Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Wednesday, 12 June 2013

Puting kosong, perlu ke?


Perlu ke saya kenalkan puting kosong kepada Dhia? Sedangkan abangnya dulu tidak pun saya ajar puting kosong. Samada Adam ataupun Dhia bukanlah meragam sangat pun sebenarnya dan bukanlah dalam kategori bayi kuat menangis cuma Dhia suka nak nyonyot je bila dia nak tidur. Bila disuakan susu ibu secara terus, memang dia menolak dan macam marah sebab susu masih keluar sedangkan dia dah kenyang kan. Itu tandanya dia nak puting kosong ke? Dhia meragam macam tu jelah dan kadang-kadang jer pun.. Serba salah nak ajar puting kosong ni tapi kadang penat juga nak layan sebelum dia lena tidur tu kena berdodoi sayang di pangkuan lengan dan ribaan. Bila dia dah kenyang memang dia tak mahu dah disusukan tapi dia macam nak nyonyot jer dan bila nyonyot kuar susu pulak, marah lah dia. Hihik.. Harus ke saya beri dia puting kosong? Haaishh susah nak buat keputusan sebenarnya sebab puting kosong tak berapa elok kot diajar pada anak bimbang nanti mengganggu penyusuan susu ibu pulak kan + nanti duk kat mulut je puting kosong tu. Oh nampak tak elok jer di situ.. (itu pada saya lah yer..)

Puting kosong : Alat penenang adalah alat yang memberi bayi sesuatu yang selamat untuk dihisap, seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung. Hari ini, puting kosong diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya. Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Puting moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi dari tercekik atau menelan puting itu.

Faedah menggunakan puting kosongmembantu untuk menenangkan bayi hingga tidur, boleh membantu sesetengah bayi pramatang.

Keburukan : infeksi telinga meningkat, kaitan dengan ifeksi perut dan lain-lain, penggunaan puting kosong secara jangka panjang boleh menyebabkan masalah gigi dan masalah pertuturan dan juga boleh mengganggu penyusuan susu ibu.
sumber :  baby center

Melihatkan keburukan tu buatkan saya makin 50-50 pulak nak ajar Dhia puting kosong. Patutkah? Perlukah? Huhu.. Kena cari jalan solution lain dulu kot.. Penat memang penat melayan si kecil tapi kalau untuk kebaikannya penat macamana pun terpaksalah kan. Saya ni kalau boleh memang nak elak dari beri anak puting kosong ni...

4 Komen Cerita Hati:

Puan Kutu said...

kalau boleh elakkan kot.lgpun awak sentiasa bersama dhia,klu perlu hantar kepengasuh ke bimbang jugaklah dhia meragam..selagi under control,tak payah ajar la puting kosong ni. nti tak cantik gigi dhia bila dh besar.hehe..

AdaM Hawa said...

kalau rasa ianya sangat2 diperlukan baru bg.. adik beradik sy mmg x isap puting kosong ni.. tapi anak buah isap.. maybe pasal ibu2 sekarang bekerja.. :D

Chic Na said...

kalau mama cikna tak bagi anak buah gigit puting. xtau kenapa..

Masya said...

puting kosong ni x semua bayi nak, ada yg xmoo.. ada jugak yg tkt kembung perut.. ntah mcm²lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute