Cuti sekolah, pastinya banyak undangan kenduri situ sini dan pasti ramai juga yang bawa anak-anak pergi bercuti kan? Ekceli, hari ni kenduri kawen cousin-cousin saya tapi saya tak dapat balik dan attend majlis mereka sebabnya mr.hubby tersayang outstation. Mahu pulang kampung berdua dengan adam dengan keadaan diri yang berbadan dua lagi, memang tak laratlah. Lagipun kena naik bas lak tu, kan tak reti drive sendiri kan.. Kihkih.. Maaf ye cousin-cousin ku sayang sebab tak dapat hadir meriahkan majlis kalian.. Hanya dapat doakan kebahagiaan kalian agar berpanjangan hingga ke akhir hayat hendaknya.. Semoga menjadi isteri yang mithali dan sabar hadapi apapun dugaan dalam alam rumahtangga.
Saya?? Hehe.. beraktiviti dengan adam di rumah je.. Aktiviti adam hari pertama di minggu cuti sekolah. Dah boring kan tak tahu nak buat apa memandangkan abahnya outstation. Inilah kerja kami dua beranak... Hihik.
Menggunakan egg carton sebagai bahan utama, water colour, gunting, dan paint brush.
Aksi si cilik saya mewarnakan caterpillar nya.. Tapi adam cakap, "U untuk Ulat".
Haha.. Mana satu ni??
Dah siap 3 ekor Caterpillar atau U untuk Ulat kata adam.. Kaler yang bercampur-campur diwarnakan oleh adam. Saya juga ada buat satu, yang tengah tu dan dua lagi tu adam punya.
Nota : Seronok bila dapat buat aktiviti begini dengan anak. Banyak perkara yang dia boleh belajar dan dapat menguji pelbagai kemahiran untuk dia. Jom cuba buat... hehehe.. :)
4 Komen Cerita Hati:
silap tuh!!!c for cleaver..huhuhuhh!!!
Hehehe comel je caterpillar tu. Kreatifnya kak ayue and adam. Lepas ni boleh fikir buat benda lain, jangan lupa share idea baru tu pulak nanti yaa. :)
comel ler. kalau main kaler2 bukan budak2 je, cikna pun suka ayu. huhu..
ulat warna hijau² adam hihihihihi..... sukalah dia yer...
Post a Comment