skip to main |
skip to sidebar
Kalau sebelum ni saya tidak terlalu menitikberatkan soal perancangan keluarga dan tidak ambil apa-apa kaedah pun kerana saya merancang sendiri secara semulajadi. Tetapi kali ni saya rasa perlu fikirkan kaedah mana yang terbaik untuk saya memandangkan saya sudah dua kali bersalin secara pembedahan. Pakar pun sudah nasihatkan saya supaya merancang dengan betul kerana saya perlu jarakkan kelahiran sekurang-kurangnya 3 tahun untuk anak yang ketiga. Kalau sebelum ni dengan kaedah merancang sendiri saya berjaya jarakkan 4 tahun tetapi untuk kali kedua ni saya tidak berapa yakin untuk merancang sendiri.
Dapat brochure ni dari klinik semalam.
"Merancang keluarga adalah tanggungjawab bersama ke arah keluarga bahagia"
Banyak kaedah boleh diguna bagi mereka yang ingin merancang dan pilihan terletak di tangan masing-masing.
1) Pil ~ Pil yang mengandungi hormon sintetik pencegah kehamilan dalam bentuk progestogen. Ia perlu diambil secara konsisten supaya berkesan dan ia berkesan hampir 99%.
2) Suntikan ~ Hormon pencegah kehamilan yang diberi secara suntikan setiap tiga bulan dan ia berkesan hampir 100%.
3) Implan ~ Sejenis alat plastik kecil berbentuk rod yang mengadungi hormon sintetik progestin. Ia dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan dan dikeluarkan apabila genap 3tahun. Ia berkesan hampir 100%.
4) Alat dalam rahim (ADR) ~ Sejenis alat kecil dimasukkan ke dalam rahim dan akan dikeluarkan apabila genap 3 tahun. Keberkesanannya hampir 97-98%.
5) Kondom ~ Sejenis getah lembut yang disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan untuk mencegah kehamian dan penyakit seksual.
6) Kaedah pemandulan wanita ~ Kaedah pencegah kehamilan yang kekal dimana melibatkan pembedahan kecil ke atas wanita dan kedua-dua tiub salur falopio akan diikat.
7) Kaedah pemandulan lelaki ~ Kaedah kekal untuk menghalang kehamilan. Ia melibatkan pembedahan kecil pada lelaki dimana kedua-dua salur sperma diikat.
Setelah saya berbincang dengan Mr. Hubby saya, maka pilihan terbaik saya rasa nombor 1 dan 2. Untuk 6 bulan pertama ni, saya nak ambil pil perancang noriday memandangkan saya menyusukan anak dan selepas itu barulah saya bertukar ke kaedah suntikan. Suntikan lebih mudah sebabnya 3 bulan sekali je perlu ke klinik ambil suntikan tu. Kalau nak teruskan pil ni, saya kena pastikan displin tu kena betullah aturan makannya.
4 Komen Cerita Hati:
info yg berguna utk saya merancang selepas melahirkan anak ketiga saya. Thanks sis :)
sekejap je Dhia dah sebulan.. comel! cam abg adam..
sy pun igt macam tu gak.amik noriday dulu pastu cucuk.dh malas nk makan ubat,4taun lebih dh makan ubat masa aiman dulu.hiks..
kene merancang betul2 la yer..
Post a Comment