Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday 3 July 2015

Diy Abakus : Pengenalan abakus kepada anak


Selepas perkenalkan Adam dengan nombor bundar, saya mula ajarkan dia untuk faham abakus atau sempua ni. Zaman saya sekolah pun rasanya tak pernah belajar abakus ni. Saya pun belajar dan faham dulu apa itu abakus ni barulah boleh ajarkan anak nanti kan. Kalau ibu tak faham, macamana nak ajar anak.. hihi. 

Saya pun download la game know abacus ni kat handset. Memang sakan lah duk study. Tapi memang senang juga nak faham dengan aplikasi game tu tau. Korang kalau nak faham abakus, boleh la cuba download game ni kat playstore.. haa pastu study la.. Nanti takde lah blur je nak jawab kalau anak tanya dan minta tolong ajarkan kerja sekolah dia kan.. :)

Ni haa game tu. Know abacus namanya. Saya pun ada juga bagi Adam main game ni.. Saya suruh dia pilih level yang basic dulu. :)
Diy abakus dengan lidi sate, manik kalerful dan batang aiskrim.
Saja je diy sendiri... nanti dah masuk sekolah baru belikan sempua tu. Ini untuk berkenalan je kan.. buat jelah sendiri, lagi kalerful gitu kan.. haha. :)
 Saya buatkan abakus ni sebab tengok soalan dalam buku latihan yang beli hari tu ada abakus. 

Letak label sikit untuk lebih anak faham. 

Contoh kedudukan manik dan nombor. Saya minta adam buatkan camtu. Praktis dulu dan faham dulu cara baca abakus dan kira dengan abakus tu.

Mula-mula susah jugak dia nak tangkap... tapi bila dah ajarkan yang asas tu.. baru dia boleh faham sikit. yang penting kena tahu baca manik abakus tu. Nanti dalam soalan banyak jenis macam tu kan.

Saya memang suka diy alat belajar ni.. Adam pun suka kalau saya buatkan alat belajar kat dia. Mungkin dia lagi rasa seronok bila tengok ibu bersungguh buatkan. 

SELAMAT MENCUBA!!



1 Komen Cerita Hati:

Syafa said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute