Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 10 May 2012

Masih ingatkah pada snek ini??


Ingatkah kalian pada snek ini?? 






'Hiro'............ snek kegemaranku masa kecik-kecik dulu. Memang dah lama rupanya snek hiro ni kan. Ingat kan dah takda dah, terjumpa lak kat kedai tadi. Terus teringat kenangan waktu sekolah rendah dulu. Balik je sekolah mesti nak cari snek hiro ni dulu dan boleh berebut-rebut pulak dengan kekawan sebab takut habis. Beli sampai 5 kadang tu. Hahaha. Balik rumah kalau Mak tanya pasal balance duit saku sekolah, terus diam sebab dah habis beli snek. Masa tu 20 sen je. Sekarang 30 sen dah. Rasa kek nya sama cuma dulu besar sikit lah kot kek tu. :)

Wednesday, 9 May 2012

Ms. Red Cam dah baik........


Pada hari Ahad yang lepas, kami ke bandar Kuala Terengganu. Pergi ambil Ms. Red Cam ku yang dah pun pulih sepenuhnya. Sebelum ni ada post pasal dia kat SINI. Mujurlah dapat repair under warranty, maka tak keluar lah modal. Happy sangat sebab Ms.Red dah baik lepas jumpa Doktor Pakar dia. Tapi memang tiptop lah services kedai tempat kami beli tu. Nama kedai tu 'Fotowira' dan kedai tu depan stesen bas KT. Tak sampai 3 minggu pun hantar repair dah siap. Kenapa aku sayang Ms.Red ni? Sebabnya dia hadiah birthdayku daripada Abah Adam.  :)
Lepas dah amik Ms. Red Cam, Adam kata nak naik kuda lah pulak. Meronda lah kami ke Pantai Batu Buruk pulak. Sebenarnya Adam dah pernah naik kuda kat sini masa umur dia dua tahun. Pandai pulak dia pilih nak naik kuda yang sama yang pernah dia naik dulu, Puteri nama kuda tu. Kat sini boleh naik kuda dan juga kereta kuda. Harganya untuk kanak-kanak RM3, dewasa RM5. Adam naik kuda dan aku pulak teringin nak naik kereta kuda. Hahaha.. Abah Adam pulak tukang snap gambor kami lah. 

Ada kisah lucu kat sini yang mana Adam terkencing dalam seluar gara-gara last minit baru dia bagitahu nak kencing. Aku pulak tercari-cari kat mana tandas, berpusing-pusing dulu lah sementara nak jumpa tandas tu. Bila dah jumpa, baru je masuk pintu.. Adam terus kencing dalam seluar.. Tak sempat dah nak tahan katanya.... Adoiii... Mujur tak basah baju aku. Hahaha... Yang buat haru birunya, aku lupa nak bawak seluar spare dia. Yang aku bawak baju dia je. Dulu masa Adam masih baby, rajin sangat aku bawak beg yang berisi barang-barang spare dia. Bila dia dah besar jadi malas pulak aku nak bawak beg spare untuk barang-barang dia tu. Lain kali harus bawak beg dia dan kena alert tandas kat mana kalau mula-mula singgah kat sesuatu tempat tu. Takde lah tercari-cari pulak kan. Kalau tak haru biru lah jawabnya.. :)

 Adam dah tak sabar nak tunggang Puteri. :)
 Aku pun mahu rasa jugak pengalaman naik kereta kuda. Bukan main pegang kuat sebab takut jatuh. Adam pulak tak mahu duduk tepi aku, dia nak duduk kat tempat kusyen kecik tu. Katanya : Orang besar duk yang besar, orang kecik duk yang kecik'.
 Pilih je nak yang kereta hias macam mana. Cantik-cantik macam puteri pulak rasa. Sesuai lah kalau pengantin nak fotoshoot kat atas kereta kuda ni. Mesti cantik punya lah gambar kawen nanti. Tapi aku pilih yang tadi sebab klasik sikit nampak kan. :)
 Kena standby sikit lah nampaknya modal untuk anak. Adam pun rambang mata tengok benda ni. Tapi kami tak beli pun. :)
 Lepas amik Ms.Red kat kedai depan stesen bas ni, kami ronda lah kejap kat sini. Dah lama aku tak naik bas. Kadang rindu jugak nak naik. Dulu stesen bas ni pernah jadi tempat transit aku kalau nak balik ke Penang masa study dulu. Kat tingkat atas stesen bas ni ada banyak kedai-kedai baju dan kedai barang pengantin pun ada. Bila naik kat tingkat atas tu rasa macam duk kat padang besar lak suasananya. 
Adam tunjuk gigi nya yang terserpih. Masa ni kat dalam Mydin Mall KT, tengah beratur tunggu turn nak buat bayaran. Punyalah ramai orang shopping kat sini hari tu. Boleh tahan jugaklah penatnya berdiri beratur. 

Nota : Sekian sahaja coretan untuk kali ni. :)

Thanks Abah Adam


Anda nampak tak perubahan pada blog Cerita Hati ni? Sangat seronok sebab aku dapat header dan sudah punya watermark baru.. Ini semua Abah Adam yang tolong buatkan. Thanks kat Abah Adam. Sebenarnya memang teringin jugak nak buat header tu, tapi aku tak berapa reti guna adobe photoshop tu. Hahaha.. Yang aku tahu edit pakai Photoscape aje. Abah Adam je yang pandai bab edit mengedit ni terutama bab gambor pakai benda tu. Ada juga dia ajarkan aku tapi aku je malas nak faham sangat. Hahaha.. Kalau aku yang mengedit sendiri, memang aku pilih photoscape aje. Tak sangka pulak Abah Adam rajin buatkan header untuk blog aku hari ni. Terkejutlah jugak dan terharu pun ada. Hehe.. Abah adam pun ada blog jugak sebenarnya tapi dia je malas nak update. :)
 Meh terjah blog AbAH AdAM

-Memori at Pantai Kemasek-


Kalau anda bosan mahupun tension, ke manakah kebiasaannya anda lebih suka berkunjung? Kata orang bila tengok keindahan pantai, hati menjadi sedikit tenang. Ada yang suka menjerit dengan kuat ke pantai untuk hilangkan rasa stress. Ada orang suka tengok ombak bila teringatkan seseorang. Dan rasanya semua orang suka ke pantai. Bila melihat laut yang biru  itu sangatlah cantik dan terasa tenang je. Betapa indah ciptaan-NYA Yang Maha Esa. 

Dulu dan kini, aku sentiasa suka berkunjung ke pantai. Tak kiralah kala bosan mahupun ketika jiwa nak sedikit angin pantai. Tambah lah lagi seronoknya bila dapat lepak tepi pantai sambil makan-makan. Sotong goreng celup tepung, ikan goreng, keropok lekor, air kelapa dan macam-macam lagilah menu santai yang biasa dijual kan. 

Kenangan ketika meronda bersama adikku di Pantai Kemasek. Saja nak bergambor sini. Dulu zaman aku sekolah belom ada lagik jambatan ni. Masa sekolah dulu selalu gak berdating kat sini. Tapi dengan kawan-kawan yang lain pun ada sekali jugaklah. Hahaha. Itu citer lama masa cintan monyet dulu. Sekarang dah jumpe pun cinta hati yang selamanya tetap dihati. Hahaha.. Tiba-tiba rindu pulak kat kampung. :)


Nota : Pantai Kemasek terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Sebelah kanan Jalan Utama jika dari Kuantan-Kuala Terengganu. Bagi yang suka ber fotografi, tempat ni memang sesuai sangat sebab persekitarannya cantik. Sebenarnya ada bongkah-bongkah batu yang seperti bukit-bukit kecil kat sini tapi tak bergambor lak kat situ. Banyak kemudahan yang disediakan seperti kemudahan parking kereta, gerai-gerai dan tandas awam. Rugi kalau tak singgah jika anda datang berkunjung ke Terengganu tau. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute