Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 27 December 2012

Lama ku sepi...........


Lama ku menyepi.........
Bukan bermakna aku lari.......
Lama ku menyepi.........
Bukan bermakna ku menyendiri...

Ku sepi kerana ku berehat seketika..
Mungkin 'mood' itu hilang seketika.

Sudah lama tidak menatap dan bertandang membaca coretan sahabat-sahabat disini.
Rindu pula rasa hati.
Hingga tiada tahu perkembangan terbaru kalian.
Maafkan daku yer sahabat-sahabat...

Inilah dia penangan mood hamil lagi.. Nak mengadap lappy lama sikit pun jd malas. Online fb jer selalunya..Hehe.. Mungkin lepas ni bolehlah slow2 menulis balik disini. Catatan memori yang sudah lama tidak ber'update'. Macam-macam jgk story pasal si kecik adam yang belum tercatat. InsyaAllah akan menyusul jua nanti memori catatan untuk tatapan anak-anak di masa mendatang... Hihik... 

Nota : Rindu nak membebel disini..... :)

p/s : Adam bakal sekolah tahun depan tapi persiapan sekolah belum beli pun lagi. Mungkinkah saya masih ragu-ragu nak hantarnya ke sekolah?? Atau mungkin saya yang belum bersedia nak lepaskan dia ke sekolah? Hihik.. Walhal si kecik tu bersemangat nak sekolah... :)

Tuesday, 23 October 2012

TQ Mr Hubby


 Mug pemberian Mr. Abah Adam sempena ulang tahun saya. Masa bila dia tempah pun tak tahu menahu lak.. Dah nama pun hadiah kan.. Hihik.. Tengok angka tu.. Muda lagi okeh.. :)

Sebenarnya saya cukup terharu dengan kata-kata dari Mr. Abah Adam kat mug ni. 
TQ Mr.Hubbyku... Terasa diri ini sangat dihargai dengan kata-kata jiwangmu itu.Hahaha.. :)

Hari ini , ada orang nasihatkan saya sesuatu bila tengok details pengajian saya. Huhu.. Hakikatnya hanya saya je tahu kenapa dan mengapa. Saya bahagia buat masa sekarang dengan keputusan yang saya ambil hingga kini. InsyaAllah satu hari nanti akan ada jalan terbaik untuk saya dan untuk family saya. Tak mahu dah menjadikan cakap-cakap mahupun sindiran orang sekeliling sebagai tekanan untuk saya. Namun dalam masa yang sama, saya sangatlah berterima kasih kerana ada jugak orang sudi memberikan nasihat dan pandangan.. Terharu rasa..... Doakanlah satu hari nanti moga saya dapat jadi seperti awak juga yer... Hehehe :)

Sunday, 21 October 2012

Kek Coklat Untuk Anakandaku


"Ibu, Adam nak makan kek", katanya si kecik kesayanganku itu.
Sebenarnya sudah banyak kali dia duk minta saya buatkan kek. Bila lalu kedai kek pulak, dia minta belikan kek. Saya belikan lah jugak kat dia sepotong untuk lepaskan hajat dia kan. Balik aje rumah terus dia makan tanpa tinggal sikit pun. Dan yang tak menahan......... 
Dia kata,"Dah lama adam tak makan kek". Alahai kesian anakku.
 Baru saya tersedar yang memang dah agak lama saya tak membaking. Oven tu pun dah hampir dua bulan kot tak panas. Yelah lepas je bulan raya tu, saya takde mood sangat nak membaking. Kisahnya kan..... Rupanya ade sesuatu yang menggumbirakan kan.. Patutlah mood lain macam jer.. :)

Namun hari ini, saya gagahkan jugak diri buatkan kek coklat untuk anakanda saya tu. Tak sampai hati tengok dia makan sikit je semalam kan dan dibeli pulak tu. Tak sama kot dengan hasil dari air tangan ibu dia buat kan kan.. Hahaha.. 
Kek Coklat Simple jer ni.. Menjadi jugak biarpun dah lama tak buat. Hihik..

Tuesday, 9 October 2012

First Checkup+Buku Merah bakal adik adam...

Hai blog.. Salam semua buat sahabat bloggerku. Lamanya saya tak update dan jenguk kalian. Maafkan saya yer....

Hari ni.. 7/10/12, saya ke klinik untuk checkup pertama adik adam dan buat buku merah. Macam biasalah saya ni kategori orang yang berisiko untuk bab berat < 45kg. Hb, tekanan darah dan lain-lain semuanya alhamdulilah Ok. Nurse bekalkan vitamin penting untuk baby. Scan juga tadi dan saya teruja jugaklah sebab pregnant lagi. Alhamdulillah.. Adam pulak sibuk bertanya ibu sakit ape? Yelah lama sangat dia tengok saya kat klinik tadi. Adam pun menunggu sama jugak.. Saya katakan pada dia yang saya check adik dia. Dia pun angguk konon pahamlah kan. Sejak dia tahu yang dia bakal ada adik, dia memang selalu usap dan cium perut saya sebelum dia tidur. Katanya nak sayang adik.. Bila ditanya nak panggil abang long atau abang adam, dia kata abang adam.. Hihik..

Doakan kesihatan saya dan baby baik-baik ye. Saya belum alami peringkat alahan teruk lagi cuma memilih makan jer. Selera nak makan masakan orang lain tu yang tak menahan tu. Mengada atau mengada-adakan? Hehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute