Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday, 1 October 2015

Pertandingan gerak kreatif peringkat negeri tadika kemas


19-21 September yang lepas, adam telah menyertai pertandingan mewakili daerah besut yang berlangsung di imtiaz besut selama 3 hari. 3 hari adam berkampung di sana dan ibu hanya pergi hari pertandingan dan hari penyampaian hadiah. 

Pengalaman baru untuk abang adam bila perlu berdikari dan diuruskan cikgu cikgu nya. Semangat dia kuat.. walaupun baru kena sengat tebuan dan mata yang bengkak baru surut, dia tetap kuatkan semangat. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar dan tadika adam dapat tempat ketiga. Namun, adam tetap juara di hati ibu. Ibu bangga dengan adam. Ibu bangga dengan cikgu cikgu dan kawan kawan adam yang semua berusaha gigih dari mula latihan hingga ke hari pertandingan sebenar. 









 Sijil pertama adam.. :)
Semoga anak ibu membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh, cemerlang dunia dan akhirat.  aamin.

Diy mainan anak yang jimat dan mudah


Diy mainan anak sudah menjadi kesukaan saya.. yelah kan..kadang kita ni nak sangat buat aktiviti belajar kat anak tetapi bukan semua mainan belajar (toys education) yang comel comel tu mampu kita beli kan.. maka, cara terbaik ialah diy sahaja dengan bahan yang dirasakan sesuai dan murah. 

Sebenarnya kan..bila kita diy ni, anak anak jadi lebih menghargai dan seronok bila tengok ibu tengah diy untuk mereka. "Ibu buat apa ibu?". "Untuk adam ke untuk adik? nak tolong boleh tak?". Haa nampak tak keseronokan bila diy mainan anak ni bila anak pun nak join jugak siapkan. Tolong tampal dan gam pun ok dah.. 

Diy 1 : sorting color & fine motor skills activity.
Bahan : bekas inti jem ditebuk panjang di tengah penutup, bekas dadih dan snowflake berwarna yang saya dapat masa beli nutrigen. 3X beli dapat la banyak tu. Kalau tiada macam ni, boleh guna butang baju berwarna sebagai gantinya atau apa yang dirasakan sesuai. :)

Diy 2 : abc puzzle.
Abc tu beli kat kedai ECO RM2. Abc ni comel dan kecil yang boleh cepat hilang. Diy la begini supaya tak hilang.
Bahan : guna blackboard (RM1.70) dan double side tape.

Diy 3 : Flash kad huruf hijaiyah.
bahan : batang aiskrim, Double side tape dan kertas alas doorgift.

Idea ni datang spontan bila tengok banyak alas doorgift tu dan tak tahu nak buat apa dah. Saya beli ni RM1.90 (250pcs) masa promosi kat happy home. Diy la jadi flashkad. Masih ada baki lagi tu kertasnya... boleh buat abc 123 pulak. :)

 Diy 4 : sticker dot. Matching huruf hijaiyah.
Bahan : sticker dan kertas A

dhia suka aktiviti ni.. senget pun senget la tampalnya tu. :)

 Diy 5 : sight word games. Spelling games.
Bahan : penyepit baju kayu ( beli kat happy home RM1.90 kalau tak silap saya). Sticker dan double side tape. Flash kad tu saya print.

Diy 6 : memancing sukukata.
Bahan : batang belon (kat happy home ade jual), tali, magnet, Klip kertas dan kad sukukata dari buku bacalah anakku.

Seronok kan... murah dan mudah nak buat. Jom cuba!!!

Friday, 25 September 2015

Aktiviti dhia : sepit baju dan mancing sukukata


Penyepit baju ni memang jadi bahan kesukaan saya untuk jadikan bahan belajar anak anak.
 aktiviti begini sangat membantu kemahiran motor halus anak. Sepit baju dan bekas apa apa je..saya guna bekas mandian yang dah lama..ringkas dan jimat. Anak pun enjoy je duk main sepit sepit tu.. :)
 Mancing sukukata. Flash kad dari buku bacalah anakku dan diletak klip kertas.. pancing tu diy je dan boleh guna banyak kali..
semoga anak anak ibu membesar dengan sihat dan menjadi anak soleh dan solehah.. aamin.

Thursday, 17 September 2015

Disengat tebuan


Setiap petang memang menjadi rutin anak anak main kat playground. tapi malang tidak berbau. Playground pun ada bahayanya juga. Sebelum ni.. kat playground tu juga adam kena luka besar kat bawah lutut dan dijahit 10 jahitan. Sebulan juga dia tak turun main di playground. 

Dua hari lepas pula, dia disengat tebuan yang pada awalnya saya ingatkan hanya lebah. Panik.... saya tak intai apa yang sengat dia. Saya percaya la dia duk cakap lebah. Berlari saya bawa dia balik rumah dan terus sapu madu. Satu disengat di atas batang hidung antara mata kita tu dan satu lagi di betis. 2 Ekor tau.. saya telefon teruslah abahnya bawa adam pergi klinik. Panik sangat masa tu.... memang duk ingat lebah la yang sengatnya.

Pagi esoknya baru la abah adam pergi check kat kerusi adam duduk tu.. terkejut la bila tengok rupanya tebuan buat sarang bawah tu. Haa mana budak nak perasan kan.. adam pergi duduk je dan mungkin kerusi tu bergegar, itu yang si tebuan tu marah dan datang sengat tu. 


Kasihan anakku... hari kedua baru nampak muka dia bengkak.. aduh..lagila risau. Kat betis tu ok je, takde bengkak..alhamdulillah.. cuma di muka sahaja. Hari ni hari ketiga, bawa gi checkup lagi..doktor bagi antibiotik pula selain dari ubat demam dan ubat alergik. Semoga cepat sembuh anakku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute