Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 15 June 2013

Buku Library dan Tambah Koleksi Buku Aktiviti


Menambah koleksi buku aktiviti Adam.. Memang dah menjadi kesukaan membeli buku untuk dia dan harapnya Adam rajinlah membuatnya. Buku ni saya beli beberapa hari lepas.. Haha.. Saje keluar ambil angin buat hilang stress walhal belum habis sepenuhnya tempoh pantang.. Bawak Dhia tapi  baru je masuk kedai buku, Dhia menangis dan mulalah gelabah nak balik. Alang-alang dah sampai tu, Mr. hubby suruh beli jugak ler apa yang nak beli. Itu yang dapat rembat gak beli buku kat Adam. Lepas tu terus ler balik rumah dan tak singgah mana-mana dah.. Risaukan Dhia jelah kan..
 Saya suka beli buku sunshine series ni sebab ikut peringkat umur. Harganya Rm2.90.
Ini pulak buku pinjaman Adam di library. Dia ajak abahnya gi library. Rindu kot sebab memang dah lama kami tak bawa dia gi library. Sejak Adam dah boleh membaca, Adam pilih sendiri buku-buku ni. Alhamdulillah... Ini pun salah satu cara nak bagi Adam lebih lancar membaca. Inshaallah.. 

Friday, 14 June 2013

Akhirnya bertukar wajah jua...


Sudah agak lama niat nak tukar wajah blog ni. Bila duk edit sendiri memang langsung tak menjadi ++ tak reti sebenarnya. Sudahnya mencari mereka yang pro dalam edit mengedit blog ni. Berkenan dengan editing Cik rose, so saya pun inbox lah kat fb Cik Rose. Bila Cik Rose memberi respon, sangatlah gumbira hati ni. Tak sampai dua hari..dah siap dah wajah baru blog saya. Terima kasih yer akak..
Sesiapa yang nak edit blog, bolehlah buat tempahan ngan cik rose kat SINI

Nota : Tak bayar lagi tempahan ni..hehe.. Sorry kak, lambat sikit.. :)

Thursday, 13 June 2013

Abang Adam selalu ingat kat adik Dhia


Abahnya bercerita :
Masa dalam kereta (Adam keluar dengan abahnya aje), Adam tanya, "Kenapa ibu dan adik tak ikut?". Lepas tu dia jawab sendiri, katanya lagi, "Ooo sebab ibu tak sihat dan adik kecik lagi kan abah? nanti ibu dah sihat bolehlah ibu dan adik ikut kan". 

Bila kat kedai pula dia akan beritahu abahnya beli kat adik satu. Kalau dia beli aiskrim, dia nak juga mintak beli kat adik dia. Abahnya pulak kena bagitahu adik tak boleh makan lagi tak boleh beli lagilah kat adik. Kalau makan nasi pula, dia boleh tanya adik dia tu nak nasi juga ke? hahha.. melawak betul budak Adam ni. Tapi kalau dah melompat memang tak hingat, buat bising memang tak ingat lah yang adik dia tengah tidur ke apa ke, sudahnya kena marah ngan ibu dan abah. Hihik.. (^_^)
 Baguslah kalau dia gi mana-mana dia ingat adik dia.. Alhamdulillah... Penyayang rupanya abang Adam ni kat adik. Itu yang dia tak sabar nak tunggu adik dia besar sikit. Nak ajak main basikal katanya. Kereta dia pun dia dah simpan untuk adik dia. Yang tak tahan hari tu kan, berus gigi lama dia pun dia nak simpan bagi adik dia.. Haha.. Apakah?? Kelakar pulak rasa. Adik semua pakai yang abang yer.. yang abangnya semua dapat baru je zaman kecik-kecik kan. Itulah untungnya anak sulung kan.. Hihik..
Ini pulak, gift dari kenduri yang Adam bawak balik untuk kami masa dia follow abahnya gi kenduri minggu lepas. Tiga pulak tu dia poww.. Siap pilih mana satu yang dia, mana yang ibu dan yang adik Dhia. Yang star tu ibu punya, belang tu Adam punya dan yang lagi satu tu adik Dhia punya. (^_^)

Dhia yang suka menggeliat...

Kenapa ye bayi suka menggeliat? Mungkinkah itu menjadi satu masalah kesihatan? Kata orang.. bayi menggeliat sebabnya pantang larang cara basuh kain baju baby tu.. Masa dalam pantang kena basuh pakai tangan dan tak boleh pulas kuat-kuat masa perah kain baju tu. Emm.. saya pulak memang dah pakai washing machine aje basuhnya. Dah ada kemudahan yang memudahkan dan cepat, guna jelah kan. Hihik..

Dhia suka menggeliat sampai merah-merah kulit dia waktu dia menggeliat tu. Tapi tidur tetap lena aje.. Ada orang kata bagus baby suka menggeliat kerana boleh membantu pelancaran peredaran darah dan membantu bayi cepat membesar. Lagi pula dapat membantu meregangkan otot-otot dan urat sarafnya. Ini maknanya kalau menggeliat tak perlulah risau sebab itu menunjukkan tumbesaran badan sedang berlaku. Itu kata orang-orang tua lah kan.. Tapi seyes comel tengok Dhia menggeliat time tidur... ngan kaki tangan terangkat dan badannya menggeliat manja gitu sampai merah-merah mukanya. Yang tak menahan siap ada bunyik suara manjanya lagi. Comel je tengok baby menggeliat.. Buat jadi bertambah geram. (^_^)
Dhia with her big brother, Abang Adam.
Baju Dhia dah start banyak pink dah..Haha..
 Pompuan kan dah memang sesuai pakaikan baju pink.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute