Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 18 December 2015

Pelbagai aktiviti hs, diy abm anak-anak yang mudah dan jimat


Nak update abm yang tertangguh nak update.. diy yang murah, mudah dan jimat.

1) Puzzle paper plate
 puzzle daripada paper plate. Paper plate tu beli RM1.60 je, lepas tu lukis.. kalau nak print gambar lagi menarik dan tampal atas tu.. saya gunting kepada 5 bahagian dan tengah bentuk bulat.

2) Beginning sound letter games
 kenapa lukis je ni? oh laptop saya dah rosak..yang tinggal hanya printer..itu yang merajinkan dalam terpaksa lukis ni semua demi anak. Persediaan abang adam nak exam masa orientasi nanti.

Saya guna tudung botol yang dilekatkan huruf kayu comel yang boleh dibeli di kedai mr.diy. satu set tu ada banyak keping untuk setiap huruf. Jadi boleh pelbagaikanlah.. nak lekat Huruf comel tu kat batang aiskrim pun ok juga ye.

3) Popsicle stick puzzle

 sticker foam RM1.80 dan batang aiskrim tu RM3.50 satu paket.
Haa itu jelah modalnya nak buat abm ni. Mudah kan.. dah siap potong, saya tulis nombor belakangnya tu. Contoh kalau sticker tu guna 2 stick tulislah 1,2. Kalau guna 4 tulislah turutannya.. bukan apa, nanti senang bila nak bentukkan semula gambar tu.

4) Number stick matching games
 kotak lego abang adam dan diy nombor lekat pada batang aiskrim. Nombor kayu tu pun saya beli di mr.diy juga.

5) Tree match games
 saya lukis je dan letak dalam sheet protector.

6) Aplhabet car games
 yang ni guna kertas keras.. boleh pelbagaikan untuk belajar furqan dan abc.

 Ni untuk a besar padankan dengan a kevil.

7) flower fraction games
 diy guna kepingan kotak. Pecahan mudah untuk abang adam.


Semoga bermanfaat.. selamat mencuba yer.

Doll daripada paper foam untuk adam dhia


Keinginan ibu nak buatkan doll untuk dhia dah lama dah.. ibu google dan kaji dulu cara buat doll dan bajunya. Kaji gitu ye..hihi. you all search je keyword paper doll, magnetic paper doll, felt paper doll... haa nanti berlambak la keluar design dan idea.

Asalnya saya nak buat guna felt tapi masa gi mr.diy kat sini, felt dah habis.. jadinya saya tukar guna foam paper. Beli sepaket RM3.30 dan pelbagai warna dalam satu paket tu. 

Mula mula tu kena buat lakaran template atas kertas dulu baru boleh lukis atas foam. 
 Macam ni lukisnya.. kalau doll girl kena ada rambut belakang tu.

 Satu untuk abang adam dan satu untuk dhia. Baju tu ukur je terus atas foam pun takpe dan rekalah design..

 Ini baju nak gi sekolah..hihi.

Lepas tu kan.. saya upgrade pula guna magnet sheet. Kebetulan ada tin biskut. Sayang gak nak buang. Diy la tin tu jadi tempat main doll..

 Letak magnet depan dan belakang doll serta pada semua baju.

 Bila buat camni.. lagilah anak jadi suka.

Ni rupa magnet sheet tu. Sekeping rm4.90. Saya beli kat kedai buku pustaka seri intan kalau di tempat saya ni. Boleh gunting.. lebih magnet tu nanti boleh buh kat puzzle pulak. 😊

Tuesday 15 December 2015

Diy Papan carta poket


Papan carta poket ni memang salah satu kegemaran saya bila nak ajar anak-anak. Terutama bila ajar membaca atau buat aktiviti permainan bahasa. Papan ni banyak membantu..

Idea ni pun dapat bila tengok blog Puan Eliani (pengasas buku bacalah anakku dan readeasy). Saya diy dengan cara saya.. saya guna kotak dan plastik.

Pelbagai cara permainan bahasa boleh dibuat dengan carta poket ni. Nak buat pun taklah susah.. jom diy. :)

Lakaran dan lukisan abang adam

Lukisan abang adam masa di kampung
 Minion petak petak
 kesukaan saya udang dan roti kacang
 dia tulis dan mengeja sendiri. Alhamdulillah. Ibu abah adam dhia.
 kitaran hidup si rama-rama.. macam banyak terbalik je tu..
 ini tak tahu dia tiru mana..
 cita cita bomba?
masa kat kampung, dia duk tengok.cd minion je. Tu yang jadi lukis minion.

Monday 14 December 2015

Diy pinggan kertas sebagai abm anak


Pinggan kertas selain daripada buat letak makan masa jamuan tu pun sebenarnya boleh dijadikan bahan diy untuk abm anak. Apa yang pasti cukup mudah dan jimat.

Saya beli pinggan kertas yang tidak bercorak ni kat kedai mr.diy RM1.60 je. Pelbagai aktiviti boleh buat guna pinggan kertas ni.

 1) aktiviti kemahiran motor visual dan koordinasi mata/tangan.

Yang ni saya guna pinggan kertas, magnet dan kertas tebal sebagai tambahan.

Lekatkan magnet pada batang aiskrim. Lukiskan garisan pada pinggan kertas dan kertas tu.

Aktiviti ni sesuai untuk umur 2 tahun ke atas tapi kan abang adam lagi teruja buat ni...ehh ibu pun sama tau sebenarnya.. pun main juga. Best...hihi


 Anak pasti tanya eh macamana magnet ni boleh gerak? wah hebatnya. Bersedialah dengan jawapan ye wahai ibu-ibu. :)
 Saya letak dalam sheet protector... maka, dah jadi Koleksi busy bag activity.

 2) Lacing activity : saya guna lebihan dari tengah aktiviti sebelah tu. Lepas tu tebuk lubang buat jenis bentuk dengan penebuk lubang kertas jenis satu hole tu. Kemudian guna tali lembut yang boleh dibeli di kedai mr.diy.

3) Target games : roll tisu tu saya lekatkan pada pinggan kertas sebagai tapaknya. Kemudian potong tengah pinggan kertas.

Cara mainnya, balingkan pinggan tu sampai masuk dalam roll.

 4) Puzzle paper plate.
Yang ni pun paling simple nak buat.


Ini pula match puzzle tapi daripada kotak dan lidi satay. 

Banyak lagi boleh diy dengan pinggan kertas ni terutama untuk aktiviti kraf. Boleh buat topeng,,buat burung,,buat tempat letak surat.. eh banyak lagilah.. nanti saya cuba buat.. dah lama tak buat aktiviti seni dan kraf dengan anak-anak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute