanya. Aku punya seorang je kakak tapi sejak kecil dia dibesarkan mak sedara dan aku mula rapat dengannya masa aku study di kampus sebab selalu bertandang ke rumah dia. Masa tu kampus aku dengan rumah dia dekat kan... Adik perempuan pulak pun sorang jugak.. Hehe.. Teman bergosip aku dah sekarang nih tapi masa dia kecil aku suka jugak buli dia.. Hahaha..
Sekarang kan... bila semua dah besar, masing-masing dah kerja, dah ade keluarga sendiri dan adik yang bongsu tu pun dah form 2 dah. Terasa kejap jer masa itu berlalu.. Rindu mereka semua.. Terutamanya kat abang long dan adik peso aku.. Dah lama tak jumpe diorang. Time aku balik kampung, diorang tak balik, time diorang balik, aku pulak tak balik.. Last jumpe raya tahun lepas.. Mahunya aku tak rindu mereka tu.. Nampak gayanya kena tunggu raya lagilah baru boleh berkumpul ramai-ramai.. Memang meriah sangat suasana masa tu dan mulalah tersedar yang cepatnya masa tu berlalu pergi.. Masing-masing sudah dewasa dah.... Aku sayang mereka walau aku tak berapa pandai tunjuk sayang.. Hihik.. :)
p/s : Motif entri ni tak tahulah kenapa sebabnya aku memang rindu mereka.. Hihik.. Terharu bila tiba-tiba tengok ada komen dari adik aku.... :)

Situasi di meja makan petang semalam.Abah : Adam nak puasa tak? Esok orang puasa tau.Adam : Puasa tu ape?Abah : Puasa tu tak boleh makan dan minum. Kena tunggu malam baru boleh makan.Adam : Eh, sianglah kena makan kan abah, malam tido jer.
Kami tak tahu nak cakap ape dah... Hahaha... Umur macam dia terlalu awal kot nak faham kan apa itu puasa. Baru 3 tahun kan...
Tengahari tadi pulak, masa aku nak bagi dia makan nasi, dia tanya jugaklah kenapa ibu tak makan, kenapa abah tak makan. Aku jawablah, "Ibu dan abah puasalah sayang". Dia pun kata, "Ooo kena tunggu malam ke baru ibu abah makan". Pandai pun kamu kan.... Hihik..
Situasi semasa dia main mainan..Adam : Ibu nak makan burger ape?Aku : Ibu nak burger ayam boleh tak.Adam : Boleh, jap yer adam buatkan.
Haaa.. pandai betul dia imagine mainan tu jadi burger pulak kan.. Oh! Anak, macam-macam kamu yer!!
Gambar terpaksa edit jd cmni sebab adam seksi sikit masa nih..Hehhee.. Dia tak mandi lagi dah sibuk nak main mainan dia tu.. :)

Siapa suka biskut ni? Inilah biskut kegemaran kami tapi yang selalu cepat habiskan adalah Ibu adam.. Hehe.. Aku suka sangat biskut ni sejak dari zaman student dulu lagi. Inilah selalu dikunyah sambil ngadap assignment selain maggi.. Eh, apasal kalau zaman study mesti kena ade stok maggi erk?? Hihik.. Aku dulu pun memang kena ada stok maggi sebabnya kalau bangun tengah malam, bila perut rasa lapar boleh lah makan maggi tu.. :)

Petang tadi kuar beli barang dapur sikit walhal ada niat lain sebenarnya.. Huhu.. Mula-mula ke pasaraya Pantai Timur tapi takde pulak benda yang aku cari tu.. Kedai bakery pulak tutup hari ni kan hari Jumaat.. Mulanya tu, aku dah frust dah sebab tak jumpe apa yang dihajatkan tu.. Terjah pulak lagi satu pasaraya.. Haaa.. Ade jugak dijual kat situ.. Akhirnya tercapai jua hajat nak dapatkan acuan tart tu seperti yang dihajatkan sebelum ini tu. Aku rembatlah 14 biji je dulu... Bajet belum banyak, jadi kenalah belilah sikit-sikit.. Nanti shopping lainkali aku beli ler lagi.. Seringgit satu biji harganya.. Lepas ni boleh lah buat tart telur dan cheese tart tu lagi... Janji dah ade apa yang diinginkan sangat tu kan. Senang sikit nak menge'tart' nanti.... :)
Tak pastilah betul ke tidak saiz yang biasa orang guna tu tapi rasa aku macam dah betul kot.. Emm.. kalau beli bundle lagi murah kan...