Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday 16 October 2016

Koleksi abm mengajar anak membaca


Mengajar anak membaca tidak seharusnya hanya tertumpu kepada buku sahaja. Kita perlu juga pelbagaikan cara supaya dapat menarik minat anak dan membantu anak untuk mudah faham.

Ibu menggunakan kaedah fonik dan set buku bacalah anakku dan read easy dalam mengajar mengajar anak membaca. Fonik adalah kaedah yang terbaik pada pandangan ibu. 

1) lift sukukata


2) matching house card

Padankan flahskad sukukata mengikut rumah sukukata.

3) cawan gabungan bunyi
Guna cawan polestrin dan tulis.

4) puzzle perkataan

5) permainan padanan gambar dan perkataan
Ibu guna gambar-,gambar dari buku aktiviti abang adam yang dah lama dan dah dia buat. :)

6) roda pintar sukukata

Ibu guna kotak je.  Kalau nak lebih cantik,  gunalah mounting Board ye. 

7) lift padanan gambar dan perkataan

8) parking lot games
Ibu buatkan alas plastik..lekatkan manilakad pada sekeping kotak dan alas dengan plastik. Ini memudahkan ibu ulang guna sebab boleh tulis dan padam perkataan. 

9) puzzle bersukukat
Ibu guna puzzle kedai dua ringgit je.  Lepas tu tulis sukukata belakangnya dan pada kotak tu.  Sambil main puzzle sambil belajar baca sukukata. 

10) tissue roll word games

11) aplhabet velcro board

12) sight words games board

13) spoon magic games
Magic spoon bila turunkan spoon ke bawah akan membentuk perkataan lain.  

Selain bm,  bi juga boleh buat cara yang sama.  Belajar sambil bermain..  Seronoknya belajar di rumah. 

1 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute