Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Sunday, 2 September 2012

Harapnya kamu tidak begitu.........


Pernah tak kalian tengok situasi dimana seorang budak yang memukul-mukul ibunya bila kehendaknya tidak dipenuhi dan mengatakan bodoh pada ibunya. Ngeri kan dengarnya.. Kita yang melihat pun rasa sakit je hati, apatah lagi ibunya yang seolah-olah malu dengan sikap anaknya itu bila ada yang memandang.. 

Saya sentiasa mengharapkan agar Adam tidak akan begitu dengan saya.. Yup, manja biarlah bertempat, pukul pun biarlah bertempat. Pernah sekali adam meludah kerana terikutkan seorang budak yang suka meludah. Tindakan saya? Warning dia. Kali kedua dia meludah lagi dalam kereta dan masa tu memang kenalah dia dengan abahnya. Lepas dari kena hukuman cubit-cubit sayang dari abahnya, dia dah tak buat dah macam tu lagi. Inilah salah satu yang membimbangkan saya bila dia mula kenal dunia pergaulan dengan kawan-kawan. Tidak salah bagi dia berkawan tapi bila dia terikut sikap-sikap yang tidak elok, saya dan suami memang bertegas dengan dia. 

Pernah jugak dia terikut cakap yang mengarut dan kata-kata yang kurang enak tu. Saya cuba ingatkan dia hari-hari supaya jangan diulang dan jangan diikut kalau kawan-kawan cakap yang bukan-bukan, Alhamdulillah dia tak cakap begitu dah.. Saya ajarkan dia bahasakan dirinya saya atau Adam je dan bukan aku. Itu pun dia dah boleh faham dan ingat. Kadang tu bila saya tersembang aku dengan abahnya, dia pulak yang warningkan saya, "Eh Ibu, tak baiklah cakap aku, cakap saya jer, ibu lupa ke?". Hahaha.. Hambik.. kan dah terkena. Semoga dia mencontohi sikap-sikap yang baik dan terus mendengar kata. Akanku cuba mendidik dia dengan sebaik mungkin kerana dia adalah amanah dari-NYA untukku. Bukan senang nak mendidik anak-anak kan, yang penting harus bersabar dan saling berkerjasama antara ibu bapa kerana tugas mendidik anak-anak bukan hanya diserah bulat-bulat kepada si ibu sahaja, sebaliknya kerjasama antara kedua-dua ibu dan bapa.

5 Komen Cerita Hati:

insan_marhaen said...

moga2 besar nanti tidak berterusan berperangai begitu si anak tadi...

Chic Na said...

risau jugak kan sbb budak2 cepat sgt terikut dengan apa yg dia nampak. Insha Allah adam tak macam tu.

rieda_ffya said...

betul ayu..kite sama mengharap supaya anak2 kite tidak terikut dengan peel yg x elok disekelilingnya,,,mereka ni cepat terpengaruh kan,..

adda syuhada said...

risau gk sy dlm bab mendidik ank nih..harap2 dpt la sy didik ank sy ni ngn sifat yg baik2...

Masya said...

BUDAK² MUDAH TERIKUT² PERSEKITARAN...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute