Cerita demam seminggu yang lalu. Dalam keadaan anak-anak kurang sihat pun tetap bawa berjalan jauh nun ke bangi untuk memberi sokongan kepada pertunangan big brother. Budak berdua ni memang dah ada demam dah sikit dan hari Dhia kena inject tu dia memang dah nak demam. Bila kena inject dan tempat inject tu tegang bengkak sikit..itu yang menjadi larat demam Dhia. Si abangnya pula jangkit dari Dhia lah kononnya pun terkena demam jugak. Bila dua-dua anak demam...haa tak tidur malam ibu abahnya. Abah duk pantau Adam dan ibu duk pantau Dhia..
Masa duk homestay tu pun Dhia merengek aje tak selesa berubah tempat pun satu hal ditambah badan dia yang tak berapa sihat tu pun satu hal. Abangnya ni kalau siang kurang demamnya tapi bila malam jer mula moyok semacam jer.. Plan nak berjalan ronda KL pun tak kesampaianlah hari tu..Habis je majlis terus bertolak balik ke Kemaman. Lainkali kata abah... kesihatan anak-anak lebih penting. Alhamdulillah selang sehari balik dari Kl tu, anak-anak dah kembali sihat dan bertambah lagi sihat bila dah balik rumah mereka sendiri..
Adam memang on time bagi minum ubat dan Dhia pada hari pertama tu ada jugak bagi dia ubat 2 kali kot. Kesian Dhia kena paksa makan ubat sedangkan dia belum pun diberi makan lagi. Sudahnya tersedak-sedak Dhia nak menelan ubat tu. Kakak ipar pulak cakap tak elok bagi ubat kat baby, so saya pun terus stop beri Dhia ubat dan lebih kerap menyusukan Dhia. Mujarabnya dan magiknya air susu ibu...tiga hari aje Dhia demam dan beransur baik. Alhamdulillah..
Banyak kotak jugak beli cool fever hari tu..yelah dua beradik yang demam kan.. Kerana Dhia kurang sihat hari tu, abahnya belikanlah mainan baru kat dia. Dapat lagi dia catterpilar baru yang panjang tu haaa... Siap ada bunyik lagi. Dapat hadiah mainan baru terus muka seronok. Hihi... tips kembalikan semangat anak kata abahnya. (^_^)
Si abang pun bila demam kuranglah buat aksi lompatannya.. Tidur jer dia tapi ini malam jer tau. Siang hari aktif jugaklah sikit-sikit.
Ya Allah...lindungilah anak-anakku. Kurniakanlan mereka kesihatan yang sentiasa baik. Jadikanlah mereka menjadi anak-anak yang taat, soleh dan solehah. Amin.
2 Komen Cerita Hati:
baby mmg tak bagus makan ubat,klu dah teruk sgt ikut nasihat doktor kena la bg kan..kerap susukan tu mmg terbaik untuk sembuhkan sakit
Alhamdulillah adam n dhia dh beransur baik..tips semangat tu bagus,dpt la dhia mainan baru.hehe
ank sy pun baru baik demam.. sukar nak jangka.. dlm cuaca skrg ni kesihatan dan persekitaran x mennetu huhuhu
Post a Comment