Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Thursday 13 August 2015

Cara mudah ajar anak sebut sukukata dengan flash card

"Macamana nak bagi anak cepat faham sebut suku kata ni? Kenapa bila ajar ikut buku tu anak tak minat?"
Saya pun pernah alami keadaan begitu masa mula nak ajar anak belajar membaca. Nak habiskan satu mukasurat pun memang jenuh jugak nak melayan ragam anak. Masa tu adam umur 4 tahun. Mana mahu anak yang umur 4 tahun boleh fokus belajar dengan hanya tengok buku je kan. 
Maka, saya banyak gugel dan cedok idea-idea dari blog mama mama yang share aktiviti homeschool terutama blog oversea yang share banyak aktiviti menarik. 
Belajar sambil bermain..memang sangat membantu tau. Alhamdulillah, pada awalnya anak tak menunjuk minat nak belajar, nanti boleh jadi minat. Bila tengok anak bosan nak fokus baca dalam buku, apakata alihkan pula dengan aktiviti games bahasa. Contohnya bermain dengan flash card. Flash card ni kan sangat membantu tau dan macam-macam aktiviti kita boleh buat dengan flash card ni.
Contohnya yang ini untuk sukukata daripada buku 1 dan 2 bacalah anakku. Tuliskan je pada kertas A4. Caranya minta anak cari dan padankan pada sukukata tu. Mudah je kan.. sebelum ni anak yang keliru, bila buat begini kan dia dah tak keliru sangat dah dan boleh cam sukukata tu.

Selain flash card, banyak lagi cara boleh kita guna untuk tarik minat anak belajar membaca ni. Aktiviti mewarna, playdoh dan sebagainya lagi. Apa yang penting kita kena sabar dan jangan memaksa anak untuk cepat faham sesuatu tu. Boleh baca kat SINI cara saya tarik minat anak dan aktiviti lain yang boleh dicuba.

0 Komen Cerita Hati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute