Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 10 March 2012

Bila Anak Duk Sibuk Rindu Kg...... Ibu???



Sejak kebelakangan ini, si kecik saya asyik duk cakap rindu kat nenek-nenek dia je. Rindu kampung. Hehe.. Sebenarnya memang dah lama tak balik kampung. Dah 3 bulan kot. Itu yang bila anak yang duk rindu kampung, ibu dan abah nye jadi serba salah pulak. Hehe.. Takpelah, dah standby cuti dah next month two weeks terus cuti.. Seminggu duk kampung sebelah suami, seminggu lagi sebelah saya. Habiskan masa rindu sepuas hati si kecik tu nak main ngan sedara-sedara dia kat kampung.. 

Memang sepatutnye kita sebagai anak kena lah selalu melawat orang tua kan. Tapi dah kalau jauh, kena lah tunggu cuti lama sikit barulah puas balik kampung. Yang penting anak kita pulak kena lah jugak selalu bawak balik kampung. Nanti karang jadi takut pulak ngan anak beranak sendiri kan. Hehe.. Tapi walau jarang balik, telefon tetap jadi medium perhubungan penting. 3G kan ader.. Hehe.. Tapi kampung saya tak dapat 3G, so, just calling2 jelah dengan grandma (panggilan si kecik kat mok saya) dan ummi (panggilan si kecik kat mother in law ) dia tu. Dengan aki dan grandpa dia jarang cakap. Hehe.. Selalu tepon nak cakap ngan nenek-nenek, makcik2 dia je..


Wajah-wajah yang dirindui selalu. Hehehe.







Video kt bwh ni saya tengok dari kawan yang share kt fb.. so touching. Semoga saya tak jadi spt anak makcik ni. Sesusah mana pun hidup kite, sebagai anak, kena jaga orang tua kite sementara dia masih ada kan. Tambah-tambah dalam keadaan sakit.  

Ya ALLAH, kau kasihanilah ibu bapaku, lindungilah mereka. Amin.


Just nak share kt sini sebagai peringatan untuk saya jugak.






p/s : hati rasa serba sikit bersalah kat family di kampung... 

Thursday, 8 March 2012

Bila Bedak Jadi Mainan



Hai rakan-rakan blogger ku.

Hari ini, lovely boy saya bermain dengan bedak. Adoii.. satu ruang tamu penuh bedak. Saya tak sempat nengok sebabnya duk kat dapur. Tengok dah penuh ditaburnye bedak satu ruang tamu tu. Emm.. penat lah saya kena mop balik. Boleh pulak dia main bedak. Sambil ber imaginasi tengah buat donut??

Adam : Ibu, tengok nie adam buat donut. (sambil pegang ring bulat biru tu)
Saya  : Diam. Tak jadi nak marah sebab dia cakap camtu. Ayoyo.. Ini budak sangat petah. Penat den nak layan. :)




p/s : Nak marah pun tak terdaya dah. Banyak sangat idea dia sekarang. Budak nak membesar memang camni kot kan. Layan jelah... Zzzzz...

Wednesday, 7 March 2012

Apam Merkah Yang Tak Berapa Nak merekah..heheh..



Petang tadik dan baru je siap pun buat apam merkah. First try okeh. 

Dengan excited nye pergi lah ku ke kedai beli air gas perisa aiskrim soda seperti yang tertulis dlm resepi tu. Amik yang sejuk pulak tu. Balik umah, terus adun bahan-bahan. Then masuk kanlah air gas yang tengah sejuk tu. Hahaha.. Maka hasil nye tak merekah lah apam ku itu. Apepun rasa sedap dan tetap gebu. Masih boleh di ngap lagi. Tak lah membazir kan. Hehe.. Next time try lagi.. Mungkin besok-besok lah yer. Tonite dah penat. Hehe..

Ini hasil Apam Merkah saya yang tak berapa nak mekar. Dia tak mau senyum pun.. Huhu..


Sebelum di kukus

Selepas dikukus..Hahaha.. Tak mekar pun. 

So, saya pun google lah apakah tips-tips nak bagi hasil terbaik apam merkah ini. Rupanye kena macam ini :

1) Telur / susu / kalau pakai air gas aiskrim soda tu bukan dari peti sejuk.. Biarkan pada suhu bilik.
2) Pukul telur, gula, ovallete sampai betul2 putih gebu dan adunan tu tak jatuh bila diterbalikkan. (yang nie memang skip sikit tadi, tengok dah putih terus masuk tepung..hehe..patotlah tak mekar)
3) Selepas dah sudukan adunan masuk papercup, biarkan dulu kejap dlm 5minit, baru kukus
4) Pastikan air kukusan betul2 dah mendidih baru masuk kan apam tu..
5) Penutup kukusan kena dibalut kain untuk elak air menitis pada apam.


Kepada sesiapa nak cuba resepi ini.

Apam Merkah
Sumber : Kak Zu
Di try test : Ctayue

200g Gula castor
2 biji telur
1 sk ovallete
1 sk esen vanilla
250g tepung gandum
1 cawan aiskrim soda
pewarna & perisa kesukaan

1) Telur, gula & ovellete dipukul kembang
2) masuk tepung selangseli dgn air soda
3) tambah esen dan pukul hingga kembang sebati
4) Bahagikan adunan, tuang dlm papercup, lorekakn atas bagi cantik
5) kukus 7 minit hingga merekah.

p/s : Okeh, next time if rajin try buat lagik. Bak kata orang practice make perfect.





Tuesday, 6 March 2012

Rindu Zaman kanak-kanak



Hai rakan-rakan blogger ku. 

Korang mesti tak akan pernah lupa zaman kanak-kanak korang kan. Yup, semua orang camtu. Memang zaman jadi budak-budak lah paling seronok. 'Keje mung ni main je, kejap je hilang doh ehh..' Hehe.. Ayat mok saya masa saya budak hingusan dulu.

Zaman budak, saya ni memang suka main. Sebab kawan saya merangkap jiran-jiran kampung saya memang kaki main. Kami kawan semua orang, tak kira lelaki ke perempuan. Hehe. Lepas balik sekolah, makan nasi kadang bersaing, makan atas parkin. Mu bawak nasik mu aku bawak nasi aku. Terpekik terlolong lah. Hehe.. Zaman tu, lom pakai handset lagi, mahal lagi masa tu. Hehe.. Jadi riuh sekampung lah duk bermesej. Seronok sangat.

Petang pulak, main game lah. Ape? PS?? Mana ade la masa tu. Permainan tradisional lah. Bola selipar, galah panjang, lompat tin tin, lompat getah, dan macam-macam lah lagi. Rindu nye rasa kat permainan tu semua. Tapi kenapa kanak-kanak sekarang dah takde yang main permainan itu lagi ye?? Sebab saya jarang nampak dah. Ke masih ade? Emm.. memang zaman dah berubah. Anak saya pun mungkin tak kenal permainan ibu ayah dia zaman kanak-kanak. Congkak tu mungkin boleh lagi lah dikenalkan kat dia. Tapi yang lain-lain tu?? Hehe..  

Jom google kejap pic antara permainan yang pernah saya main zaman budak saya.

Ini saya panggil bola selipar. Kat tempat korang panggil lain kot. Lain tempat lain nama panggilannya.

Lompat getah.. yang ni feberet. Hehehe

Galah panjang pun best. Main sekat-sekat kawan. Hehe..
.
.
.
Dan yang lain-lain tu, korang ingat lah dan carilah sendiri ye.. Hehe..

Sekadar coretan buat pengubat rindu. Nak main dah jadi mok budak dah. Tapi best jugak kalau diadakan acara camni time sukaneka family day ke kan. Mesti syok giler r. Jadi budak-budak kembali dan boleh kenalkan kat anak-anak sekali. Hehehe..


p/s : Jangan dilupakan permainan tradisonal walau dah ada pelbagai game canggih. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥