Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 20 March 2012

Dah buat salah belasah isteri pulak???



Isteri bukan hamba. Isteri adalah selayaknya wanita yang harus disayangi dan dikasihi. Kenapa ada juga kaum suami yang sanggup bertindak kejam kepada seorang wanita yang bergelar isteri. Terkantoi kerana curang tapi isteri pulak yang dibelasahnya. Macam-macam hal kan. 

PETALING JAYA: Seorang jururawat bernasib malang apabila dia yang ‘menangkap’ suaminya berkhalwat dengan wanita lain di rumah mereka, di sini, bukan saja dibelasah teruk malah turut diceraikan dengan talak satu, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa berusia 32 tahun cedera di kepala, mata, telinga dan tangan akibat ditumbuk serta diterajang suaminya yang berang selepas perbuatannya membawa kekasih gelap masuk ke rumah ketika ketiadaan mangsa terbongkar. 
Katanya, perbuatan keji suami mangsa berusia 30 tahun itu terbongkar apabila mangsa yang pulang ke rumah dari tempat kerja tidak dapat membuka pintu kerana dikunci dari dalam, kira-kira jam 11.30 pagi. 
“Mangsa kemudian menghubungi suaminya yang berada dalam rumah memintanya membuka pintu, tetapi lelaki terbabit mengambil masa yang lama untuk berbuat demikian.
“Sebaik pintu dibuka, mangsa bertanya suaminya mengapa lambat membuka pintu sebelum menuju ke bilik air kerana mengesyaki sesuatu kerana curiga dengan kelakuan lelaki terbabit,” katanya. 
sumber : metro


p/s : Sungguh aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang penyayang. Semoga kasih sayang nya hanya untuk diriku. Amin. 

Bimbang nye rasa....


Kebelakangan ini semakin kerap kan berita kisah penculikan. Belum reda lagi kisah sedih adik Dirang, dah ada kes terbaru pulak. Sungguh rasa bimbang sangat dan rasa dah tak selamat je rasa.




KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.
sumber : metro



p/s : Sungguh risau. Semoga tiada keluarga kita alami kejadian seumpama ini. Dunia ni dah tak selamat dah rasa..


Monday, 19 March 2012

Bila dengar sesuatu tapi takde orang???



Korang pernah tak dengar ape-ape bunyik dari sebelah rumah korang ke, atas rumah korang.. Tapi korang tak pasti ade orang ke tak rumah tu.. Hehe..

Saya ni duk rumah jenis bertingkat. Ade 4 tingkat aje pun. Saya duk level 2. Hehe.. Yang peliknye, saya selalu dengar ade bunyik kat rumah atas. Kadang bunyik orang tarik kerusi, bunyik guli jatuh. Kalau malam-malam sebelumk 12pm tu maybe ade orang kan. Dan memang saya ingat kan ada orang lah. Rupanye tadi jiran depan umah cakap, rumah atas saya tu wife dia takde sini pun sebenarnye dan husband dia jarang lah duduk umah tu. Haaaah...??? Saya terkedu kejap dan mula lah nak pikir bukan-bukan. Hehehe....

Itu yang pelik, kadang time para kaum suami pi kerja siang hari kan, ade gak dengar bunyi macam orang tumbuk lesung lah, macam orang tengah mengemas lah. Padahal ramai yang duk level atas tu adalah weekend husband means tinggal sorang-sorang jelah. Dah kalau siang-siang bunyi something gak tu, siapa yek?? Pernah satu hari tu, tengah malam after 12pm.. bunyik guli jatuh.. betul-betul dengar atas syiling umah kami, masa tu kami tengah tengok TV.. Saya dan encik suami ssling berpandangan dan diam je buat tak tahu.. Hehe.. Sebab pikir ade orang kan. Rupenye bila jiran bagitahu yang jarang ade orang kat rumah atas tadi, terus jadi seram sekejap.. Jiran kata buat tak tahu dah lah.. janji tak kacau kita kan.. Hehe.. Tapi bukan saya je pernah dengar, ade jugak jiran-jiran lain tanya benda sama kat saya.


p/s : Nak kata tak kenal jiran.. maybe lah sebab memang tak pernah nampak jiran atas tu. Bila tanya encik suami pun dia kata entah... :)

SEGMEN TAMBAH KAWAN BY ARRA AHMAD


Hai rakan-rakan blogger ku.

Hari ni nak join segmen lah. Segmen tambah kawan dr Arra Ahmad.




Sesiapa nak join segmen ni klik banner tu yer. Closed date : 24 Mac 2012.
So, kat sini saya nak tag kawan saya sebab nak tolong dia naik kan follower dia. Dia pun blogger baru cam saya jugak.
Sophia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥