Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 21 September 2012

Sepi itu bersebab.......

Hai blog.. Hai sahabat-sahabatku disini.. Lama betul saya menyepi. Bila online, dah bertukar dashboard baru dah rupanya. Ke manakah saya menghilang?? 

 Sebab pertamanya, saya balik kampung. So, itu yang tak berupdate Cerita Hati kesayangan ni. Saya balik berdua saje dengan adam sebab nak jumpa Cik Long adam iaitu abang sulung saya lah. Raya hari tu dia tak balik, minggu lepas baru dia balik. Maka, terubat jugaklah rindu nak ketemu abang long setelah hampir setahun tak bertemu mata kan.. Hihik.. Seminggu jugaklah saya duk umah Bonda. Seronok tak terkata dapat rehat di kampung.. Hehehe..

Sebab kedua, adam terkena selsema. Dah hampir dua minggu sebenarnya.. Minggu lepas, sebelum balik kampung tu, dia selsema ajer tapi taklah serius. Cuma tidur malamnya asyik terganggu jer gara-gara hidungnya tersumbat. Balik dari kampung, dia demam + selsema dia yang tak baik-baik lagi tu makin menjadi-jadi pulak. Bawa ke klinik lagi sekali dan doktor bagi ubat yang lain sekali dengan antibiotik. Memang saya cukup tak tenang kalau anak sakit. Saya yang tak lena tidur malam. Hidungnya asyik tersumbat jer.. Sudah saya tinggikan bantalnya dan siap belikan breathe right kids tu lagi tampal kat atas batang hidungnya tapi tak nampak berkesan sangat pun. Tambah pulak si Adam ni memang tidur tak suka berbantal + selimut. Itu memang tabiat dia dari kecik lagi. Awal-awal tidur jer elok berbantal tapi sejam lepas tu........kepala dia dah tak berbantal dah.. Ada sesiapa sudi berkongsi tips atau cara berkesan nak atasi masalah hidung tersumbat ni? 

p/s : Doakan adam cepat sihat yer... Kesian sangat kat dia. Yelah, kan dia budaknya aktif, bila tak sihat.. macam-macamlah ragamnya sebab tak dapat main. 
Semoga anak ibu cepat sihat... Amin..

Friday, 7 September 2012

Adam dan Badminton - Part II


Sambungan dari part 1..............

Apa abah suka, dia pun suka. Apa abah nak buat, dia pun nak buat jugak. Inilah dia anak abah.. :)
Abah suka berbasikal, dia pun sibuk nak berbasikal jugak.. Abah suka badminton, dia pun sibuk nak suka jugak.. Hahaha.. Nanti bila besar mesti boleh jadi kawan abah kan, pastu jalan dengan abah jer tak bawa ibu sama dah.. Hihik.. Tapi bila kena marah dengan abahnya, Ibu jugak dia cari kan... :)
 Masa untuk beraksi pun bermula...
 Adam yang bijak mencari idea. Dia ambil kerusi untuk jadi tinggi sebab dia kata tak sampai nak pukul tu lepas jaring.. Hahhaha...
 Lakonan je lebih dari mainnya.. Hahaha..
 Sudah mula menunjukkan minat yang sama dengan abah. Tapi adam kecik lagi nak betul-betul tunjuk minat dan pandai main pun.. :)
 Abah ajar adam cara pukul.. Fokus jugak si kecik ni belajar.. Hihik.. :)
Bakal pemain badminton negara ke? Hehee. Harapnya begitulah kan.. Manalah tahu satu hari nanti kan... Mudah-mudahan anak ibu ni menjadi anak yang berjaya suatu hari nanti. AMin..

Adam dan Badminton- Part 1


Ini cerita tiga hari yang lepas iaitu selasa yang lalu. Adam ikut abahnya main badminton di dewan dan saya pun ikut jugaklah sebab nak kena pantau adam. Tapi perginya kejap je sementara tunggu kawan-kawan abahnya datang. Lepas tu saya bawaklah adam balik rumah.
 
 Menjawab kepada persoalan yang menjadi tanda tanya saya pasal tak sihat semalam tu. Saya sudah check sudah dan hasil testnya tu 1 line jer.. Belum berhasil lagilah kot ataupun awal lagi sebab period saya pun belum terlewat lagi, baru 3 minggu kot dari last period bulan lepas.. Emm, mungkin badan saya angin kesan terlebih makan pucuk ubi tu.. Emm.. frust jugak dengan result urine test tu dan masih mengharap agar adalah berita gembira tu. Mungkin belum nampak lagi kot sebab seingat saya kan, masa nak pregnantkan adam dulu pun sampai 3 kali test dalam jangka minggu lain-lain dan baru ler nampak ade double line tu. Apapun saya berserah pada rezeki dari DIA YANG MAHA ESA.

Oklah.. Jom layan gambar-gambar adam yang join abahnya main bandminton di dewan. :)
 Bersungguh dia nak ikut jugak. Dia bawak raket dia sekali.. Tapi bukan yonex pun yang dia punya..hehehe.. 
 Memang anak abah... Apa yang abah dia suka, dia pun suka jugak.. Hish hish.. :)
 -Sesi warming up sebelum bermain..hahaha.. pandai sangat ke si adam ni main badminton??-
 Suka sangat tengok gelagat dia masa ni bila dia dapat ikut abah dia. Happy sangat dia dapat lari-lari satu dewan tu.
 Sampai termuncong mulutnya.. :)
Fokus sungguh si kecik ni.. Hehhe
 Kan.......... Hehhee
Rehat kejap sebab dia kata penatlah... :)

 Lagi sambungan di part II.................

Mana satu la agaknya yer??


Hai sahabat-sahabat bloggerku disini. Semoga kalian sihat sentiasa hendaknya. Maaf kerana saya agak jarang blog walking dan menerjah korang. Nanti ada masa saya terjah yer...
Masih sibuk hadiri open house ke? Saya pulak boleh dikatakan setiap hari jugaklah sepanjang minggu ni. Untung jugak ada kawan-kawan yang rajin masak-masak nih.. Hehee.. 

Di sebalik tajuk entri saya tu sebenarnya menceritakan sesuatu....... Apakah itu? 
Kisahnya begini..... 06/09/12, lebih kurang  jam 5.30 pagi sebelum subuh. Saya terkejut dari tidur kerana tekak saya tiba-tiba terasa nak muntah. Perut mula rasa mengeras sakit. "Haih pasal ape pulak ni?", bingung jugak saya. Saya terus muntah dan pening sehinggakan seharian tak dapat bangun. Hampir 4 kali jugak lah keluar masuk toilet. Terbaring je saya sepanjang hari, masak ++ buat kerja rumah pun tak dapat sebab kepala terlalu berat. Memang tak selera betul makan semalam, hanya dapat minum air milo + roti jer. Saya tak pasti kenapa sebab saya tak pergi  checkup pun kat klinik. Yang encik suami ni dah happy dah lah kan. Emm.. tapi saya tak nak menaruh harapan tinggi sangat atas sebab yang belum pasti kenapa saya tak sihat semalam. Mungkinkah kerana saya mabuk akibat makan pucuk ubi terlalu banyak malam tu atau sebab berita gembira lain? Mana satulah agaknya yer? Telefon mak dan tanyalah mak samada makan pucuk ibu boleh jadi mabuk jugak ke? Mak pun pelik dan saya lagilah pelik kerana selama ni makan tak pernah pulak jadi camtu kan. Sebenarnya dah dua hari berturut-turut saya makan pucuk ubi tu. Emmm.. Tak tahu lah kenapa.. Just wait n see jelah... :)

 Hari ni, Alhamdullilah....... dah segar sikit dan bolehlah bangun buat kerja dah.. Tak muntah cuma pening-pening lalat aje.. Hihik. Nantilah saya nak check sebab saya rasa awal lah pulak kot.. Kalau benar bagai dikata, syukurlah sebab adam dan abahnya yang menginginkan sangat.. :)
Adam ikut abahnya main badminton dua hari yang lepas. Nanti akan di update kemudian yer... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute