Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 1 February 2013

~Ragam seorang budak yang bakal jadi 'abang adam'~


Adam selalu sangat nak berkepit dengan saya. Mandi pun harus saya yang mandikan. Waktu dia belajar pun harus saya jugak yang temankan. Main game PS2 tu pun harus saya jugak main sama-sama dengan dia. Boleh dikatakan semuanya nak saya jer... Makan nasi pun tiba-tiba menggatal nak bersuap je kerjanya. Semakin dekat dia nak jadi 'abang adam' semakin mengada-ngada lak dia. Yang saya hairan tu, dia anti sangat dengan abah dia. Tak nak dekat-dekat dengan abah dia dan dia kata tak nak kawan dengan abah, nak kawan dengan ibu je. Amboih, mengada kan.. Kesian abah dia terpaksa ler bersabar dengan karenah adam sejak akhir-akhir ni. Ada ketikanya sweet jugak rasa bila dia mengada camtu tapi kadang-kadang tu rimas jugak. Hihik.. Mahu tidaknya kan, asyik nak bermanja je dengan saya dan dia dah jadi macam 'baby' la pulak. Nak kan perhatian lebih sebabnya mungkinlah dia takut saya dah kurang sayang dia bila ada adik nanti. Haruslah saya explain kat dia nanti yang kasihsayang kami tetap sama untuk dia walaupun dia bakal jadi abang tak lama lagi. 

Apa yang saya geram sangat tu, dia jadi makin kuat merajuk. Kalau merajuk, sikit-sikit menyorok tepi kerusi, bawah kerusi, dalam bilik lah.. Hahaha.. Tapi bila pujuk, kejap je OK lah dia. Mengada betul kan!! Layankan ajelah... kerana itulah situasi yang harus saya hadapi. Perasaan saya pula berdebar-debar jugak...... Macamanalah penerimaan adam nanti dan ragamnya selepas tu. Lagi berdebar nak berdepan situasi 'sakit yang dirindui tu'. 
~Gaya budak bakal jadi abang merajuk, frust menonggeng kah?? Hahaha~

Nota : Mental dan emosi terpaksa kuat di saat-saat berhadapan pelbagai ragam putera tersayang ni dengan keadaan diri yang juga harus dijaga sama. Sabor jelah!!!

Thursday, 31 January 2013

~Suprise Untuk Dia~


Hari ni..... 31/01/13. Sudah sebulan anak ibu bersekolah.
Alhamdulillah berjaya jua anak ibu ke sekolah dan dalam masa sebulan ni hanya ponteng sehari je. Syabas anak ibu!! Walaupun ibu terpaksa berdepan pelbagai emosi nak memujuk kamu setiap pagi tapi ibu bangga dengan kamu sayang. 

Semalam.......... 30/01/13 : Ibu terpaksa gunakan teknik memujuk yang boleh dikatakan giler jugak lah. Haha. Tapi berhasil rupanya. Adam lari balik panjat naik tangga blok sebab tak nak ke sekolah. Takpe... Ibu sabar lagi. Ibu diam sekejap dan mencari idea camne nak pujuk adam. Alasan adam sebab penat... Ok.. Ibu terpaksa berkeras sikit. Ibu kunci pintu bilik dan diam je dalam bilik sambil tu adam kat luar. Adam menangis mencari ibu hinggakan turun tangga blok dan berlari terus ke tadika sambil kata berkali-kali, "Ibu, adam nak gi sekolah, adam nak gi.. Ibu mana?" Melihatkan adam dah berada depan tadika yang masih tercari-cari ibu, berkejaranlah pulak ibu turun tangga dapatkan Adam. Ibu peluk dan pujuk adam, kemudian baru ibu hantar ke tadika. Hari yang mencabar buat ibu.. tapi berjaya jugak memujuk adam. Ibu harap Adam faham tujuan ibu.

Hari ni......... Buat pertama kalinya ibu tengok Adam relax je masa ibu nak hantar ke tadika. Walaupun lambat sikit tapi adam tak banyak ragam mahupun menangis. (Tak kisahlah hantarkan dia lambat pun sebab dia baru je 4 tahun kan. Hihik..) Waktu nak ambil Adam dari sekolah, ibu tengok Adam happy je dengan kawan-kawan dan duk intai-intai kat tingkap dengan muka happy bersama kawan-kawan kat sebelah. Ini menunjukkan adam sebenarnya ada je kawan kat sekolah kan. Ibu harap hari-hari persekolahan seterusnya yang akan datang ni, adam akan OK ye pagi-pagi nak gerak ke tadika tu. 

Sempena adam dah berjaya harungi sebulan persekolahan, Ibu dan Abah belanja kek untuk Adam. Balik je sekolah, terkejut dia dan muka happy je bila ibu bagi kek ngan ada lilin sekali. Hihik.. (salah satu cara nak bagi dia semangat). Ibu katakan kat adam yang kek ni sempena adam berjaya pergi sekolah dah sebulan dan lepas ni tak mahu meragam lagi. 
Harapannya begitulah... :)
 Seronok sangat dapat tiup lilin.. 
~Kek untuk anak Ibu~
We LOVE you so much Adam Akmal. Semoga kamu menjadi anak yang baik dan hanya yang terbaik untukmu akan cuba kami usahakan. 

Nota : Mendidik anak itu sangatlah memerlukan kesabaran yang tinggi. Semoga ku mampu menjadi ibu yang terbaik untuknya. InsyaAllah...

~Belajar ikut titik nombor~


Anak ibu sudah pandai menghafal ABC dan 123.. Syukur Alhamdulillah dengan perkembangan anak ibu ni. Seronok ibu tau. Semalam belajar ikut garisan gambar dot dot dengan kiraan 123.
 Wah! Dengan gaya yang terbaik tu menulis.. Mulutnya bising duk pot pet pot pet mengira.  :)
Fokus.. Fokus.. :)

Semoga kamu membesar menjadi anak yang cemerlang di dunia dan akhirat.. Amin.

Tuesday, 29 January 2013

Hasil Kerja Dia- Januari

Terima kasih kepada sahabat maya di sini yang sudi berkongsi pelbagai pendapat dan tips-tips untuk saya kuatkan semangat bagi menggalakkan putera kesayangan saya ke sekolah tadika. Walaupun saya agak stress terpaksa memujuk dia setiap pagi tetapi itulah yang harus saya lakukan demi dia anakanda tersayang. Siapa yang tak risau kalau anaknya masih belum berdikari sepenuhnya bila berada di tadika. Saya kat rumah memang duk pikir dia je sebabnya memang adam manja dengan saya dan belum pernah saya tinggalkan dia dengan orang luar. Malahan tak pernah berjauhan langsung dengan saya. Inilah salah satu faktor kuat yang membuatkan dia berat hati nak gerak ke sekolah setiap pagi walaupun sebenarnya bila saya tanyakan dia samada dia seronok atau tak sekolah hari ni.. Pasti dia akan jawab "seronok". Lagi pula dia bakal jadi seorang abang tidak lama lagi pun mungkin menjadi sebab dia begitu. Mungkin dia rasa saya tinggalkan dia di tadika tu sebab malas melayan karenah dia kan. Cabaran besar buat saya ni tau... Setakat ni saya masih menggunakan kaedah berlembut lagi kerana tidak mahu buat dia rasa terpaksa.
 Inilah hasil kerja sekolah adam sepanjang Januari ni yang dia bawak balik rumah. Selebihnya dia buat dengan buku aktiviti kat sekolah.
Pergi sekolah dia selalu buat muka macam terpaksa je tapi balik dari sekolah senyum ceria jer... Yang kat tangan tu upah dia lah lepas habis sekolah. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥