Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 18 May 2012

Menu special kami di hari Jumaat -NASI AYAM-


Kalau dulu masa duduk hostel, hari Jumaat mesti ada menu special. Nasi ayam, nasi tomato dan macam-macam lah. Masih ku ingat lagi zaman duk hostel dulu, kalau hari Jumaat lah ditunggu-tunggu dan masa tu lah masing-masing awal ke dewan makan. Hahaha. Bila hari ni tiba-tiba aku merajinkan diri buat Nasi Ayam, teringat pulak zaman hostel tu sebab sama hari. :)

Hari ni jugak adalah Ulangtahun  kelahiran abang ku yang sulung. 


Oh, rindu pulak kat dia sebab dah lama tak jumpa. Untuk abang Long, HAPPY BIRTHDAY. Semoga abang long dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipercepatkan bertemu Jodoh. Amin. Abang long aku still single lagi walau dah 3 series. Hahak. 

Nah, Nasi Ayam untuk abang long dan tatapan kamu dan kamu semua. :)

 


Resepi : NASI AYAM
Dari tunjuk ajar kakak ku satu ketika dulu. :)

Nasi : 
3 1/2 cawan Air rebusan Ayam, 
3 cawan beras -basuh dan toskan
1/2 cm halia -hiris*
1 ulas bwg putih -hiris*
1 ulas bwg merah-hiris*
1 btg serai-ketuk
2 sudu besar marjerin*
1 helai duan pandan-aku skip
rempah 4 beradik (satu-satu)*
secubit garam

Bahan* ditumis sekejap dan masuk dalam beras yang dicampur dengan bahan-bahan lain dan masak nasi hingga empuk. (pakai rice cooker)

Sup :
Stok rebusan ayam
daun sup
rempah 4 beradik
3 ulas bwg merah- hiris
2 ulas bwg putih - ketuk
garam
1 kiub pati ayam
Sup bunjut

cili : 
3 cili merah
sedikit cuka
bwg putih
garam dan gula

Ayam perap :
Kicap, 
halia, bwg putih, bwg merah(tumbuk)
garam dan gula

Ulam : Timun batang, tomato, daun salad

-Adam ikut Abah ke Masjid-


Untuk pertama kalinya, Adam ikut abahnya solat Jumaat di masjid. Sebenarnya sebelum ni,  banyak kali juga dia mintak nak ikut. Akhirnya hari ni dapat jugak Adam ikut abahnya ke masjid. Abahnya kata dia duduk diam je sebelah abah dia dan ikutlah jugak orang solat. Kalau duduk diam tepi abah nanti lainkali boleh lah bawak dia ke masjid lagi. 

Mula-mula nak keluar rumah tu, dia ajak aku sekali pergi. Hahaha. Terpaksalah aku explain kat dia pulak kenapa ibu dia tak boleh ikut sekali dan barulah dia angguk tanda faham. Dah jadi kebiasaan kalau keluar mesti ibu ada sekali kan. Itu yang buat dia tanya kenapa ibu tak ikut sekali. :)

Sedang tertanya-tanya & pujuk Ibu untuk ikut sama. :)
Bila dah di explain, baru dia jalan. 
Snap dari beranda rumah. Tak pandang pun, mungkin tengah bertanya itu ini kat abah dia agaknya.  :)

Baik Tuan??


Salam Jumaat, penghulu segala hari. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Nak story pasal lovely boy aku lagi. Bosan ke? Hahaha.. Jangan bosan ye kerana cerita dan banyak catatan di sini lebih kepada tentang dirinya si 'Adam' dengan harapan suatu hari nanti dia dapat baca apa yang aku catatkan tentang dia di sini. Memori tentang dia disini. :)

Semalam waktu aku merajinkan diri mahu melipat kain yang bergunung tu. Itupun setelah selalu ditegur oleh Adam yang tanyakan aku kenapa dan bila ibu nak lipat ni. Kadang kan, dia yang ajar aku pulak itu ini tau sekarang ni. Maklumlah dia dah banyak cakap..

Aku    : Adam, tolong ibu amik kain dalam bakul tu boleh?
Adam : Ok, baik Tuan!! dan dia terus berlari pergi amik kain.

Terima kasih Adam kerana rajin tolong Ibu. Tapi dari mana kamu belajar ayat Baik Tuan itu?? Tersenyum aku seketika dengar ayat itu keluar dari mulut dia. Ini mesti pengaruh citer kat TV agaknya. Memang kadang tu pandai je dia susun ayat bila bercakap. Kadang-kadang kalau macam ayat orang besar tu yang nak gelak jugak tu. Memang sah budak ni suka ikut ayat dalam citer TV. Sekarang ni memang dia suka sangat tiru apa saja cakap orang dan aksi orang buat. Kadang aku panggil abah dia 'abang' dia pun mengada ikut sama panggil abah dia macam tu. Hahaha. Tapi memang aku kena lebih berhati-hati dan menjaga tutur kata sikit lah sebab takut dia terikut cakap yang bukan-bukan pulakkan. Itu yang kadang kalau citer mengarut tak berapa suka bagi dia tengok. Tapi itulah, kalau tak terikut dari rumah, pengaruh kawan-kawan masa main kat taman pulak. Kalau yang baik-baik aku tak marah.. Tapi kalau terikut yang tak baik, memang aku akan warning lah si kecikku itu. Semoga kamu jadi anak yang baik dan mendengar kata ye budak Adam.
Aksi dia masa tengah tengok citer Shaolin Soccer semalam. Dia pun nak ikut jugak tu. Memang suka sangat tiru meniru sekarang ni.

Nota : Umur 3-6 tahun memang peringkat dia suka meniru perbuatan ibu bapanya dan juga orang lain. sebagai ibu bapa harus pantau dia dan larang dia kalau tercakap kata-kata yang tak elok.

Thursday, 17 May 2012

Tensionnya bila dapur banyak semut!!




-ihsanpokcik google-
Semut oh semut!!! Baru je aku buat air teh, si kecik tu dah datang singgah dengan bawak geng-geng dia sekali. Pantang ada makanan atas meja terus datang menerjah. Dah dialih ke tempat lain pun datang jugak. Huh, tension jugak kekadang dibuatnya. Nak kata tak mengemop lantai, mop aje tapi tidaklah hari-hari. Penat gak mau mop hari-hari kan. Yang peliknya, semakin menjadi-jadi pulak wabak semut kat rumah aku ni. Tak tahulah mana datang. Mungkin dari dalam stor kat dapur tu kot. Kena buat spotcheck lah nampaknye nanti ni. Aku ingatkan rumah aku je, jiran aku pun tension dengan situasi wabak semut tu. Hahaha.. Kalau setakat gitu-gitu je takpelah.. ini pantang bau manis sikit terus dia terjah.. sakit jugak hati kan. 

Sorry ye aku merepek pasal semut pulak hari ni. Macam korang tak pernah marah ngan semut kan.. Hahaha..

Hari itu masa tinggal rumah balik kampung seminggu, masuk je dapur, ku tengok penuh semut atas meja lah, kat lantai lah. Buka pulak balang gula tengok penuh semut kat dalam tu. Bila takde orang kat rumah, pandai pulak dia menerjah itu ini ye, padahal balang tu tutup elok je. Pelik jugak tu.. cerdik sungguh semut-semut ni. Aku memang tak pernah letak bunga cengkih dalam balang gula, bila dah cuba barulah si semut tu tak masuk dah. Dengan menggunakan khidmat pokcik google, dapatlah beberapa tips cara nak halau semut dan lepas ni nak cubalah. Siapa yang punya masalah sama macam aku boleh lah try juga.

Tips halau semut di dapur :
1) Gunakan kapur tulis dan buat garisan di tempat-tempat yang semut selalu datang.
2) Sapu sedikit minyak di bekas gula atau bekas-bekas yang menjadi tarikan semut. :)
3) Letak cili kering dalam bekas yang ada semut, nanti semut tu akan keluar dari bekas tu dengan segera.
4) Masukkan beberapa asam keping atau bunga cengkih dalam bekas gula.
5) Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.
6) Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti balang gula, keliling meja dan sebagainya.

Nota : Harus ku cuba antara petua ini bagi selesaikan masalah semut tu. Semut oh semut, kau telah buat aku marah lah!!!  :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute