Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 12 November 2013

~Red Velvet Cupcake~


Semalam telah berjaya ngetest resepi baru yang diambil dari satu blog yang sudi share resepi dan step buat red velvet nih.. Sudah lama teringin nak buat red velvet dan semalam baru berkeyakinan nak test buat sendiri red velvet ni. Sangatlah happy bila buat terus menjadi.. Siap dapat pujian dari encik hubby dan adam.. So, red velvet ni pun dah jadi list open order saya lah.. hihi.. Jom jom siapa mahu order dengan saya.. (^_^)

Red velvet cupcake with cream cheese frosting
Tekstur dalamnya sangatlah gebu gebas dan lembut..saya suka versi ni.. Resepi yang pada awalnya saya takut nak cuba tapi bila cuba...tak sangka pula menjadi.. Alhamdulillah.. Resepinya saya ambil di sini.. blogger baik hati.

Orang tanya saya.. Mana belajar buat kek-kek tu semua? Saya sebenarnya banyak belajar dari internet..google resepi dan cuba buat sendiri. Kadang tu, pertama kali buat ada yang menjadi dan kadang tu dua tiga kali buat baru menjadi. Saya minat mencuba dan cuba je yakinkan diri yang saya boleh buat. Tak menjadi...saya akan ulang buat lagi. Pentingnya bila sudah tahu teknik yang betul cara buat dan bakar kek..pantang-pantang dalam buat kek.. Saya dapat info tu pun dari internet. Sangatlah berterimakasih kepada blogger-blogger yang sudi kongsi resepi kat blog mereka dan ada pula yang share step by step. Kalau dulu saya tak tahu pun yang saya ada sedikit bakat dalam buat kek ni..ingatkan tangan keras..tapi bila dah banyak kali cuba..belajar itu ini...timbul pulak minat yang mendalam, itu yang jadi semakin rajin nak cuba resepi itu ini. Tapi bab kek jelah saya suka..lauk pauk hampeh saya tak pandai sangat.. Haha... InshaAllah satu hari nanti saya nak join kelas mendeco kek pulak..untuk menambah ilmu demi mencapai impian saya. Doakan yang baik-baik untuk saya yer... (^_^)

Wednesday, 30 October 2013

Dhia with her new cousin


Dhia dapat lagi sorang sepupu baru yang sama baya. Tahun ni, cucu mak Bonda tiga orang lahir tahun sama. Maka sebayalah mereka semuanya. Tapi yang baru ini, sepupu lelaki.

 Tak malu anak solehah ibu ni berseksiandi sebelah sepupu lelakinya yang diberi nama Firdaus..hihi..
Dhia sudah nak 6 bulan dan Firdaus baru je sebulan lebih. masa kecik ni bolehlah duk beza-beza bulan lagi.. nanti dah besar sikit...tengok-tengok main pasir kat depan rumah grandma sama-sama dah kan. Semoga kalian membesar dengan sihat dan kuat, jadi anak yang soleh dan solehah. 

Monday, 28 October 2013

Wooden Toys : Addiction and Subtraction


Anak soleh dapat hadiah lagi dari abahnya..Tapi saya suka kalau abahnya belikan toys education camgini. Bertambahlah lagi koleksi education toys untuk Adam.

 Abahnya beli masa kuar beli sorang-sorang masa kami ke Kajang hari tu... katanya kat kedai dalam Metro Kajang. Harganya RM20.
 Sangat sesuai dengan Adam yang tengah belajar tambah tolak. 
Dengan adanya toys camgini memang membantu Adam lebih memahami tambah dan tolak. Dia pun dah pandai guna jari jemari dia jugak nak menambah dan menolak nombor. Cepat jugaklah dia memberi jawapan bila ditanya. Alhamdulillah..

Nota : Adam sekarang ade perangai sikit tau. Kuat merajuk dan over nakkan perhatian ibu abah. Kadang tu naik pening dibuatnya dan dalam duk mengada camtu pun dapat hadiah jugak kan. Ayah mana yang tak sayangkan anak.. 


Saturday, 26 October 2013

Kek Keju Meleleh lagi...........


Alhamdulillah.. Ini repeat buat order untuk kali kedua. Bila ada sambutan buatkan saya bersemangat untuk teruskan. Syukur juga bila kawan-kawan yang order memberi komen yang positif. Sebelum ni duk tayang kek keju meleleh yang saya berjaya eksperimen tu kan. Maklumlah kek ni semakin femes, itu yang cuba buat dan ambil peluang test market kat tempat saya ni. hihi.. Plan seterusnya dah ada dah idea ni dalam kepala ni.. Inshaallah akan diusahakan dan semoga dipermudahkan-NYA.
 Kek keju versi saya.. Ini pun dapat resepi dari seorang kawan yang baik hati dan dia pun niaga kek ni. Terima kasih sahabat.
RM10 satu packaging camgini. ok tak? hihi..

Inilah minat saya... dari minat timbullah rasa nak cuba niaga pulak..semoga dipermudahkan. Amin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥