Apple tree counting games.
Guna penyepit baju bernombor dan kira jumlah epal pada pokok baru kepitkan penyepit tu.
Kertas A4, sticker (ibu beli di kedai mr.diy), marker untuk tulis nombor.
Sticker tu murah je. RM2 begitulah harganya. Memang jimat buat abm ni. Comel pun comel.
Penyepit baju kayu tu kat kedai dua ringgit pun ada. Beli sepaket boleh guna untuk pelbagai aktiviti.
Ini pula hanya tulis dan buatkan dot dot besar. Anak kira letak penyepit pada dot tu. Ibu guna kertas A4 je tu. Kalau nak lebih cantik bolehla di laminat kad tu.
Pokok mengira. Guna dadu, pompom balls. Anak baling kedua-dua dadu, dapat apa dan tambahkan. Letak pompom ball tu pada pokok. Tarik jawapan di bahagian bawah tu.
Abm ajar tambah.
Abm tangan. Buat tangan dari paper foam dan lekatkan pada batang aiskrim. Velcro dilekatkan pada jari tu.
Boleh diguna untuk tambah tolak yang mudah.
Papan bundar
Diy jam daripada pinggan kertas.
Mudah anak faham untuk topik jam.
Abm untuk darab. Roda sifir tu ibu buatkan dan masukkan dalam sheet protector. Ibu takde mesin laminate, jadi ni la alternatif ibu buat sementara. Guna plastik. Senang dan tulis padam.
Bekas dan pompom tujuannya untuk bagi anak faham konsep mendarab.
6x3=?
6 mewakili biji pompombal dan 3 mewakili kumpulan. Jadi anak akan masukkan 6 biji dalam setiap bekas.
Hasilnya akan dapatlah.
6x3=18
1 Komen Cerita Hati:
Post a Comment