Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 27 August 2015

Roti cheese salut telur sedap


Menu sarapan kegemaran adam. Anak-anak kalau dah bangun pagi mesti tanya pasal makan dulu. Ibu masak apa? Kadang buntu saya ni fikir menu sarapan. Saya ni kalau masak sarapan lebih suka yang ringkas je. Kadang tu pergi beli je bila malas. Tahun depan adam naik darjah 1 memang lagi kena rajin masak sarapan dan buat bekal.. sekarang ni pun dul kumpul resepi je. Hihi.

Bila dapat resepi roti yang mudah ni.. apahai cukup mudah kerja. Semalam saya baru buat roti ni. Oh.. sungguh sedap dan yang penting anak suka. Siap suruh buatkan pulak malamnya. :)
bahan bahannya : roti keping , slice cheese, telur dan sedikit marjerin.
Roti tu buang tepinya. Letak cheese di tengah. Buat macam sandwich. Saya potong 4. Lepas tu celup dalam telur. Saya guna sebiji telur je untuk 2 set sandwich ni, bila potong dapat 8. goreng dengan marjerin yang sedikit je.. 

Haa...cukup mudah dan sedap sangat. Orang lain dah lama buat, saya baru buat. Tapi serius nak beritahu menu ni ringkas, mudah disediakan dan sedap.  :)

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute