Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday 29 October 2016

Aktiviti fonik yang boleh menarik minat anak


Jika ajar anak membaca terlalu tunjuk dengan buku je agak kurang berkesan juga. Mungkin anak akan mudah menunjukkan riak bosan, maka jom kita cuba pelbagaikan cara dengan buatkan aktiviti-aktiviti yang menarik.


1) road letter games.
Buatkan huruf dan sediakan kereta comel. Saiz huruf ni sebesar kertas A4. Macam ibu buat ni, ibu ikut huruf dalam buku bacalah anakku 1. 

Ibu ajar bunyi huruf dan bukan itu huruf apa. Ajar bunyi huruf sambil nyanyi lagu abu ada ayam..
Abu ada ayam aaaaa
Itik ikut ibu iiiii
Ular usik ulat uuuu
Nini nangis-nangis nnnn
Bobo main bola beh beh beh

Kereta tu anak ikut bentuk huruf tu. 

2) padankan sticker dan ikut titik.


Dia sukakannya.  :)

3) jenga block yang diy jadi jenga sukukata

Boleh buat perkataan . Sambil main sambil belajar perkataan. 

4) magic star

Ibu buat star, lekatkan pada batang aiskrim dan tulis huruf. 

5) monster mailbox

Ibu buat mailbox daripada kotak cornflakes. Lepas tu guna flashkad dan buatkan sukukata bertitik untuk anak ikut bila dapat flahskad.

Cara mainnya, masukkan flahskad dalam mulut monster dan anak ambil dari pintu belakang mailbox tu. Bila dapat kad, baca dan cari pada kertas, kemudian tulis dengan marker sukukata yang dapat tu. 

6)klip kad fonik

Ibu lukis dan ada yang ambil gambar dari buku-buku yang dah lama. 

7) clothespin phonics words

Pilih kad perkataan dan minta anak buat semula sambil cuba eja dan baca. :)

Fonik adalah kaedah paling terbaik pada pandangan saya. Alhamdulillah. 

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute