Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 8 May 2012

-Bukan perkara mudah-


Sejak anak semakin membesar dan mula mahu mencuba pelbagai benda, terasa macam-macam jugak perasaan ni. Memang gembira dan bangga dengan setiap apa yang dia berjaya buat. Bangga jugak bila dia dah pandai itu ini. Nak kata dia tak dengar cakap, dia dengar  lah jugak........... cuma kadang dia lupa. Itu yang abah dia kadang selalu marah. Tapi sebenarnya, kita sebagai ibu bapa tidak boleh terlalu mengharapkan anak untuk berkelakuan sopan dan baik je sepanjang masa kan. Kerana mereka sedang dalam proses pembelajaran dan sedang melalui fasa-fasa untuk menjadi seperti orang dewasa. Itu yang aku selalu cakapkan kat diri aku dan abah adam.. Jangan selalu marahkan sangat dia. Nasihatkan je. Bila dia ulang lagik baru lah beri hukuman kat dia. Aku tak pasti samada cara aku ni betul atau tak.. tapi aku cuba buat yang terbaik untuknya.

Sekarang ni, bila keluar berjalan... dia agak kurang duduk diam dan tidak suka dipegang tangan. Kadang dia dulu ke depan dari kami. Bila kami tegur, dia diam lah kejap dan bagi kami pegang tangan dia. Tapi bile tak diingatkan pasti dia tak reti duduk diam. Kan ke bahaya gak tu.......... Hari tu berjalan pun dia laju je ke depan. Apa yang kami selalu buat, kami panggil dia dan stop mintak dia patah balik. Sebab ape, kalau makin kami panggil dan cuba kejar dia.. masa tu jugak lah dia akan cuba lari laju. Konon perasan yang macam kami main kejar-kejar pula dengan dia. Kadang tu abah adam perlu dukung dia walau dia dah berat nak didukung bila di tempat yang ramai orang. Bila dia perangai terlampau manja, memanjat dan melompat pulak kadang boleh jadi pening jugak. Emmm.. Ada orang cakap budak kalau banyak sangat ragam sebab takde kawan? Maknanya nak mintak kawan = adik lah tu.. Hahaha.. Itulah yang jawapan yang selalu aku dapat.. :)

Bukan perkara mudah nak didik dan besarkan anak-anak. Baru kini ku tahu betapa sukarnya ibu dan ayah ku mendidik kami 9 beradik ramainya dengan pelbagai karenah. Terima kasih buat bondaku Puan Fatimah Muda di atas segala pengorbanan dan penat lelahmu dalam  mendewasakanku. Semoga bondaku sentiasa dilindungi-NYA dan dikurniakan-NYA kesihatan yang baik sepanjang masa. Amin. Chik sayang mok!!!

Kerana itu bagiku bukan perkara mudah untuk mengharapkan anak yang kecil itu untuk berkelakuan baik dan sopan sepanjang masa. Adakalanya dia memanjat, adakalanya dia banyak bertanya dan banyak cakap, adakalanya dia cerewet, adakalanya dia suka sepahkan mainan, adakalanya dia suka melompat-lompat.... Tapi itulah dia anak-anak kecil yang cuba untuk belajar apa sahaja kerana mereka masih dalam proses tumbesaran. 

Bila dia mula belajar menulis.............




Nota : Perkembangan anak dari usia 0-5 tahun merupakan waktu kriktikal yang perlu diberi perhatian. Memandangkan dia banyak belajar menerusi kaedah peniruan. Kita tidak mampu memastikan anak berusia 5 tahun ke bawah mengikuti semua tingkahlaku baik biarpun berulangkali menunjukkan kepadanya. Anak perlu diberitahu berulang kali nasihat untuk beberapa jangka waktu hingga mindanya mampu menerima nasihat. Pembelajaran perlu dilakukan secara perlahan-lahan. Lama-kelamaan ia akan membentuk tabiat. Kita disarankan agar tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan dalam diri anak kita.
 -Sumber : dari majalah Pa&Ma yang ku baca-

Monday, 7 May 2012

Puding Triple-step by step-


Pagi tadi mood rajin datang. Maka nya berhasillah buat puding triple.Memang dah lama tak buat puding ni.. Kat sini nak share resepi dan step by step nak buat puding ni. Ada beberapa orang teman yang cuba resepi ni tapi bagitahu ku yang tak berapa menjadi dengan baik terutama kastard yang lembik. Okay, sini ada sikit sebanyak step yang nak ku kongsikan dan diharap dapat membantu kamu ye teman-temanku.. Harap lepas ni menjadi lah. Aku pun main ikut sesedap rasa dan gerak hati je buat.. :)


Sediakan bahan-bahan utama:
Kek swiss roll (ku guna london swiss roll yg kecik je kali ni tapi kalau boleh lebih elok pakai yang besar ye), Tepung kastard, 1 susu besar gula pasir, 2 cawan susu cair, setengah tin buah-buahan koktel, 1 kotak agar2 jelly kristal Nona, 2 cawan air.

1) Potong nipis kek swiss roll dan susun dalam loyang sampai penuh dasar loyang tersebut. Kalau swiss roll jenis besar buat satu layer je, kalau yang kecik macam ni ku buat 2 layer. Habis sesi menyusun, tuangkan sedikit air dari buahan koktel tadi untuk lembabkan kek. (kalau tak nak guna loyang, pakai tupperware pun OK jer)

 2) Masak 2 sudu besar tepung kastard, 2 cawan susu cair & 1 sudu besar gula pasir dalam kuali hingga ia betul-betul menjadi pekat dan mendidih sedikit. Kemudian tuangkan atas susunan kek tadi.

3) Taburkan pula buahan koktel tanpa air di atas layer kastard tadi.. Ambil buah-buahan nye sahaja.



4) Masak agar-agar jelly nona dengan 2 cawan air dalam kuali dan kacau hingga ia larut & mendidih. Kemudian tuangkan di atas puding tadi. Siap dan sejukkan lah dalam peti sejuk. Nak lagi best sejukkan lah semalaman.

Okay.. Dah siap dah dipotong dan boleh dimakan.. 
Selamat Mencuba.  :)





Entry Tertangguh-Terjah LA Hot Spring-


Sebenarnya ini adalah entri tertangguh dan lupe nak update kat sini.. Ada cerita lucu kami di sebalik nak jejak kaki ke Kolam Air Panas La ni..

Kolam Air Panas La : Kawasan air hangat ini terletak di pendalaman Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih, Terengganu. Pusat Pelancongan ini atau lebih dikenali dengan panggilan La Hot Spring telah dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992 sempena perlancaran Ekspo Pembangunan dan Pekan Budaya Daerah Besut.

Okay.......... Sebenarnya kami dah sampai ke sini selepas cubaan kali ke-2..Haha.. Sebab ape cubaan pulak kan sebab nya cubaan pertama kami tersesat jalan. Masa tu memang main redah je ikut jalan mana entah. Siap masuk kawasan felda dan kiri kanan memang banyak kelapa sawit ditambah pulak jalan yang bengkang-bengkok. Sampai pertengahan jalan tu... aku rasa nak pening dan mintak abah adam patah balik nanti kita pergi lain kali jelah. Yelah mana tidaknya dengan keadaan jalan macam tu, rasa macam tak bernafas bila tengok semua sawit je.. Tambah pulak risau takut ke lain pulak perginya kalau teruskan.. hahaha.. Maka patah lah balik kami. Masa tu kalau tak silap umur adam baru je 11Bulan. Memang balik rumah sampai ter demam aku dibuatnya gara2 kami sesat jalan.. Siapa suruh tak baca signboard betul2 kan.. Hahaa..

DAN.... Buat kali keduanya, kami pergi lagi sekali untuk tunaikan jugak hajat nak kenal tempat ni. Itu pun baru je pergi... Adam dah 3 tahun dah baru berjaya jejak kaki kat sini. Sungguh ambil masa yang lama kan.. Hihik.. Kali kedua pergi, betul2 follow signboard warna coklat yang besar tu. Haaaa... Rupanye sangatlah senang jalannya.. Takde sangat bengkak-bengkok pun..Straight aje.... Dan sebelum sampai tu kami jumpe lah simpang tempat kami patah balik masa cubaan 1st time dulu tu.. Yang lawaknya tak sampai 1 Km je pun dah nak sampai pintu masuk.. Rupanya kes pertama yang tak sampai tu kami lalu jalan lain yang masuk kawasan felda dulu. haha.. Bukan tak boleh lalu jalan lagi satu tu.. boleh je pun sebenarnya tapi sebab dah pening kan terpaksa patah balik lah. Al-kisahnya lah kan. Tapi bila di ingat balik kejadian tu, lucu pulak rasa. Orang lalu jalan senang, kami lalu jalan yang buat pening.. Moral of story nye, tengoklah signboard betul2 dan bertanyalah pada orang.. :) 
-Pintu Masuk-
 -Adam & Abah Adam-
-Kolam 1-
 -Kolam 2, Abah Adam boleh selam kejap dalam ni, panas gak tu- :)
Cantik kan!!!
Amik gambor dah ler.. Sempat rendam kaki je kejap kat kolam ni..
 -Ibu Adam & Adam sedang mandi air sungai, like sister and brother kan..hahaha-

Apa yang boleh aku katakan : Tempat ni memang best!!! Sesuai untuk riadah seisi keluarga. Air kolam tu memang betul2 panas. Aku berani rendam kaki je. Kan banyak kolam..pilih jelah nak yang panas tahap mana. Yang bestnya lagi, ada air sungai jugak yang sesuai lah untuk anak2 kecil mandi. Mungkin lepas ni akan pergi lagi kalau mak/FIL datang boleh lah bawak diorang ke sini.. Sementara masih belum diposting ke lain lagi lah.. Lepas ni confirm tak sesat dah. :) 

Saturday, 5 May 2012

-Simpan susu dengan betul-

Susu adalah sumber kalsium yang penting dan banyak memberi manfaat kepada kekuatan tulang dan gigi. Tapi kalau simpan susu dengan cara salah boleh menyebabkan susu itu tercemar dan tidak selamat untuk diminum. 

Kalau ikutkan kat rumah ku ini, adam tak kerap sangat minum susu tepung dan hanya sekadar ambil dalam segelas dua je sehari. Itupun dah syukur dah sebab dia dah mahu minum susu berbanding dulu memang payah nak minum. Kalau susu pekat tu memang sedia kena ada ler kan. Dan setiap rumah memang selalu guna susu, tak kiralah susu tepung ke, susu cair mahupun susu pekat manis. Tapi adakah kita menyimpan susu tersebut dengan cara yang betul?

Tatacara penyimpanan susu dengan betul :

1) Untuk susu yang belum dibuka, boleh disimpan dalam peti sejuk atau pada suhu bilik. Sebaiknya tempatkan susu pada bahagian tengah peti sejuk, elakkan simpan pada bahagian pintu peti sejuk. 
2) Bagi susu tepung pula, eloklah disimpan dalam bekas yang tertutup rapat/bekas kedap udara yang tertutup. Kemudian diletak dalam peti sejuk pada suhu 10-15c.
3) Susu cair/susu kotak yang telah dibuka sebaiknya diminum pada hari yang sama. Kebiasaan menuang susu dan kemudian memasukkan semula dalam peti sejuk selama berhari2 akan menyebabkan susu rosak dan mudah dicemari bakteria.
4) Bagi susu pekat manis yang telah dibuka, eloklah disimpan dalam peti sejuk pada bahagian tengah peti sejuk. Dan pastikan tidak mengambilnya lagi selepas 21 hari.
5) Selalu lah perhatikan tarikh luput susu setiap kali membelinya.
Sumber : Majalah Mingguan Wanita.

Rupanya selama ni ku silap cara menyimpan susu. Kalau susu pekat manis tu, bila dah dibuka selalu letak dalam peti sejuk pada bahagian pintu.. Hahaha.. Patutlah lain macam jer kalau dah seminggu.... :)
Susu cair pulak selalu 3 hari je tahan diguna lepas dibuka. Susu tepung memang letak dalam bekas tapi tak lah letak dalam peti kan. Macam penuh lah pulak peti kalau nak letak semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute