Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 2 May 2012

Bertukar lagik??


Bertukar lagi rupa CERITA HATI hari ni. Yang semalam agak rasa tak best ler pulop pakai template tu. Takpe lah biarlah begini aje.. Simple sudah lah.. Kalau tak cantik siapa yang boleh tolong, sila lah ajarkan yer... Tapi jangan mengutuk pulak yang Cerita Hati ni buruk dan bagai nya lah. Tak baik mengutuk2 blog orang tau.. Kalau tak suke tekan je X tu. Hahaha... 

Malas dah nak tukar2 lagik + malas nak ngedit lagi sebab sesi edit ni sangat lah perlukan kesabaran tinggi dan masa yang lama kena hadap benda ni. Sampai si Adam tu pun boleh cakap, " Ibu dah lah tu.. shutdown lah computer tu".. Hahaha.. Itu kisah semalam lah sebab ku sakan sangat duk hadap nak edit lah konon tapi tak menjadi comel gak. Maka, bertukarlah kepada yang simple kembali.. Ok ke?? emmm.. Korang tak suke takpelah.. Kalau nak tolong ajarkan  itu lagi ku suka..Please hulurkanlah tangan. Hahak.. :)

Layan gambor sweet Adam with me & his grandma. Adam pegang muka kami suh tengok kamera.

Nota : Aku tahu korang nak kata buruk je rupa blog ni kan. Tapi aku tetap suka!!! 

Tuesday, 1 May 2012

Penat Mengedit Cerita Hati


Lepas rasa boring dengan design templates lama, maka bertukarlah hari ni cerita hati untuk kali keduanya. Haha.. Aku ni bukan pandai sangat nak guna templates. Nak letak header sendiri pun puas duk try tapi nampak tak cantik pulak bila tambah header sendiri kat template yang baru aku tukar ni. Aku tak pandai kot..Haha..Mungkinlah. 

Blog aku tak lah secantik blog2 orang lain ataupun korang semua. Asal nampak okay di mata aku okay lah kot erk.. Tapi memang nak jugak buat cantik2 macam orang lain terutama kat tang header tu.. Sape nak tolong aku, angkatlah tangan.. :)

Okay tak erk pada mata korang??? Header tu cmane ye nak kasik cantik. Puas aku cuba masukkan header pic aku yang sebelum ni tapi still tak menjadi jugak sebab mengganggu entry pulak. Ia jadi lebih ke bawah sampai menghalang sikit tajuk entry pertama tu. Emm.. Kena godek2 lagi ni nampaknya.. Tunggu lah datang mood rajin pulak baru lah boleh ngedit lagik!! hahaha..........

Jom layan kuih raya yang jiran aku bagi petang tadi. Belum raya pun rajin buat kuih raya.. Testing for biz bulan ramadhan nanti sebenarnya. Insyaallah aku pun nak join adventure gak nanti. :)

Jejari nestum nama diberi, 
Bersalut coklat sesuai sekali, 
Sungguh enak kuih raya ini,
Siapa yang nak datanglah sini. 

Kerabu Kerang Simple


Selamat bercuti aku ucapkan kat kamu kamu semua yang bercuti hari ni sempena hari pekerja. Emmm tapi abah Adam still bekerja jugak hari ni maklum ler orang yang keje shift jarang dapat bercuti seperti orang yang keje office hour. Takpelah kan abah adam..chayokk!! caahyook!! Untuk Negara. :)

Jadi, aku & Adam lepak kat rumah jelah hari ni. Mengadap PC ni sambil adam pulak tengok Disney channel @ astro sementara free kan. Haha.. Nextweek dah takde, entahlah nak bagi reason apa kat dia. Aku cuma plan nak tambah pakej mustika aje sebab nak tengok super spontan punya pasal. Hahaha..

Korang masak ape hari ni? Cuti 2 ni mesti ramai yang rajin ke dapur kan. Jom layan kerabu kerang yang tertangguh nak update nih.


Nak resepi? Hahaha.. Senang je pun menu ni. Gaul dan campak2 aje.. Yang penting ade kerang, taugeh, kerisik sikit, sedikit jus air asam jawa,garam & perasa, hirisan cili padi & bawang. Nak lagi sedap tambah perahan asam limau. Adam pun makan tau. Ingat dia tak suka tapi duk ratah kerang jelah banyak nyer.

Monday, 30 April 2012

Mainan Tidur je kot!!!


Malam tadi termimpi lagi pasal buaya. Tak tahu lah kenapa selalu je mimpi pasal terjumpa buaya terdampar di tepi sungai dan tengok buaya dalam sungai. Kononnya aku lalu kat sungai tu dan langkah buaya tu. Sebelum ni tak terfikir pulak nak cari apa makna di sebalik tafsiran mimpi camtu. Tapi bila selalu sangat bermimpi yang bukan2 camtu. Nak jugak tahu maknanya. 

Apakah maksudnye :
Jika anda mimpi dikejar binatang-binatang buas dan beracun seperti anjing, buaya, ular dan sebagainya; Ia melambangkan atau membawa erti bahawa anda sedang berada dalam sebuah situasi yang berbahaya. Jika binatang buas yang mengejar anda berwarna asalnya yang sebenar atau berwarna-warni ia melambangkan masalah yang mengelilingi anda adalah dari sesama manusia atau anda akan diserang penyakit. -sumber-

atau maksud buaya

buaya dalam air dalam mimpi melambangkan orang yang tidak boleh dipercayai oleh sesiapa,baik teman atau lawan.atau melambangkan pencuri,atau pedagang yang tidak jujur,..

didalam air : adalah buruk
di tanah : lemah dan terhina.

jika buaya itu menarik orang itu kedalam air bermaksud seseorang memaksa melakukan sesuatu perkara yang hina..

jika bermimpi dirinya memakan daging buaya atau melihat dirinya menyeret buaya dari air maksudnya ia menang melawan musuh. -sumber-

Emmmm... Tapi mimpi aku ni hanya sekadar mainan tidur je kot. Mungkin diri ni terlalu lemah dan banyak sangat fikir, jadi macam2 lah dtg mengganggu. Malas sangat nak fikir itu ini mana yang berkait pasal mimpi dalam hari2 yang ku lalui ni. Memang mimpi kadang boleh mempengaruhi emosi seseorang tu. Kalau mimpi yang indah2 pasti bangun pagi tersenyum je kan tapi kalau mimpi yang bukan2 tu baik buat tak tahu aje. Hahaha.. Mimpi hanya sekadar mimpi. Tul tak? :)


Nota“Justeru, pastikan kita mengikut sunnah sebagaimana yang diajar nabi seperti membaca ayat Kursi. Hadis al-Bukhari yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, Baginda bersabda yang bermaksud: 
Apabila engkau baring di tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi. Maka sesungguhnya akan sentiasa bersamamu penjaga daripada Allah dan syaitan tidak menghampirimu sehingga subuh. “Nabi juga mengajar supaya merapatkan kedua belah tangan, kemudian meniup keduanya dengan membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudiannya menyapu seluruh tubuhnya dengan kedua belah tangan dimulakan dari kepala, muka kemudian seluruh badan yang tercapai tangan sebanyak tiga kali,” katanya. -sumber-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute