Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 17 June 2012

Kasihan kucing tu


ihsan pokcik google

Pagi tadi ada seekor kucing jiran masuk rumah dan duk main-main dalam rumah. Comel kucing tu warna kelabu+putih dan ada loceng lagi di leher yang menandakan memang kucing orang bela lah kan. Lama jugaklah duk main kat rumah aku ni sampai Adam pun siap boleh main kejar-kejar lagi konon takut kat kucing tu. Kucing tu pulak kejap pergi dapur, kejap masuk bilik, kejap duk bawah sofa. Dah lama tu....... baru dia kuar sendiri ikut pintu depan. Tak tahulah pergi mana pulak lepas tu. Dua jam lepas tu (lebih kuranglah kot), jiran depan rumah bagitahu ada kucing mati kat bawah mungkin kena pijak. Aku pun jenguklah ikut tingkap dan nampaklah kucing tu dah mati. 

Adam pun tengok sama, dia boleh tanya, "kenapa kucing acik midah tu? Mati kena pijak kereta ke? Kesian kucing tu".

Adam ingat kucing tu milik acik midah dia tapi sebenarnya kucing tu bukan kucing acik midah adam yang merangkap kawan aku tu, tapi ini kucing jiran yang duk tingkat atas. Adam memang bercerita sajelah pasal kucing tu hari ni. Dah bagitahu tuan punya kucing tu dan sedih tuan punya kucing tu tau. Aku yang tengok dia duk sedih pun rasa sedih jugak. 
Itulah...... moral of the story, kalau pun kita nak reverse kereta, harus pastikan takde kucing atau ape-ape kat bawah kereta kita tu dulu. Kalau tak tengok, kan tak pasal-pasal dah buat kucing mati kan. Tapi tak tahulah siapa yang terpijak ataupun terlanggar kucing tu. 

Nota : Adam memang kadang-kadang takut kucing tapi bila datang time dia ada mood, elok je dia main dengan kucing siap gosok-gosok lagi. Harus ajar anak untuk sayang pada haiwan kan. Setuju tak?? Tapi rumah aku takde kucing.. cuma ada ikan dan burung je. :)

-Kek Pandan Nestum di Hari Bapa-


HAPPY FATHER'S DAY kepada semua yang bergelar bapa dan buat Abah Adam juga. Tak ucap pun lagi tau kat dia.... Tadi dia sendiri yang terkejut bila tertengok iklan kat TV, "Eh, hari bapa ke hari ni?, " dia yang bertanya pulak dan aku iye kan jelah.. Hehehe..
Hari ni mood nak mem'baking' datang, maka terhasillah kek pandan nestum ni. Sesuailah di hari bapa aku buat kek kan. Kek ni manisnya cukup-cukup rasa dan bagi yang suka manis bolehlah tambah sikit gula tu. Sebelum tu, meh jamu mata dengan laksa penang dulu yer..

 Menu semalam sebenarnya.. :)
 Kek ini asalnya kaler hijau sepenuhnya tapi aku saje 'marble' kan dan tak berapa terang pulak kalernya.


Resepi : Kek Pandan Nestum
Sumber : Myresepi

1 gelas gula yang telah dikisar
5 biji telur
1 gelas minyak masak - ku pakai minyak jagung
1 1/2 gelas tepung gandum *ayak
1 tsp soda bikarbonat *ayak
1 gelas nestum -kisar sikit lagi best kot
2 tbsp esen pandan

1) sediakan gula yang dikisar dalam mangkuk.
2) Minyak dan telur dikisar hingga kembang (pakai blender jer). Bial dah kembang sebati, masukkan dalam mangkuk gula tadi dan gaul sebati dengan spatula (ku pakai senduk kayu jer).
3) Masuk tepung, soda, nestum dan esen pandan. Kemudian gaul sebati.
4) Masukkan dalam loyang yang di gris dengan minyak dan bakar pada suhu 190c selama 45 minit atau hingga masak. ( ku bakar lebih kurang 50 miinit dan suhu 170c).

Nota : SELAMAT MENCUBA!!!

-Bila Si Dia bagi pendapat-


"Ibu, kenapa ibu tak balas komen-komen orang kat blog ibu tu. Nampak macam kurang pulak kat situ?", tanya Abah Adam kat aku.

Terkejut dan terharu aku tau. Dia baca jugak rupanya blog aku ni. Ingatkan tak....hehe..  Hari tu dia sudah tegur dan buatkan aku header baru dan jadilah header seperti yang korang tengok sekarang ni. Kali ini, si dia tegur pasal kenapa aku tak reply komen.. Sebenarnya aku nak reply tapi disebabkan sebelum ni aku setting pop-up window jd button reply tu takde.


Macam susah pulak bagi aku nak reply komen bila takde button reply tu. Bukan aku sombong yer.. Walau aku tak reply komen tapi aku balas jejak dengan menerjah blog korang pulak. So, hari ni aku cuba tukarkan setting comment tu dan tengok barulah ada button reply tu.


Jadi, senang sikit untuk aku membalas komen dan harapnya tak meyusahkanlah untuk korang tinggal komen sebab ada jugak yang tak suka bila takde comment pop-up window tu kan. Ape-ape pun terima kasih sebab korang sudi jenguk baca entri-entri CERITA HATI dan sudi tinggalkan komen-komen korang kat sini. Walaupun kenal di dunia maya ni je tapi rasa macam dekat je di hati ni. :)

Minumlah air!!



-sumber pic yang dishare dr fb-

Aku sering lupa... kadang tu tak ikut aturan yang betul dalam minum air masak ni. Kadang  kan sehari tu minum air masak dua gelas je tapi air manis-manis yang banyaknya. Lepas ni akan cuba ikut aturan yang betul kerana pentingnya minum air. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute