Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 21 April 2012

Oh Tidak!! Gigi Dia Terserpih!!!


Sambil berguarau senda kami anak beranak...
Adam pun gigit tangan abah dia kononnya bergurau lah. Tiba-tiba.........

Adam : Ibu....... tengok ni apa? ( sambil tunjuk serpihan giginya yang patah)

Saya dan Abah Adam terketawakan dia dan terus tengok gigi dia.. Hahahaha.. Gigi anak ibu dah patah. Tu lah sebab malas gosok gigi dan kurang minum susu. Kan dah patah kan, saya menyakat dia. Abah Adam pulak duk senyum-senyum tengok keganjilan pada senyuman hensem boy dia. Kami saling tersenyum tahan lucu tengok kelainan adam bila senyum. 
Alamak bang!! Sudah lain pulak anak kita senyum. Kesian dia rongak gigi depan satu batang.
Adam boleh buat muka macam blur sambil rasa kelainan pada gigi dia dan...............

Adam kata : Ibu, gigi adam ada lubang lah. (sambil tunjuk lagi gigi depannya yg dah serpih tu)

Itulah yang terjadi pada adam hari nih. Lucu pulak rasa. Saya ambil serpihan gigi dia dan simpan. Boleh erk camtu?? Huhu.. Takdelah camtu nye, saya pi tanam kat dalam pasu bunga depan umah jer.. Kenangan lucu gigi adam terserpih buat yang pertama kalinya dan kenangan pertama buat saya sebagai ibu. Agaknya macam ni lah bondaku pernah alami masa  zamanku kanak-kanak riang dulu, mesti macam-macam kejadian lucu & kesabaran dalam membesar kan anak-anak. Biasalah kan budak-budak baru peringkat gigi susu memang macam tu lah agaknya kot. Lepas ni kena bawak si kecik tu jumpe doktor gigi lah untuk cabut lebihan patah gigi dia tu biar nanti gigi lain tumbuh elok. Kata orang tak boleh dibiarkan terus buruk camtu je gigi susu sebab nanti gigi kekal tak tumbuh cantik. Emm ye erk?? Yang best nye, dia terus mintak buatkan susu lepas tu.. Nak bagi gigi kuat katanya. Kami hanya mampu tersenyum....... :)




Oh! Akan lain lah nanti senyuman kamu lepas nih sebab tak cukup satu batang di depan. Hehehe. Kesian anak ibu!!!

Ketam Oh Ketam!!!


Kisah cuti di kampung lagi.....
Penangan Adam demand nak makan ketam. Balik kampung Family In Law hari tu, aki adam merangkap FIL saya tangkap ketam punyalah banyak untuk cucuanda nya tu (betul ke idak eja nih..). Amboih kamu budak adam, bukan main lagi di manja yer. Bukan setakat demand ketam aje dia dapat, demand durian pun dapat jugak. Sanggup aki dia beli kan dia durian yang 1kg=RM9.90 tu kat pasaraya. Beli pulak 6 biji sampai habis dekat 1 ratus gak lah. Saya  'gulp' kejap telan liur tergamam. Mahu nya tidak kena harga macam tu, kan bukan musim nya. Itulah dia si kecik Adam.. dimanja sangat bila balik kampung sampai terbawa-bawa lah perangai manja nya tu ke rumah pulak.

Ketam oh ketam!! Bukan tak pernah beli kan ketam untuk adam sebelum ni, cuma dia tahu yang aki dia suka kelaut dan sebab tu lah kot dia pandai demand camtu. Tapi sebenarnya saya pun tumpang gak lah makan sampai dah tak larat dah nak makan. 3 hari berturut-turut jugak lah duk meratah ketam segar yang besor2 tu. Menunya rebus aje dan ratah. Memang manis dan banyak pulak isi ketam tu. Maybe rezeki kami time balik hari tu dapat merasa ketam besor hasil tangkapan dari bubu aki adam. Kalau beli confirm lah modal besar kan. Thanks sangat kat FIL (Aki adam) untuk ketam-ketam tu. :)



Adam yang seronok dapat pegang & mamam ketam. Malunye tak pakai baju, seksi pulak anak ibu nih. :)

Nota : Jangan tak tahu yang ketam nie sebenarnya banyak jugak khasiatnya tau. Daging ketam/sup ketam dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit demam denggi dan chikungunya.

Friday, 20 April 2012

Semoga berjaya adikku

 
Tak lama lagi, satu-satunya adik pompuan saya akan tamat study dlm program matrikulasi. Sekarang dia tengah exam final sem. Semoga berjaya hendaknya dan dipermudahkan segala impiannya. Cita-cita nak amik medic. Kalau ada rezeki dapat lah course tu. Memang kena bersaing sikit lah nak dapatkan course tu. Tapi saya sbg kakak selalu galakkan dia dapatkan course yg terjamin sikit peluang kerja nya. Semoga dia berjaya dalam hidupnya. Tahniah sebab dah hampir habiskan Fasa I. Lepas nie Fasa II pula akan menyusul di dunia kampus yang lebih mencabar.. Good Luck my sis. InsyaAllah....
Nota : Tiba-tiba rasa rindu zaman ku di kampus dulu. Harus sambung study lagi kah?? Oh, itu memang lah adalah jugak keinginan.. Tapi tapi nye...memang banyak bertapi-tapi lah sekarang nih.. :)

Siksa nya bila sesak nafas tiba-tiba..


Sejak kebelakangan ni kerap pulak saya alami masalah kesukaran untuk bernafas. Dah seminggu dah gak lah camtu. Kadang-kadang je datang semput tu. Dah lama tak kena cmni, sekarang jadi balik. Tak tahu lah apa sebabnya. Stress kah saya ini?? Maybe lah kot sebab saya banyak sangat fikir sejak dua menjak nih.

Saya pun gunakanlah khidmat pokcik google nak tahu lebih lanjut segala info kenapa dan bagaimana kan masalah nih...

Apa itu sesak nafas?? 
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

Sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik :
* Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan h ila ng dalam jangkamasa beberapa hari setelah rawatan .
* Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangkawaktu yang lama.

Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular. 
* Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangk ita n paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru. 
* Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (Anxiety Disorders) dan kegemukan. Baca selanjutnya di sini : Sumber.

Takutnya saya bila baca info kat atas tu. Harap tidaklah teruk masalah saya ni. Dah la saya ni jenis yang memang liat terlampau lah nak g jumpe doktor. Ternyata yang mencegah itu lebih baik dari mengubati kan. Harus lebih menghargai diri dan kehidupan yang diberikanNYA. Kena amalkan gaya hidup yang sihat!!! Bila lah saya nak sedar nih!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute