Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 29 August 2012

Raya Kami 2012


Hai hai.......... Mood sudah kembali..... Hihik.. :)

Cerita raya? Cerita raya kami biasa-biasa jer.. Yang seronoknya tahun ni, Adam sudah pandai nyanyi lagu Balik Kampung.. Tambah pulak dia sudah tahu dan faham apa itu Duit Raya dan yang bagusnya dia, bila ada orang bagi sampul raya terus cari saya mintak saya pegangkan, katanya nanti takut hilang.. Hihik... Nanti bila dah pandai kira duit, confirm tak bagi saya pegang dah agaknya tu. 

Raya kami memang tak bergambar sangatlah. Kenapa entah.. selalu macam tu. Nak gambar ramai-ramai satu family pun payah. Belah family saya dan family in law pun sama jer.. Agaknya mereka malu kot.. Hihik.. 
 -Our Small Family : Abah, Ibu & Adam-
 -Tema raya di rumah FIL, pink purple- Adam suka tunjuk giginya yang hilang satu. :)
 "Nah pakai songkok ni", kata anak saya yang banyak idea.
 -Adam dan Aki nya nak gi beraya-
 -Bonda kesayangan saya- Masa ni raya keempat, bersiap nak gi beraya belah sedara mara saya pulak.
 Saaayang Mok........ (Adam pun sibuk nak sayang jugak tapi dia sayang Cu Niya dia bila tengok orang buat aksi cmni.. Hihik)
 Adam dan Grandma.. Kadang kan adam panggil grandma Mok. Gara-gara ikut saya panggil Mok.. Hihik..
 Adik lagi besar dari kakak.. Opss.... :)
-Maaf zahir dan batin dari kami-

Gambar ramai-ramai dengan big family takde punn. Itulah bila masing-masing taknak bergambar. Ada yang lambat bersiap dan ada yang dah keluar beraya.. :(

Tuesday, 28 August 2012

Mood menghilangkah??


Salam sahabat-sahabat blogger semua.. Lamanya saya tak menghadap blog dan tak update. Cuti raya camtu ler rupanya kalau balik kampung. Hihik..

Syoknya tengok orang duk post citer dan gambar-gambar raya. Saya??? Gambar pun tak transfer dan belum edit pun lagi. Itu yang Cerita Hati tak update citer raya.. InsyaAllah nanti akan di update. Mood belum sampai lagi ler nampaknya. Malas betul nak mentranfer dan mengedit gambar-gambar tu. Mood menghilangkah?? Hihik.. Sebenornya, raya kami tak banyak pun bergambor. Frustlah sikit..... Tapi tahun ni happy sebab tercapai jugak hajat nak belikan sesuatu untuk Mak dan Ayah. Thanks encik suami sebab adil, belikan kedua-dua belah pihak sama jenis dan sama banyak.. Itu baru betul.. Mertua pun dapat, mak ayah pun dapat sama.. :)
 Walau hadiah tu tak seberapa tapi terpancar raut riang dan gembira wajah Mak saya bila saya bagi dia telekung sembahyang bersulam macam dia suka tu. Terus dia pakai walau dia dah pun ada yang lain yang masih baru. Hehe.. Terharu pulak rasa hati ini. Itulah namanya seorang ibu, walau tak seberapa pemberian anaknya tapi gembiranya dia sangat luar biasa. Ayah pulak dapat dua helai kain pelikat.

Cerita raya kami? Next update...... Hihik.. Tahun ni raya pertama di rumah mertua, raya ketiga baru pulang ke kampung belah saya. Sedih sebab tahun ni tak dapat jumpa dengan abang sulung dan kakak kerana tuntutan kerja mereka yang tak dapat cuti raya. Rindu bertamu lagi.... dan belum terubat pun lagi. Setahun tu tak bertemu mata, hanya tengok dalam fb jer dan calling-calling. Tapi tak sama dengan bertemu mata.. Terkilan sikitlah disitu. Adik Pecho jelah cuti dan adik beradik lain yang tinggal dekat memang dapat bersua mukalah.. Sudah banyak perubahan adikku yang sorang itu sejak sudah kerja jauh dari kampung halaman.. Bagus bagus dan semoga terus lagi berjaya walau saya malu sikit dengan dia yang terlebih dulu realisasikan hajatnya tu.. Hahahaa. Apakah? Biarlah rahsia.. Hihik..

Adam pulak dapat banyak juge duit raya, so akan diusahakan buka akaun Asb untuknya... Orang lain dah lama buat untuk anak tapi saya baru nak buat.. Hihik.. :) Oh Adam pun semakin banyak ragam lah sekarang. Semakin membuaskan dirinya dan semakin macam-macam pulak jadinya. Sabar jelah..........

Kuih raya masih banyak kat rumah.. Jom lah beraya.. Hihik.. Cerita dan gambar raya akan di update later..... 

Thursday, 16 August 2012

Ucapan : Salam Aidilfitri


Beberapa hari lagi, Syawal akan mula hadir dan Ramadhan pula bakal meninggalkan kita. Sekejap je masa berlalu dan semoga kita semua diberi kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan di tahun akan datang pula.

Saya sudah siap packing baju dan hanya tinggal untuk kemas-kemas rumah je sebelum balik kampung. Biskut raya pun dah siap dah.. Mood nak balik raya sudah datang daaaa........... :)
Kerinduan pada kaum keluarga sangat menebal dah ni. Bayangkanlah sudah hampir setahun saya tak bertemu mata dengan along saya  dan adik Pecho saya. Rindu sangat kat diorang......... Harapnya terubatlah rindu saya ni nanti. Masa cuti raya macam inilah dapat bertemu kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Sebelum ni cuti Abah Adam disingkatkan yang hampir hilangkan mood saya.. Hihik.. dan akhirnya diluluskan jugak hingga seminggu. Suka.. suka.. suka.. 
Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua sahabat-sahabat blog saya di sini. Maaf andai ada tersalah tersilap, terlanjur kata dan terlebih bicara dalam penulisan Cerita Hati kesayangan saya ini.
Selamat menyambut hari raya. Pandulah dengan cermat di jalanraya, biar lambat asal selamat. Semoga lebaran yang bakal tiba memberi banyak pengertian untuk kita semua. Ceria-ceria selalu....
Hamper untuk Bonda saya dan MIL saya.. Simple jer tapi dah lama teringin nak buat macam ini.. :)

Tuesday, 14 August 2012

Belum sempat raya, dia dah habiskan.....


Opss... apakah? Hihik.. Inilah cerita si bujang kecik kesayangan saya seorang tu. Belum sempat raya tapi dia dah berjaya habiskan popia simpul kasih yang saya beli dari seorang kakak kat kuartes ni. Cara dia mintak dan boleh dikatakan setiap hari dia akan mintak.. "Ibu, nak kueh hok orang bagi tu", cara dia mintak dari saya. Amboi sesuka hati cakap kuih orang bagi yer.. Tak tahu ke kuih tu siap tempah lagi tau. Haha.. Al-kisahnya sebab dia tengok orang hantar kat rumah lah kan, itulah pasal dia cakap orang bagi. Kalau beli mesti kat kedai kan. Pandai kamu bezakan erk...  :)

Popia ni saya beli setengah kilo = RM16. Ingatkan sempat simpan raya tapinya dah habis dikerjakan si kecik saya tu. Kalau tahu dia suka, saya order banyak lagi. Ini menunjukkan popia tu sedap kerana digemari si kecik saya. :)
Masa dapat popia ni penuh tapi semalam sudah tinggal separuh dan hari ni sudah tinggal suku dah pun.. Confirm dua hari lagi habislah ni.. Hihik.. :)

Nota : Saya nak buat sendiri masalahnya saya tak pandai menyimpul kasih bagai ni.. Hahaha.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute