Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 4 March 2012

Thanks sudi Follow Cerita Hati


Hai rakan-rakan blogger ku. Hari ini, follower Cerita Hati genap 60 orang walau baru beberapa bulan berblog. Sangat happy. Selepas join segmen dari blog Cik Lezza, makin bertambah follower. Terima kasih kepada mereka yang sudi follow blog Cerita Hati yang tak seberapa ini. Kerana mereka, saya jadi bersemangat nak ber blogging. Hehe..








Terima kasih kepada Cik Suka Berangan yang sudi genap kan menjadi follower yang ke-60. Jom singgah ke blog Cik Suka Berangan yang cute tu.



Rahsia Anak Hebat



Salam semua. Sedang baca berita dan belek-belek artikel kat mymetro, saya tertarik pulak ngan artikel ini. Jadi nak share lah kat sini pulak. Boleh? Hehe.. Sangat bagus artikel Dr. Asmadi ni


Rahsia anak hebat

Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad
drasmadi@maptraining.com.my





ANAK hebat lebih berdisiplin, ada wawasan, sasaran, matang berfikir, mudah bergaul, seimbang hidupnya, bagus akhlaknya serta taat agama.
Dia bukan sahaja disenangi ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Mereka cemerlang dalam akademik dan kokurikulum malah sering ditabal tokoh pelajar di sekolah. 
Jadi, apa yang ada pada anak cemerlang yang tiada pada anak-anak lain?

Ada anak hebat datang daripada keluarga biasa, anak yatim atau daripada keluarga mangsa penceraian. Ini membuktikan persekitaran, keadaan keluarga, kesusahan dan kemiskinan tidak menjejaskan menjadi insan hebat.

Rahsia pertama: Anak hebat ada matlamat jelas dan tidak sanggup berkompromi dalam merealisasikan matlamatnya. Apabila ditanya cita-citanya, mereka memberi jawapan dengan pasti.


Rahsia kedua: Anak hebat pentingkan pelajaran. Dia tahu hanya pelajaran boleh mencapai cita-citanya. Justeru, mereka memberi tumpuan dalam kelas, menyiapkan kerja sekolah dan mengulang kaji pelajaran.

Malah, anak hebat menyertai program motivasi luar bagi mendorong dirinya dan memantapkan teknik dan kemahiran belajar.


Rahsia ketiga: Anak hebat tidak malu mengakui kelemahannya dan meminta bantuan mengatasi kekurangan itu. Mereka sedar tidak semua orang tahu semua perkara selain memiliki bakat dan kebolehan berbeza-beza.


Rahsia keempat: Anak hebat menjalinkan hubungan yang baik dengan semua orang, hormat ibu bapa, sentiasa mendengar nasihat, menyenang dan menggembirakan orang tua, membantu dan mesra dengan adik-beradik.


Rahsia kelima: Anak hebat sentiasa muhasabah tindak-tanduk dan memantau prestasi pencapaiannya. Dia tahu kedudukannya sama ada hampir atau masih jauh dari sasaran lalu memperbaiki prestasi tanpa menunggu arahan.


Rahsia keenam: Anak hebat melakukan sesuatu bersungguh-sungguh dan tiada istilah main-main.


Rahsia ketujuh: Anak hebat istiqamah dalam usahanya dan percaya kejayaan besar yang mahu dicapai esok hari adalah himpunan kejayaan kecil setiap hari.

Dia sentiasa membuat perancangan belajar dan konsisten belajar mengikuti perancangan tanpa bosan.


Rahsia kelapan: Anak hebat sentiasa belajar daripada orang lain dan suka hadir pelbagai program, aktiviti dan seminar yang membuka mindanya.

Anak hebat mempunyai mentor. Dia tahu kejayaan yang mahu dicapainya itu pernah dicapai orang lain.


Rahsia kesembilan: Anak hebat sentiasa ingat Allah kerana manusia hanya mampu merancang tetapi Tuhan menentukan. Dia juga tahu jika dirinya ingkar perintah Allah, bergelumang dengan dosa, Allah akan tutup hatinya dan hilang keberkatan dalam usahanya.

Mereka sentiasa menjaga solat lima waktu, melakukan banyak amalan sunat, membaca al-Quran, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, amalan doa harian dan
basah lidah serta hatinya dengan zikir.


Rahsia kesepuluh: Anak hebat tidak sombong dengan apa yang dicapai dan sentiasa bersyukur apabila berjaya selain berkongsi kegembiraannya dengan mereka di sekelilingnya.

Anak hebat tidak pernah menunjuk-nunjuk atau mendabik dada kerana tahu sifat sombong hanya merosakkan akhlak dan amalannya. Dia berterima kasih setiap kali berjaya.


Rahsia kesebelas: Anak hebat sedar hanya dia yang boleh menolong dirinya.

Jika tidak faham satu dua perkara bolehlah bertanya pada guru tetapi bukannya menyerahkan semuanya kepada guru. 

SumbermyMetro



p/s : Sekadar berkongsi apa yang saya baca.  Semoga sama-sama kita dapat pratikkan tips tersebut dalam membimbing anak menjadi anak yang hebat juga satu hari nanti. InsyaAllah. Amin. 
Masih belajar dan sentiasa belajar untuk menjadi ibu yang terbaik. 





Celebrate Birthday Boy 3 tahun



Petang semalam, celebrate birthday my lovely boy yang ke-3. Ekceli kan, bday dia 5hb. Tapi disebabkan bday dia this year jatuh pada hari bekerja, dan tetamu pun + kawan-kawan abah nye kerja lain-lain shift. So, buat jelah semalam cuti weekend. Dugaan sungguh nak celebrate bday dia kali ni. Plan nak sambut kat air terjun Lata Belatan. Bangun pagi, hujan pulak. Dalam hati berdoa moga hujan akan reda petang nanti. Tapi hujan jugak lah renyai-renyai. Disebabkan dah berjanji ngn birthday boy tu, terpaksalah pergi jugak kan. Sampai je kat Lata tu, mak ai... ramai je orang rupanye walau hari agak mendung dan hujan yang sekejap-kejap tu. Hehe.. 

Tetamu pulak dalam 4 family. Terima kasih kat diorang semua sebab sudi datang meraikan birthday boy kami. Sangat hargai nye. 

Sesampai je, terus prepare untuk sesi bakar ayam. Punya lah lama geng ayah-ayah nak hidupkan api tu. Hehe.. akhirnya dapatlah jugak celebrate bday adam kat luar walau hujan. Mandi tetap mandi. Dia tak nak naik pun sebab seronok main air. Puas betul tengok bday boy happy. Itulah saat yang paling indah, bila tengok keseronokan dia.

On the way balik umah, sekerat jalan pun dah tidur. Kepenatan bermain air sungai. 

Untuk anak ibu, we love you.

Jom layan sesi bergambor kami-kami. hehehe. :)

 Homemade from ibu utk bday boy



 Muka happy dapat tiup lilin





p/s : Kau kesayanganku selamanya. Semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, cemerlang dunia dan akhirat. Semoga menjadi anak yang baik. Happy Birthday Muhd. Adam Akmal. Sudah 3 tahun kamu. Sekejap je rasa. :)

First Contest by Afiqah & Amani Azwa : Edit Gambar Sehabis Cun







Salam semua rakan blogger. Hari ni nak join contest ni. First time contest dan first time jugak saya join. Hehe.. Ini pun setelah di tag oleh puteri comel Indah Comel. So, join lah. Sesiapa nak join, jom lah. kat sini yer Contest





Gambar yang akan di edit, sudah semestinya gambar saya dan anak. Gambar di masa kami pergi Cameron Highland last year.


Sebelum proses mengedit


Selepas edit sikit-skit, jadi lah begini
.
.
.
.
.
Siapa mangsa seterusnya yang perlu saya tag
.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute