Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 4 November 2015

Diy mainan anak yang boleh buat anak lupa pada gajet


Anak saya dulu pun hampir ketagih dengan telefon dan boleh dikatakan dalam sehari tu banyak kali duk main telefon dan tablet. Memang saya tak suka keadaan itu berterusan. Alhamdulillah sekarang ini dia tak macam dulu.. kadang tu lupa nak tengok youtube tu. Haha. 

Bila sehari tak buat apa-apa aktiviti pasti mereka bertanya dan mereka sendiri akan selongkar abm dan diy toys yang ibu buatkan  sebelumnya. Ulang je main.. nak menarik perhatian anak memaksa ibu untuk jadi lebih kreatif dan perlu jadi lebih rajin. Sumber idea banyak saya cari di aplikasi pinterest. Senang pakai handset je, tengah relax sebelum nak tidur pun sempat la duk cari idea kat situ dan boleh sampai termimpi gitu.. berhantu pula rasa bila kenal benda tu. Haha. :) 

1) Trek kereta dari kotak

 saya guna kotak coklat dan satu kotak ubat gigi. Potong dan lekatkan dengan double tape.

 Adam suka la dapat ni.. wooo kereta tu lagi laju.. waahh..

2) Fun racing pompom ball
 ini pun mainan yang tak perlu belanja besar. Beli masking tape tu RM2, straw dan pompom ball boleh cari kat kedai mr.diy, satu paket RM2.50.

 Aktiviti meniup straw ialah salah satu aktiviti yang bagus untuk terapi pertuturan. Kalau anak ada masalah nak sebut sesuatu huruf bolehlah selalu buat aktiviti tiup straw begini selain daripada tiup belon dan tiup buih sabun.
 Si abanglah paling suka.. adik kena ibu tolong pegang straw menghala ke pompom baru jadi semangat nak main. Alhandulillah dhia pandai tiup straw tu.

3) Fun golf games
 saya guna mangkuk polisterin jadikan target goal. Kertas tu buat melengkung supaya nampak lagi menarik. Kayu golf pula dari kotak dan letak batang belon sebagai sokongannya. Bola golf guna pompom.

 Jimat kan? Tak payah susah-susah nak belanja besar untuk buat aktiviti yang seronok. Apa yang pasti anak jadi teruja yang diy ni dari yang beli.

4) Fun mini catapult pompom games

 Diy mini catapult tu dari batang aiskrim, pompom ball sebagai peluru dan bekas sebagai target. Saya tambah tampal kertas ditulis perkataan. Tujuannya sambil main tembak-tembak tu sambil belajar sebut perkataan.

Saya guna 7 batang aiskrim untuk buat mini catapult ni, 4 Gelung getah, tudung botol dan double tape.

1) Ambil 5 batang tu disatukan dan ikat kiri kanan hujungnya dengan getah.
2) Ambil lagi 2 batang tu ikat bahagian hujung sahaja.
3) Masukkan yang 5 batang tadi ke dalam 2 batang tu. Macam V tu.. yang 5 batang tu sebagai sayap. V di tengah dan tarik ke hujung sikit. Macam nampak jadi kapal terbang. Lepas tu, ikat dengan getah buat macam X.

Stress juga tu nak masukkan dalam cawan.. bukan mudah ye. Bila berjaya seronok tapi bila tak masuk... tension. Hihi. Tapi dia main sampai habis la. Angry bird katanya games ni. 

Diy mainan yang ringkas dan mudah nak disediakan. Pasti anak takkan ingat sangat pada gajet.. adam masa main games golf tu..dia berjaya tak sentuh gajet hari tu. Dia lupa... hihi. 

Selamat mencuba ye!! 

Thursday, 29 October 2015

Diy busy book dari album lama dan diy Kalendar lama

Busy book memang cara terbaik untuk alihkan perhatian anak pada gajet. Anak saya sendiri pun dulu memang addict dengan gajet. Alhamdulillah selepas selalu buat aktiviti hs dengan anak, anak-anak pun jadi kurang hadap gajet ni. Saya bukan la tak bagi terus tapi ada waktu dan limit masanya. Anak saya bukan main games sangat tapi lebih kepada tengok youtube.. tengok utralman,upin ipin, robocar poli tu dan video belajar. Tengok youtube yang kena pantau setiap 5 minit kena intai duk tengok apa. Syaratnya tengok di ruang tamu dan bukan duk dalam bilik.. hihi. Senang nak pantau kan..
Sejak laptop rosak dan tinggal printer je.. mesin laminate pun takde kan.. emm tak dapat la nak buat busy book yang cantik macam orang lain buat. Saya pun terfikirlah apa lagi boleh diguna selain sheet protector. Haaa..jangan nak jadi alasan takde barang takde gajet tu semua tak boleh buat busy book. Barang yang ada kat rumah pun boleh je diy, saya guna la album ni jadikan busy book. Jimat pun jimat. Tak payah keluar modal nak gi laminate. 
Saya tulis je.. tapi nak juga print worksheet letak dalam album ni lagi cantik kan. tunggu laptop dah sembuh la. File yang download pun ada tersimpan dalam external harddisk.. nasib baik simpan folder tu..kepada yang nak buat busy book guna album ni, saya galakkan korang print worksheet dan letak dalam tu.. kalau takde mesin laminate la. :)

Kalendar lama jangan dibuang. Kalau jenis stand camni lagi la sayang kan nak buang. Simpan pun duk dalam almari je. Jom diy jadi buku bacaan mudah anak.. memandangkan saya lukis dan tulis tu, tersangat perlukan kesabaran.. jadi, silalah print je bacaan mudah dan tampal kat kalendar tu. 
SELAMAT MENCUBA!!

Spelling games and envelope games

 Diy abc yang dibeli kat kedai mr.diy RM9.90. Kecik abc tu dan saya diy letak atas tudung botol. Setiap huruf ada tiga keping. Bila diy begini lebih mudah dan dapat elakkan daripada abc tu hilang.

 Spelling games : sambil bermain sambil belajar mengeja dan sebut huruf.

 Envelope games

He's love it. 

Cara ajar anak sifir dan bundar nombor


"Sifir tu apa?", tanya adam. Bukan mudah nak bagi dia ingat sifir 1-12 tu. Sekarang dia baru boleh buat sifir 1-5 je. Sifir 1,2 dan 5 tu laju je dia sebut tapi 3 dan 4 agak perlahan sikit. Lagi dua bulan adam nak masuk darjah 1, saya pun tahu yang topik darab darjah 2 atau 3 baru belajar. Ini pun saya cuma nak beri dia pendedahan awal sahaja.
 
 Roda sifir. Saya letak dalam sheet protector dan guna washable marker pen supaya boleh ulang pakai banyak kali. Sambil tulis sambil ingat.
 roda sifir.
 Ini cara saya ajar adam bundar nombor. Tahun 1 dah kena belajar bundar.. alhamdulillah, banyak kali guna papan garis nombor ni, adam jadi mudah nak jawab soalan bundar. Sekarang bila beri latihan je terus boleh jawab dan tulis jawapan dengan tepat. Dia dah faham konsep bundar tu macamana. Alhamdulillah.. oh ye, saya lukis tu dan letak dalam sheet protector supaya boleh diulang pakai.

Ini pula nota sifir yang kaedah buatnya tu saya terjumpa dari google juga. Saya lupa web apa. Saya salin dan tampal supaya senang nanti nak ajar adam dan mudahkan adam rujuk nota cara buat dan hafal sifir ni nanti.






Matematik adalah subjek kesukaan adam. Aktiviti matematik la dia paling suka buat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute