
Sesuatu diluar jangkaan telah terjadi petang semalam. Adam keluar bersama abahnya untuk beli ikan dan saya tak ikut sama sebab nak prepare untuk masak. Balik jer dua beranak tu dari membeli, abahnya terus bercerita kepada saya yang Adam hampir dilanggar.. Saya yang dengar rasa nak rebah dan terus peluk adam. Masa adam balik tu nampak yang adam diam jer macam masih terkejut dan wajah abahnya pun masih dalam terkejut. Saya pun memang menangis jugalah tadi walau tidak tengok apa yang terjadi tu tetapi saya tak sanggup hadapi kalau benar itu terjadi. Terima Kasih Ya Allah kerana melindungi anakku. Terima kasih Ya Allah..
-Ihsan pokcik google-Menurut cerita abahnya, adam cepat sangat turun dari kereta. Dia memang dah pandai bukak pintu kereta sendiri. Itulah yang menjadi masalahnya. Kalau saya ada lainlah kan, memang selalu saya pegang dia terus tapi tadi saya tak ikut sekali. Sebab tu belum pun sempat abahnya keluar dari kereta untuk turunkan dia pulak dari pintu belah penumpang tu, dia dulu yang turun dan terus pulak melintas jalan tanpa tunggu abahnya. Menjeritlah abahnya dan nasib baik dia patah balik bila abahnya panggil nama dia dan nasib baik jugak kereta Myvi yang hampir langgar tu berjaya mengelak. Kecut perut saya dengar cerita abahnya tu. Macam tak boleh nak bayangkan apa-apa dah.. Gelap dan berdebar sekejap hati saya. Patutlah saya rasa tak sedap hati je masa kat rumah sorang-sorang.. Ya Allah, semoga kau sentiasa melindungi anakkku.
Memang kejadian itu memberi pengajaran buat kami. Kepada mereka yang punya anak kecil, jangan mudah alpa dan cuai. Kita memang tak dapat jangka tindakan drastik budak-budak yang sedang membesar ni. Seelok-eloknya, jangan unlock pintu kereta sebelum kita dah sedia nak keluar, bukakan pintu kereta anak kita dan jangan biarkan dia buka sendiri dan seharusnya pimpinlah tangan mereka. Adam tadi pun memang kena brainwash lah. Harapnya dia sedar yang tindakan dia buat tu salah. Kami memang pernah ajarkan dia cara melintas jalan, tengok kiri kanan dan tunggu kami dulu. Tapi mungkin tadi entah apa dia excited sangat pun tak pastilah. Selalunya memang kami sentiasa pimpin tangan dia. Tak kira kat mana pun, kami akan cuba pegang dia dan pimpin dia. Tapi itulah apa yang berlaku tu memang membuatkan kami harus lebih berhati-hati lagi.
p/s : Doakan yang baik-baik buat kami sekeluarga yer.