Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak. Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai. sumber
Betullah... saya silap dan saya terlupa kerana tidak memahami kehendak dia.. Sebenarnya adam inginkan perhatian kami. Sebelum ni hanya dia je dilayan tapi bila dia perlu berkongsi kasih dengan adiknya, itu yang dia keluarkan macam-macam ragam kot sejak akhir-akhir ni.
Tips atasi masalah kuat marah pada anak :
1) Fahami bahasa anak dan bertanya lemah lembut kepadanya. Pandang muka dan tatap matanya.
2) Luangkan masa dengan anak.
3) Ajarkan anak dengan perkataan 'tunggu sebentar boleh' sekiranya anak perlukan sesuatu tapi anda sedang sibuk. Jangan buat tak tahu atau acuh tak acuh.
4) Cuba fahami personaliti anak.
5) Sentiasa ingatkan diri anda dengan sikap positif anak, keletah anak dan karenah anak yang memghiburkan. Tumpu pada kelebihan itu dan jangan ingati kekurangan anak.
6) Doakanlah yang baik-baik untuk anak.
Semoga saya mampu atasi sikap kuat marah saya yang dah mula ada ni.. adam anak yang baik cuma dia perlukan perhatian je.Bab belajar adam nampaknya cerdik tapi sikapdan perangai pun kenalah cerdik juga kan.
7 Komen Cerita Hati:
samalah kdg2 sya pun mcm tu.. sudahnya mair kata.. ibu ni asyik marah amir sahaja...
adam nak perhatian ye...sian adam..sy pon pernah jd cam ayu dlu bila wina baru lahir..
gd one, apapu kalau bab anak2 mmg kena sabar byk !
kadang2 akak pun cam tue dengan anak2...kita tegur banyak kali tak dengar huhuhu
Nk perhatian.. ibu..
btul tu ayue.. ekceli adam tu nk perhatian.. ye la.. slama ni dia sorang.. maybe bla dh ada adik ni dia rasa mak ayah lbhkan pd adik.. normal la camtu..cuma kt je la sbg ibubapa kna faham & bjk atasinya kan..
mula2 je tu..sementara nak biasakan diri..kit pun manusia biasa melakukan kesilapan..pasni cuba kurangkan marah2 adam,terangkan kenapatakboleh bising n so on..Insyaallah klu beri perhatian lebih kt adam,dia akan ok n mendengar kata
Post a Comment