
Diy abakus dengan lidi sate, manik kalerful dan batang aiskrim.
Saja je diy sendiri... nanti dah masuk sekolah baru belikan sempua tu. Ini untuk berkenalan je kan.. buat jelah sendiri, lagi kalerful gitu kan.. haha. :)
Saya buatkan abakus ni sebab tengok soalan dalam buku latihan yang beli hari tu ada abakus.
Letak label sikit untuk lebih anak faham.
Contoh kedudukan manik dan nombor. Saya minta adam buatkan camtu. Praktis dulu dan faham dulu cara baca abakus dan kira dengan abakus tu.
Mula-mula susah jugak dia nak tangkap... tapi bila dah ajarkan yang asas tu.. baru dia boleh faham sikit. yang penting kena tahu baca manik abakus tu. Nanti dalam soalan banyak jenis macam tu kan.
Saya memang suka diy alat belajar ni.. Adam pun suka kalau saya buatkan alat belajar kat dia. Mungkin dia lagi rasa seronok bila tengok ibu bersungguh buatkan.
SELAMAT MENCUBA!!







Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment