Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday 11 March 2013

Usaha yang mula berhasil.........


Lagi cerita kami... lagi cerita puteraku.. Kalau nak mencari cerita gosip atau artis memang takde lah kat sini.. Hanya cerita kami, cerita indah kami dan cerita hari-hari kami untuk kenangan tatapan kami di hari depan. Jangan bosan yer. Kalau bosan, button X  ada kat atas tu.. Hihik....  :)

Alhamdulillah, syukur..... Itulah yang dapat diluahkan apabila usaha saya mula menampakkan hasil ke arah yang positif. Ternyata pilihan untuk membeli set buku itu tak sia-sia. Pada mulanya, saya sendiri pening nak memahami kaedah fonik dalam ajar anak membaca ni tapi dengan bantuan cd dan buku panduan serta ada juga saya google sikit-sikit tentang cara ajar kaedah tu, saya jadi semakin selesa. Adam pun yang pada awalnya pun keliru dah semakin boleh memahami. Mula-mula tu memang peninglah nak ajar mengeja atau fonik kat dia sebab adam memang dah kenal dan boleh hafal huruf ABC, tapi saya cuba je dulu sepertimana dalam buku tu. Mujurlah dia boleh ikut dan mula faham cara membunyikan setiap huruf dalam buku 1 tu dan hasilnya setelah hampir seminggu, dia dah lulus buku 1 dan boleh mula buku 2 pula. Adam pulak yang bertambah tak sabar nak mulakan buku 2 tu. Alhamdulillah..... Minat dia untuk belajar membaca di tahap yang tidak membuatkan saya hangin kalau nak mengajarnya. Hihik... Sebab tu saya ni kena pastikan saya sentiasa sabar dan tenang semasa ajar dia membaca. 

Pelbagai cara jugalah terpaksa saya fikir dan buat untuk menjadikan sesi belajar membaca tu ceria dan tak membosankan dia. Haha.. Tiba-tiba saya menjadi semakin rajin pulak melayan dia belajar hinggakan encik suami tegur, kenapalah dengan saya sekarang ni.. dah dekat nak due makin rajin pulak melayan adam belajar.. Huhu.. Sebenarnya saya baru je dapat kerajinan dan kesedaran kot... Hehe... 
 Untuk bagi dia lebih cam bentuk rupa dan cara bunyikan huruf, saya buatkan kertas-kertas huruf dan bagi dia ikut huruf-huruf tu dengan playdough.
Adam sangat suka belajar sambil bermain macam ni rupanya... Kalau setakat membaca je bagi dia tengok buku tu memang sekejap jelah dia OK lepas tu dia dah mula tak duk diam sebab bosan tapi lepas cuba buat camni, dia OK je sampailah habis satu buku tu.
Bila dah siap semua tu, saya buat ujian pula kat dia untuk pastikan samada dia dah boleh bezakan atau tidak cara baca huruf tu. Keliru sikit-sikit tu normallah bagi anak kecil seusia dia tapi asalkan dia boleh faham sikit-sikit, itu dah cukup buat saya happy dan dia pun happy dengan pencapaian diri dia sendiri. Semoga anak ibu akan lebih rajin dan pandai lagi yer.. Ibu sayang abang adam.. 

p/s : Kawan-kawan juga boleh la cuba buat aktiviti macam ni kat rumah dengan anak-anak, pasti seronok tau.. Idea yang boleh dikongsikan bersama. Semoga anak-anak kita semua menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Inshaa Allah...

3 Komen Cerita Hati:

Masya said...

saya belikan amir buku pantas membaca.. sebab sama dgn sekolah punyer.. senang jugak dia nak ikut.. cuma kdg² budak lelaki ni mmg kene lbh kreatif mcm ni lah baru mood dia org okk..

Kakzakie Purvit said...

Bila si ibu gigih tidak mustahil anak akan lebih cemerlang. Kakak dapat rasakan Adam lebih cepat pandai membaca kalau ct terus rajin mencari jalan - betul anak-anak kita kena lihat dimana cara yg dia lebih cenderung. Ct ibu yg kreatif juga kakak lihat. tahniah!!

Unknown said...

rajinnye adam..sy pon cube buat ngan kakak la pakai playdough tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute