skip to main |
skip to sidebar
Selepas bersalin seharusnya kena ada ubat tertentu kan dan saya tak dapatlah nak guna set bersalin normal dan sudahnya minta encik suami belikan ubat gamat ni. Kalau masa Adam dulu saya makan gamat healin dan alhamdulillah Ok kesannya. Kali ni saya cuba gamat king anugerah setelah terpengaruh bila baca iklan dan testimonial dalam majalah mingguan wanita. Hihik.. So, mintakanlah encik suami pi cari dan beli.. Nasib baik ada kedai jual produk keluaran anugerah ni.. Air gamat tu pulak sebenarnya encik suami beli masa dia ada outstation kat langkawi masa LIMA hari tu..
Air Gamat ~ digunakan secara tradisional untuk melegakan kepenatan dan melancarkan peredaran darah. Diminum 1 sudu besar 3 kali sehari dan boleh juga dicampurkan dengan madu lebah.
*** Saya minum dan rasanya payau masin umpama macam air laut gitu.. Mujurlah satu sudu je.. Lepas minum tu terus minum pulak air masak untuk elakkan dari rasa payau tu..
Gamat King ~ gandingan terapi al-Quran, khasiat tradisional dan merupakan hasil kajian perubatan moden. Ia telah dibacakan dengan 30 juzuk al-Quran dan doa-doa penawar. Diminum 2 sudu besar setiap pagi dan malam.
*** Rasa yang sangat best dan baunya macam anggur.Memang senang je saya nak telan minumnya. Yang ni memang saya minum dulu dan akan habiskan dulu sebelum air gamat tu kot..
3 Komen Cerita Hati:
saya ada terbaca kat internet kalau boleh lps operation jgn makan gamat dulu .. x kiralah air gamat ke ulat gamat, sebab gamat boleh aktifkan sel darah dan membentuk kanser...
jadi kalau boleh dokor lg galakan kt makan suplement ... dah 2 bulan mcm tu barulah makan gamat... sbb gamat mmg baik cuma takut.. bila operate ni nanti dalaman tu semua melekat jadi satu.
laaa ayu dah bersalin ke? cikna baru dpt jalan2 harini. tahniah.. ;)
semoga berkesan la ye..sy tak penah bersalin czer sbb tu tak tahu sgt pasal gamat ni semua
Post a Comment