Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 20 April 2012

Siksa nya bila sesak nafas tiba-tiba..


Sejak kebelakangan ni kerap pulak saya alami masalah kesukaran untuk bernafas. Dah seminggu dah gak lah camtu. Kadang-kadang je datang semput tu. Dah lama tak kena cmni, sekarang jadi balik. Tak tahu lah apa sebabnya. Stress kah saya ini?? Maybe lah kot sebab saya banyak sangat fikir sejak dua menjak nih.

Saya pun gunakanlah khidmat pokcik google nak tahu lebih lanjut segala info kenapa dan bagaimana kan masalah nih...

Apa itu sesak nafas?? 
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
* Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
* Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.

Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. 
* Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. 
* Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan. Baca selanjutnya di sini : Sumber.

Takutnya saya bila baca info kat atas tu. Harap tidaklah teruk masalah saya ni. Dah la saya ni jenis yang memang liat terlampau lah nak g jumpe doktor. Ternyata yang mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. Harus lebih menghargai diri dan kehidupan yang diberikanNYA. Kena amalkan gaya hidup yang sihat!!! Bila lah saya nak sedar nih!!

MiaDuniaku 1st Giveaway


Hari ni mau join GA. Jom ramai-ramai join GA nih. Menarik jugak tau. Hope ade lah luck. :)


Sila klik banner



GA ni di anjurkan oleh Izan Mama Mia.



Syarat penyertaan :-
-terbuka kepada follower blog 'miaduniaku'....yang belum follow..sudi-sudikanlah..
-beralamat di Malaysia.
-buat satu entry 'MiaDuniaku 1st Giveaway' bersertakan banner di atas yang dilinkkan terus ke sini.
-follow blog penaja serta 'like' fb atau 'twitter' ..
~Penaja pertama~ Scarf Sweethoney 
~Penaja kedua ~ Sharina Elyana
~tag 2 orang rakan dan pastikan mereka tahu. 
-sudah siap semua tuu..hantarkan komen dan link entry serta ID fb ke ruang komen di sini.
-mencari 4 orang pemenang bertuah berdasarkan cabutan bertuah dari pemilik nama blog ini,..Puteri Mia anak mama yang tersayang itu..

Hadiah:-
~seorang pemenang untuk sehelai Shawl Zippy Zayra oleh Scarf Sweethoney (warna adalah dari pilihan pihak penaja.).


~seorang pemenang untuk edit blog berupa:- banner blog, header blog, cursor serta watermark..dari Sharina Elyana.

~2 pemenang akan menerima tanda hati dari penganjur GA..
~Bonus~3 blog paling Puteri Mia suka tengok akan di 'review' oleh penganjur... 

Tarikh : 19 april - 30 April (11.53mlm)

Saya nak tag :

Jomlah sama-sama memeriahkan GA nih. :)
Nak join, Sini Yer
 

Thursday, 19 April 2012

Adam Naik Bot..


Cuti memang menyeronokkan sambil melayan gelagat si kecik ku sorang tu. Betapa bahagianya hati ini bila tengok dia gembira dapat bermain dengan sepupu dan saudara-mara nya. Terubat lah rindu si kecik Adam bila dapat jumpe ummi, aki, grandma, pakcik makcik nya, sepupu2 dan saudaranya. Saya tersenyum senang bila tengok dia happy macam tu. Bila dia dah semakin membesar dan semakin petah pulak bercakap, memang agak rasa berbeza sikit time balik kampung hari tu. 

Nak tahu apa yang lebih membuatkan si kecik ku itu happy? Dia sangat teruja dan happy giler bila dia dapat naik bot aki nya untuk yang ke pertama kalinya. Ruginya saya tak ikut time tu sebab bz prepare juadah yang nak di bawak gi picnic tepi pantai kat Tanjung Gosong, Pekan. Adam memang awal-awal dah ke sana dengan abah dan sepupu-sepupunya sebab nak tunggu Aki nya balik dari kelaut. Itu yang terus Aki dia ajak naik bot dan meronda kat situ kejap.. 


Video Adam yang happy dapat naik bot. Video ni taken by abah adam dan edit pun by abah adam jugak. Awan Nano sebagai tema lagu video ni sebab Adam sangat-sangat suka dengan lagu Hafiz yang ni. 




Untuk Anak Ibu : Tiada yang membahagiakan hati ibu melainkan melihat dirimu riang sentiasa. Semoga kamu sentiasa happy dan senyum selalu!!!

Wednesday, 18 April 2012

Sambal Pauh....



Mangga muda atau saya panggil pelam pauh. Lain tempat lain nama panggilannya. Masa kat kampung hari tu, tengok dalam ice box rumah mak banyak sangat buah pelam tu. Terus lah buat sambal belacan. Tapi sambal belacan pelam versi kerabu pulak saya buat. Mana kan tidak nya jadi kerabu, mak saya kata mempelam tu lagi banyak dari sambal. Apepun sedap gak.. Dua hari jugak lah tumbuk sambal versi yang sama.


Resepi : Sambal pauh versi kerabu...
3 biji buah mempelam muda - dipotong halus
1 inci belacan
dua sudu besar gula
1 sudu kecik garam halus 
4 biji cili padi merah

* tumbuk cili, garam, belacan & gula hingga hancur sedikit.
* masuk kan pelam dan tumbuk sekejap jer.
* siap untuk dimakan dengan nasi panas tambah pulak berlaukkan singgang. Memang ngam...

Resepi ni main campak-campak dan agak2 je. Terpulanglah kalau nak lagi pedas tambah lah cili. Selamat mencuba. Tapi senang je pun kan... Saja je nak share gak. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute