
Buatkan huruf dan sediakan kereta comel. Saiz huruf ni sebesar kertas A4. Macam ibu buat ni, ibu ikut huruf dalam buku bacalah anakku 1.
Ibu ajar bunyi huruf dan bukan itu huruf apa. Ajar bunyi huruf sambil nyanyi lagu abu ada ayam..
Abu ada ayam aaaaa
Itik ikut ibu iiiii
Ular usik ulat uuuu
Nini nangis-nangis nnnn
Bobo main bola beh beh beh
Kereta tu anak ikut bentuk huruf tu.
2) padankan sticker dan ikut titik.
Dia sukakannya. :)
3) jenga block yang diy jadi jenga sukukata
Boleh buat perkataan . Sambil main sambil belajar perkataan.
4) magic star
Ibu buat star, lekatkan pada batang aiskrim dan tulis huruf.
5) monster mailbox
Ibu buat mailbox daripada kotak cornflakes. Lepas tu guna flashkad dan buatkan sukukata bertitik untuk anak ikut bila dapat flahskad.
Cara mainnya, masukkan flahskad dalam mulut monster dan anak ambil dari pintu belakang mailbox tu. Bila dapat kad, baca dan cari pada kertas, kemudian tulis dengan marker sukukata yang dapat tu.
6)klip kad fonik
Ibu lukis dan ada yang ambil gambar dari buku-buku yang dah lama.
7) clothespin phonics words
Pilih kad perkataan dan minta anak buat semula sambil cuba eja dan baca. :)
Fonik adalah kaedah paling terbaik pada pandangan saya. Alhamdulillah.









Isteri kpd seorang suami yang penyayang & Ibu kepada seorang putera dan puteri yang cerdik pandai 'ADAM AKMAL' dan 'DHIA AMANI HUSNA'.Blog CERITA HATI ini adalah cetusan kepada catatan segala kenangan tentang perjalanan hidupku, pahit & manis kehidupan, kisah tentang mereka 'Putera puteriku' dan kisah tentang kami. Blog ini juga merupakan blog perkongsian AKTIVITI HOMESCHOOLING saya dan anak-anak.Blog ini adalah blog peribadi. Segala yang tercatat, pandangan & gambar-gambar adalah hak milik sepenuhnya empunya blog CERITA HATI kecuali yang telah dinyatakan empunya sumber asalnya.






0 Komen Cerita Hati:
Post a Comment