Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 29 August 2013

3 Bulan 3 Minggu... Dhia dah meniarap!!


Petang semalam.. 28-08-13. Dengan rasminya Dhia dah boleh meniarap tanpa perlu bantuan ibu abah lagi. Yeay!! Dhia berjaya lakukannya dengan sendiri. Tahniah sayang!!
 Alhamdulillah.. cepat dia meniarap. Di usia 3 bulan 3 minggu. Abang Adam dapat meniarap masa umur 4 bulan lebih. Agaknya Dhia tak sabar nak main ngan abang Adam kot. Yelah.. hari-hari duk tengok abang main lompat-lompat kan, itu yang dia usaha dan terus usaha lagi.. Bila dah boleh meniarap ni.. saya memang tak boleh nak tinggal dia sangatlah untuk buat kerja lain. Kena tengok dia, takut dia penat... sebab Dhia belum boleh terlentang sendiri lagi. Hanya baru boleh meniarap dengan sendiri je. Kan baru semalam.. Hihi.. Nanti dah terlentang sendiri okaylah sikit. (^_^)
Penat... Dhia sandar kepala dia kat turtle comel tu.. Ekceli Dhia kenal dah mainan dia tau.. Kalau abang dia pegang pun, dia akan buat bunyik isyarat cam marah abang dia main mainan dia.. Muahaha.. Semoga anak ibu cepat belajar dan gigih lagi usaha dalam proses nak belajar berjalan nanti kay. Niarap-merangkak-tatih-berjalan.. haaa kejap jer masa itu berlalu, sedar-sedar dah boleh meniarap dah awak dan sudah nak menginjak 4 bulan dah awak kan Dhia.. rasa macam baru jer semalam ibu bersalinkan awak.. Hihi.. Sayang awak ketat-ketat.. Ibu sayang anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu membesar dengan sihat dan kuat.

9 Komen Cerita Hati:

Masya said...

hohohohoho... cepatnya dah meniarap...

Unknown said...

cepat yer dhia da pandai meniarap...

Chic Na said...

gigihnya dhia. kira awal la tu kan. :)

AdaM Hawa said...

Alahai comel dhia..

P#eoniX said...

laaa...dah pandai meniarap dah dye!!!heheheh...

Puan Kutu said...

kira cepat juga dhia merangkak..tahniah dhia!aiman dulu 3bulan lebih gak boleh meniarap..aiman mmg semuanya cpt perkembangan dia..

afia nk mengiring pun malas,rasanya lmbt kot nak boleh meniarap..bab sembang je expert..mulut tak reti diam.huhu..

LYAfrina said...

yeayy...congrats dhia..
lya pasti dhia akn jd pndai nanti ,.sbb dia pon belajar sama dlm perut mama dia msa mama sibuk mgajar abg adam... untung dhia..

Fais-SKA said...

he3 comel je =) cpat pndai pula 2..baby mmg xboleh tido meniarap ke??

IntaNBerliaN said...

wah cepat dhia meniarap yer.. alisha n aqilah semuanya 4 bulan++ :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute