Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 9 January 2013

Dunia Baru Si Kecikku


Sejak adam bersekolah, saya pun sama sibuknya jugak.. Jadual semakin menjadi padat. Namun, saya tidak kisah kerana itulah dunia baru si kecik saya yang ingin belajar menjadi insan yang cerdik pandai. Ada orang anggap terlalu awal saya menghantar dia untuk lalui alam persekolahan di usianya yang baru nak menginjak ke 4 tahun. Mahu tak kan, 3 tahun dia akan di tabika. Tapi kerana dia menunjukkan minat nak ke sekolah jugaklah yang mendorong saya galakkan dia ke sekolah. 

Alhamdulillah....... tidak sukar untuk kejutkan dia bangun di awal pagi dan bersiap ke sekolah. Setiap kali pulang dari sekolah, pasti dia akan bercerita apa yang dia belajar. Baru seminggu dia dengan dunia barunya, saya sudah nampak perkembangan yang positif bilamana dia sudah pandai membaca doa makan dengan lancar dan kenal huruf serta nombor dengan lebih baik dari sebelum ini. Apa yang membuatkan saya bertambah seronok bila dia dapat kenal huruf jawi dan belajar mengaji setiap pagi di sekolah. Setiap ibu bapa pasti inginkan yang terbaik untuk setiap anaknya.. Begitu juga saya dan abahnya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk putera kami. Semoga dia menjadi anak yang baik yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin...
Adam mewarna...... Tapi kenapa semua hitam?
 Saya             : Kenapa adam kaler semua hitam ni? Aiskrim kan ade kaler-kaler lain jugak.
Adam jawab : Alaaa takpelah.. kaler satu jer sebab adam amik satu kaler je yang cikgu bagi.
Saya              : Laa..kan ibu dah letak kaler adam dalam beg tu, kenapa tak guna yang adam?
Adam kata    : Takpelah, pakai yang cikgu jer..

Saya??? hahaha..terkedu jap. sayang benar agaknya dia nak keluarkan kaler dia sendiri. Padahal cikgu dah letak banyak pensel warna, tapi dia je yang takut-takut nak amik kaler lain kot..Hihik. Kat rumah kalau kaler, pandai pulak buat cantik dan warna-warni. Apa pun, syabas anak ibu sebab kamu kaler tak ler comot sangat. :)
 Jadual untuk adam.. Mungkin terlalu awal untuknya belajar ikut jadual tapi saya perlu buatkan jugak supaya dia belajar berdisplin. Waktu mula-mula saya tunjukkan dna tampal jadual ni dalam bilik dia, dia nampak teruja dan tahu pulak baca jadual tu. :)
Ni waktu dia explain kat saya sebelum saya sempat explainkan kat dia. Cara mudah untuk dia faham jadual dengan letakkan gambar sekali. 

Nota : Lamanya tak blogwalking.. Maaf yer sahabat-sahabatku di sini. Saya kalau nak menghadap lama-lama depan pc ni memang sakit pinggang dan itu yang kadang saya singgah je tanpa tinggalkan komen.. Nanti saya jalan-jalan lagi yer.

Wednesday, 2 January 2013

Adam dah sekolah.......

Betapa masa itu berlari begitu pantas. Sudah besar sudah kamu. 2013........... Anak ibu berganjak setapak lagi dan melangkah ke alam persekolahan... Semoga anak ibu menjadi anak yang baik, cerdik pandai dan berjaya di dunia dan akhirat.Sesungguhnya Ibu dan Abah sangat menyayangi ADAM AKMAL. Doa kami sentiasa yang baik-baik untuk kamu dak Adam. Terima kasih YA ALLAH di atas kurniaanMU dan amanahMU ini kepada kami.

Betapa ibu rasa sunyi je di hari adam sekolah.. Dan kini baru ibu dapat rasa bagaimana perasaan mereka ibu-ibu yang berkerjaya terpaksa tinggalkan anak dengan pengasuh mahupun taska sejak dari baby lagi. Syahdu je rasa dan sedih di awal nak membiasakan diri dengan kelainan suasana itu. Anak ibu nampak macam seronok je walau ada sedikit gelisah di raut wajahmu. Tapi ibu tahu anak ibu pandai. Inilah satu lagi fasa pembelajaran untuk anak ibu belajar berdikari, bergaul dengan kawan-kawan dan belajar 3M dengan lebih baik lagi. 

 Ini masa dia setahun. Baru pandai jalan.
Sekarang
.
.
.
.
dah melangkah ke alam persekolahan 2013
.
.
 Di hari pertama : Pakai baju lain dari yang lain. Mukanya macam risau. Mungkin terkejut dengan suasana baru. Di sebelah tu satu-satunya kawan yang dia kenal, Ammar yang cool jer.. Hari pertama lepas selesai daftar dan bayar yuran, terus boleh bawak anak balik.
 "Jom ke sekolah" Mula-mula excited tu.
 Hari pertama dapat duit saku dari abah sepuloh hinggit sebab dia menunjukkan sikap positif.. :)
 Bila anak dah sekolah, maka kenalah bergosok bajunya dan rutin pun berubah lah sikit.. Hehhee
 Senyum bila ibu dah siapkan baju dia erk...
Hari kedua persekolahan : Kejutkan adam seawal jam 7.00am. Mandikan dan siapkan dia. Alhamdulillah, tak susah nak kejutkan dia bangun pagi-pagi dan terus mandi. Pakai uniform lengkap sudah.

Inilah pengalaman pertama untuk kami... Excited jugak tau hantar anak ke sekolah untuk kali pertama ni. Memang persiapan pun ala kadar je sebab ingatkan tak lulus untuk kemasukan 4 tahun, sekali dapat pulak. Takpelah sekolahkan dia awal, nanti banyak yang dia boleh belajar.

p/s untuk Adam : Jadi pelajar yang baik yer!!!

Saturday, 29 December 2012

Adam dan Gaya tersendirinya.........


Adam sekarang sudah macam-macam ragam. Makin pandai membebel orang pun ia jugak. Kadang-kadang dia perasan yang dia lagi pandai kononnya dari kami ni... Tapi ada satu yang nampak harus dipantau sekarang ni bilamana dia terlalu obses dengan games. Kalau kat kampung dia selalu main handset Pak Lang dia dan boleh dikatakan handset Pak Lang tu dia yang punyalah kalau dia duk kampung. Dua bulan lepas sebenarnya saya lama tinggal di kampung sebab hubby saya pergi kursus. Itu yang jadi salah satu sebab jugak kenapa saya menyepi dari berblog ni.. Hihik..

Tahun depan pulak maknanya minggu depanlah, Adam akan saya hantar ke Tabika. InsyaAllah... Kena menunggulah saya untuk tempoh seminggu kot nak tengok ragam dia macamana kan. Harapnya dia dapatlah suaikan diri nanti. Saya saje hantar dia awal untuk bagi dia biasakan diri dengan sekolah dan belajar ni. Takdelah dia asyik nak main je kan kalau kat rumah ni. Tapi saya pulak yang macam masih ragu-ragu je nak berpisah dengan dia walau sekejap je pun dia gi sekolah tu.. :)

 Adam : Comel tak saya?
Angry bird tetap jadi pujaan.. :)

Memandangkan si kecik asyik duk games jer.. Haruskah dibuatkan jadual kat dia? Emmm... nanti nak kena buat gak nih.. Hehehe..

Kami.........


On lappy.... online blog. Mula-mula nak menaip, terus rasa kelu kaku jer nak tulis ape. Hihik.. Inilah dia penangan lama menyepi kan.. :)

 Saya yang sudah bertukar.. Hehehe. Sekarang dah 19++ weeks... Kecik je perut sebab saya pun kecik kan.. Adam dulu pun memang lahirkan dia kecik.. Tapi harapnya kali ni baby besar sikitlah dari abang adam dia. Susah jugak kalau orang payah naik berat badan ni walau pregnant kan.. Saya memang bergantung sepenuhnya pada susu anmum materna dan pil vitamin sepanjang kehamilan. Alhamdulillah, saya tak alami alahan teruk sangat dan sama jugak masa pregnantkan adam dulu pun begitu gak. Cuma selera makan jer yang memilih.. Normallah kan. Saya tengah cuba berusaha untuk nak naikkan berat 2kg sebulan berbanding 1kg sebelum ni. Untuk bagi baby besor sikit sebab hari tu doktor scan, katanya baby kecik sikit. Adam teruja tau dengan bakal adik dia nih. Setiap hari dia akan cium perut saya dan sembang dengan adik dia.. Doakan saya dan baby sihat-sihat yer..

 Dan ini............ Pic terbaru Adam.. Main games je kerjanya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute