skip to main |
skip to sidebar

Bila abah adam outstation maka nye berdua lah aku dengan si kecik ku itu..Seram, cuak??? Kalau dulu memang seram sebab dulu menyewa rumah kat luar. Kalau kena tinggal, malam-malam confirm tak leh lena tidur umpama macam tidur2 ayam je jadi nye. Masa tu sewa rumah sebijik, jiran kiri kanan ada tapi jauh jaraknya.. Rumah kampung dan sewa pun dengan orang kampung situ tapi best duk rumah tu sebenarnya. Mangga pintu bukan main lagi lah.. macam-macam jenis mangga ada. Rumah lama dulu memang rasa cuak sikit kalau kena tinggal time abah adam outstation. Bila rasa tak selesa ajer.. apalagi cabut balik kampung lah.. 2 tahun gak lah menyewa kat situ. Siap tinggalkan pokok buah ceri lagik. Dah rendang dan besar dah pun pokok tu. Tiap kali lalu depan rumah lama tu mesti tengok sambil imbau kenangan kat rumah tu.
Tapi sekarang sejak dah berpindah ke rumah baru, rasa lebih selamat sikit. Suasana nya lain sikit. Duk kuartes ada ramai jiran dan ada guard jagakan. Rasa cuak tu bertukar jadi rasa boring dan sunyi lah pulak bila abah adam takde. Tapi harus alert jugak..
Bila berdua dengan si kecik tu......................aku boleh bangun lambat, akan jadi lambat untuk masak dan masak pun yang simple2 ajer. :)
Tapi..... bila berdua hanya berdua jelah... rasa tak lengkap pulak takde si dia yang suke buat bising menyakat adam. Lepas ni kena tahan jelah nak menjawab soklan sama dari si kecik tu duk tanya abah dia... kalau dulu tak petah lagi cakap, tapi sekarang memang kena tanya lah aku nanti......setiap jam mungkin.
Nota : dari saya jadi 'aku' lah pulak erk..huhu.. best gak guna 'aku' bila menulis di sini.. Pasni guna aku jelah. Lagi sempoi kot kan. :)

Kisah cuti di kampung lagi.....Penangan Adam demand nak makan ketam. Balik kampung Family In Law hari tu, aki adam merangkap FIL saya tangkap ketam punyalah banyak untuk cucuanda nya tu (betul ke idak eja nih..). Amboih kamu budak adam, bukan main lagi di manja yer. Bukan setakat demand ketam aje dia dapat, demand durian pun dapat jugak. Sanggup aki dia beli kan dia durian yang 1kg=RM9.90 tu kat pasaraya. Beli pulak 6 biji sampai habis dekat 1 ratus gak lah. Saya 'gulp' kejap telan liur tergamam. Mahu nya tidak kena harga macam tu, kan bukan musim nya. Itulah dia si kecik Adam.. dimanja sangat bila balik kampung sampai terbawa-bawa lah perangai manja nya tu ke rumah pulak.
Ketam oh ketam!! Bukan tak pernah beli kan ketam untuk adam sebelum ni, cuma dia tahu yang aki dia suka kelaut dan sebab tu lah kot dia pandai demand camtu. Tapi sebenarnya saya pun tumpang gak lah makan sampai dah tak larat dah nak makan. 3 hari berturut-turut jugak lah duk meratah ketam segar yang besor2 tu. Menunya rebus aje dan ratah. Memang manis dan banyak pulak isi ketam tu. Maybe rezeki kami time balik hari tu dapat merasa ketam besor hasil tangkapan dari bubu aki adam. Kalau beli confirm lah modal besar kan. Thanks sangat kat FIL (Aki adam) untuk ketam-ketam tu. :)
Adam yang seronok dapat pegang & mamam ketam. Malunye tak pakai baju, seksi pulak anak ibu nih. :)
Nota : Jangan tak tahu yang ketam nie sebenarnya banyak jugak khasiatnya tau. Daging ketam/sup ketam dikatakan boleh menjadi penawar kepada penyakit demam denggi dan chikungunya.
Tak lama lagi, satu-satunya adik pompuan saya akan tamat study dlm program matrikulasi. Sekarang dia tengah exam final sem. Semoga berjaya hendaknya dan dipermudahkan segala impiannya. Cita-cita nak amik medic. Kalau ada rezeki dapat lah course tu. Memang kena bersaing sikit lah nak dapatkan course tu. Tapi saya sbg kakak selalu galakkan dia dapatkan course yg terjamin sikit peluang kerja nya. Semoga dia berjaya dalam hidupnya. Tahniah sebab dah hampir habiskan Fasa I. Lepas nie Fasa II pula akan menyusul di dunia kampus yang lebih mencabar.. Good Luck my sis. InsyaAllah....
Nota : Tiba-tiba rasa rindu zaman ku di kampus dulu. Harus sambung study lagi kah?? Oh, itu memang lah adalah jugak keinginan.. Tapi tapi nye...memang banyak bertapi-tapi lah sekarang nih.. :)