Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 19 February 2012

Segmen : Tambah Follower Sampai Pengsan


Malam nie nak join jugak lah segmen yang dianjur Lezza De Blog. Saje lah kan coz i'm new blogger. So, tak salah kan join segmen nie nak tambah kenalan. Jom join jugak kay. 

Jom join sini yer. Lezza De Blog

Bila anak dah pandai main game


Al-kisahnya bila anak mula pandai main komputer maka pandai lah duk main game. Adoii.. kadang risau jugak, bangun je pagi terus mintak izin boleh tak on PC nak main game. Saya buat tak layan je kadang tu sebab malas nak ajar sangat. Nanti karang dah sekolah duk ingat game ajer. Tapi bagi jugak main, sehari tu adalah dalam 2 kali bagi dia main PC tu. Actually dia baru je 3 tahun tapi on PC, shutdown PC dah pandai dah. Agaknya terpengaruh dan selalu tengok apa yang ibu dia tekan kan. Tapi kadang-kadang saya pun layan jugak game nie. Semalam baru berjaya misi habiskan level game plants vs zombie. Hehe.. Orang lain dah lame dah dapat trophy tapi saya baru semalam. Hehe. Itu pun dua minggu duk mengadap baru lah berjaya. Hehe...

Sekarang si anak pulak bz main. Asalnye dia lah duk ajak ibu dia. Tu yang ibu dia terpaksa jugak main sama sampai lebam otak nak pikir strategi lawan zombie. Hehe.. Apakah game feberet anak saya dan saya jugak tu.. Jeng..Jeng..
.
.
Game Plants vs Zombie


 sesiapa yang suka game nie jugak, sila angkat tangan.. Hehe.. angkat tangan yer, bukan kaki. :)


Tengok tu memang ralit lah duk main game nih. 


p/s : Saya kena warning sikit budak atas nie dari duk ngadap game nie je hari-hari. Hehe.. 



Coretan Rajin



Bangga dengan mereka yg bekerjaya



Setiap orang ada impian, punya cita-cita
Bertuahnya mereka yang habis sahaja pengajian terus dapat kerja
Berbanggalah dengan kerjaya mereka
Tapi aku? Masih begini dan entah sampai bila akan terus begini

Ku bertanya pada diri, adakah ini nasib? Atau kerana aku kurang berusaha?
Entah mengapa... Ku rasa tersepit antara dua pilihan
Aku bukan tidak berusaha tapi mungkin nasib ku kurang baik
Namun, aku tak pernah putus berharap

Aku juga ingin seperti mereka
Namun tanpa redha si dia yang bergelar suami ikhlaskan aku
Terpaksa kiranya ku rasa biarlah begini dahulu seketika
Ku tetap bahagia walau ada tersimpan seribu satu rasa di hati

Aku bangga dengan mereka yang berkerjaya
Bangga kerana mereka mampu memikul dua tanggungjawab sebagai isteri dan wanita bekerjaya
Aku sering berangan bila aku kan dapat merasai itu semua
Mungkin belum masa nya lagi untuk aku
Mungkin juga aku yang kurang berusaha
Mungkin juga aku yang memilih untuk begini
Demi keharmonian keluarga
Dan mungkin satu hari nanti ku pasti dapat juga jadi seperti mereka
Semoga aku lebih kuat dan tabah
Kerana Tuhan Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap Hamba-hambaNYA
Sesungguhnya, Aku bersyukur untuk apa yang aku ada hari ini. Amin.


Ihsan pokcik google lagik. hehehe.


p/s : Tidak semua apa yg kita impikan itu tercapai. Kita hanya mampu merancang. Usaha selagi terdaya itu perlu.


Dari kotak mindaku

Tips............



Hanya nak kongsi tips cara potong kek guna kaedah benang kpd sesiapa yg takde tool cam saya lah. Hehe.. Sumber asal dari fanpage ini. Sila like fanpage ini ye kalau suke. Fanpage Jom Masak. Banyak jugak tips dan info kat situ. 





Credit untuk Jom Masak sebab sudi share tips ini. Izinkan saya share kat sini pulak yer. :)

1) Mula-mula, lilitkan benang di sekeliling kek. Anggaran lah tebal mana nak dipotong.
2) Silangkan benang yang lebih, kemudian tarik benang kiri dan kanan ke arah anda.
3) Ulang langkah yg sama untuk memotong beberapa lapisan yang dikehendaki.

p/s : Saya pun belum cuba lagik. Selama ni potong pakai pisau jer nak tak rata mesti senget2 ajer..So, lepas ni boleh lah try kaedah ini pulak. Hehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute