Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 4 August 2012

Abah belanja Ayam Kepsi...


Semalam.......... Kami makan ayam kepsi (kfc). Ingatkan nak berbuka puasa kat luar terus tapi saya masak jugak dan berbuka dulu di rumah. Goreng bihun je pun... Lepas dah magrib, barulah keluar makan ayam pulak. Dalam pukul 8.30pm jugaklah keluarnya dari rumah. 
 Adam suka sangat dapat makan ayam kepsi ni. Tapi yang spicy tu memang pedas sungguh.. Pedas desit orang ganu kata.. Saya pun makan dalam terpaksa je.. Sedap lagi spicy macam biasa kan.. hehehe..
Sebelum balik rumah sempat lagi singgah tengok kasut.. Tu yang berhasil rembat dua pasang sebab ade offer kat vern tu.. Dua pasang ni = RM30. Murah tak? :)

Sebenarnya ada cerita yang menyentuh hati saya..........
Dalam keseronokan saya keluar untuk makan tu, saya ternampaklah seorang pakcik sedang gigih mengumpulkan kotak, tin dan kertas masuk dalam keretanya berdekatan dengan tempat parking kereta kami. Sangat tersentuh hati saya saat melihat keadaan itu. Saya rasa macam sayu pulak bila lihat pakcik tu masih gigih mencari rezeki sedangkan saya nak pergi makan. Sungguh rasa bersyukur sangat dengan hidup saya sekarang walau tak mewah tapi cukup segalanya. Alhamdullilah... Saya selalu jugak ajar Adam untuk bersedekah bila tiap kali ke pasar malam bila ada yang memerlukan. Tapi sebenarnya kan, saya rasa lagi sedih bila teringatkan ayah dan bonda saya. Saya sedih sebab buat masa ni saya tidak mampu lagi memberikan mereka kemewahan. Jika ada sikit saya berilah jugak sikit pada mereka.  Selebihnya saya hanya mampu berdoa untuk kesejahteraan mereka. Bonda saya pernah berkata, "bukan harta mahupun wang ringgit yang mak nak dari anak-anak, cukuplah kalau anak-anak bahagia dan ingat dekat mak". Memang saya sebak bila mak saya pernah katakan itu kepada saya satu ketika dulu bilamana saya mengadu padanya yang saya kecewa tidak lagi mampu berkerjaya seperti yang saya impikan. Ya Allah, lindungi dan kasihanilah Ibu Bapaku dan panjanglah usia mereka. Murahkanlah rezeki mereka dan rezeki kami.. Amin..

Terpaksa Lepaskan ia........


Hari ni..... Hari yang sedih bila terpaksa lepaskan dan memberikan ia kebebasan di dunia yang lebih besar buatnya  setelah sekian lama tinggal dalam akuarium kami. Ia dah besar dan sudah tak muat akuarium kami tu, makanya adalah lebih baik lepaskan ia ke sungai yang lebih besar dan bebas untuknya bergerak. Saya sedih sebenarnya kerana hampir setahun lebih kami pelihara ia, si "PUTIH". Mulanya Adam kata, "Tak payah lah abah, kesian dia". 

Tapi disebabkan ruang akuarium tu dah semakin sempit dan si putih tu pun semakin agresif yang suka melompat hingga terpercik air. Udah ler belakang tu ade plug dan banyak wayar.. Kalau air silap terpercik ke situ kan tak ke haru biru nanti ter'karen'. Takpelah......... mungkin ini yang terbaik untuk putih.. Sob.. sob.. sob... Pasti rindu akan gelagat putih dalam akuarium tu. Apa yang saya perhatikan, putih ni macam berjiwa sikitlah. Yelah sebabnya kan bila ia lapar, ia pandang je tuannya (abah adam) dan naik-naik ke atas sambil nganga mulut. Tapi dengan adam, putih cukup marah. Tiap kali adam pergi dekat dengan akuarium tu ia akan melompat macam tunjuk marah dan habislah terpercik air. 

Putih dah besar sangat kot sebab tu dia semakin agresif dan demand ruang yang lebih luas.. 
Semoga Putih selamat dan hidup bebas di sungai nanti.. Selamat Tinggal Putih...... Hati-hati dengan ikan yang lebih besar yer Putih!! So.. sob.. sob.. :'(
-Inilah 'Putih' yang dulu kecik je masa mula-mula dipelihara-
 Adam dekat akuarium. Dulu, Putih tak berapa agresif lagi. Nampak tak yang masa ni Putih masih banyak lagi ruang untuk bergerak.
 Dah siap untuk dilepaskan......... SELAMAT TINGGAL PUTIH. Semoga Putih selamat dan gembira di tempat tinggal yang baru yang lagi besar ni dan sememangnya habitat Putih sepatutnya kan.. :)
  Putih nampak macam seronok berenang  di tempat tinggal yang baru. Perlahan-lahan ia hilang dari pandangan mata dan terus berenang ke dalam sungai.
Ini budak yang teman Abahnya lepaskan si Putih.

-Video kenangan Putih-

Putih kami ni adalah sejenis ikan kaloi.. Putih ni tak mahu bercampur dengan ikan lain dalam satu akuarium tau. Pernah abah adam belikan ikan lain dan letak sekali dengan Putih, tapi mati ikan lagi satu tu kena belasah dek Putih ni... Hampir setahun lebih Putih ni menjadi peliharaan kami. Bila ditinggalkan lama sebab kami balik kampung pun, Putih masih berkeadaan baik. Sebelum kami balik kampung, kami hanya tinggalkan ikan-ikan yang kecil sahaja dalam akuarium tu untuk bekalan makanannya sepanjang kami takde di rumah. Lasak jugak Putih ni mampu bertahan. Tapi kan lepas je balik dari kampung dan bila nak bagi dia makan, Putih ni macam merajuk tau. Ia tak akan makan sangat makanan yang baru diberi tu. Esoknya pulak baru dia makan.. Sebab tu saya kata berjiwa sikit Putih ni. Hihik.. :)

Friday, 3 August 2012

Apa erk nak masak hari ni?


Sepanjang bulan puasa ni kan, saya agak tak berapa reti nak fikir nak masak menu apa untuk berbuka. Pernah jugak saya masak menu yang simple je.. Bila pergi ke bazar ramadhan pulak kan, saya macam tak tahu je nak beli ape.. Balik-balik beli makanan yang sama iaitu daging bakar dan kuih-muih sikit. Lepas tu balik... Hihik.. Nak beli lauk memang rasa macam dah kecewa sebab terkena lauk yang basi. Frust je tekak saya yang nak makan lauk tu masa tu. Sudahnya baik masak sendiri je.. Tapi hari ni macam malas pulak nak memasak.. Tekak ni macam nak makan kat luar je.. Harapnya Abah Adam bawak ler belanja berbuka puasa kat luar hari ni. Hahhaha... Boring jugak asyik masak je kan.. :) 

Opps.. kenapa saya pulak hari ni ye?? Hehehe.. Ok.. Sebenarnya semasa saya mula-mula berblog dulu, saya memang guna kata 'saya' sebagai ganti nama. Kemudian saya tukar kepada 'aku' untuk lebih rasa ada feel dalam menulis.. Tapi bila difikirkan balik, rasa macam tak kena pulak dan mungkin ada yang rasa kurang senang. Lagipun umur saya dah semakin meningkat ni dan sudah jadi ibu, rasanya nak bertukar kembali menulis dengan menggunakan kata ganti 'saya' lah.  Ok kan?? Rasanya itu lebih kena dengan jiwa saya sekarang ni.. :)

p/s : Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa yer!!! Saya mohon maaf andai ada penulisan saya sebelum ni ada yang buat sesiapa terasa hati ke ape.. Maafkan saya.. Ambil mood nak raya ni. Nanti raya mintak maaf lagik.. :)

Nota : Malam ni akan cuba buat biskut raya dengan si kecik saya, Adam. Dari semalam lagi dia ajak dan abahnya pun nak tolong jugak. Biskut raya pilihan saya untuk cuba buat tahun ni ialah biskut dahlia, cornflakes, sarang semut, nestum kelapa dan cornflakes madu. Adam pulak request nak biskut bentuk bulan dan star.. Haha.. Acuan terap star pun takde. Kena pi beli dulu la nampaknya.. :)
Korang dah mula buat biskut raya belum?

Wednesday, 1 August 2012

Ayam Goreng Berempah


Aku memang jarang buat ayam goreng berempah ni.. Ingatkan tak menjadilah tadi.. Tapi berhasil jugak.. Aku ni belajar masak dan suka cuba macam-macam resepi bila dah jadi bini dan mak orang lah. Hihik... Jadi kepada yang tak pandai masak sebelum kawen tu janganlah risau sangat, nanti akan pandai je masak asalkan ada keinginan nak cuba dan belajar buat.. Menu berbuka puasa hari ini simple je. Ayam goreng berempah + Gulai terung + Nasi putih + Sambal belacan...
Resepi : Ayam Goreng Berempah
Sumber asal resepi : Resepiraidah

1 ekor ayam
5 ulas bwg putih *
2 biji bwg besar *
1 inci halia *
5 batang serai *
1 sudu besar biji ketumbar - sangaikan dan tumbuk/kisar
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sdt serbuk kunyit
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
1 tangkai daun kari
garam secukup rasa

1) Bahan bertanda * dikisar dan digaul bersama dengan bahan-bahan lain dan perapkan dengan ayam. Kemudian goreng hingga masak. ( Ku perap dalam 4 jam kot.. hehhee)

SELAMAT MENCUBA!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute