Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 31 March 2012

Pesta Air Tok Bali


Hari ini kami jalan-jalan kat pantai. Ada pesta air kat pantai Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. Tapi kami pergi dah last day, maka tak banyak acara dah lah. Sempat tengok acara memancing dan pertandingan burung candik jer tadi. Itu pun ramai jugak orang tau walau last day... Si kecik tu memang seronok sangat tengok pantai, siap nak mandi lagi tapi dah tengahari panas manalah boleh mandi. Terus dia merajuk. Kesian dia.. Ekceli saya belum pernah ajar dia mandi laut. Hehe.. Bimbang weh mandi laut nih. Kalau air sungai lain sikit kan sebab takde ombak.. Biasalah itulah buah hati pengarang jantung. 

Pesta air nih berlangsung selama 3 hari. Sebenarnya macam-macam aktiviti lagi tapi dah kami pergi last day kan, so tak dapat lah tengok banyak pun.  Tapi yang compius nyer bile tengok kat banner tu aktiviti semua darat jer.. Mana pesta air nye pun tak tahu lah. Hehe.. 

Jom layan kami kami bergambor...hehe


 Nampak ade bot berhias kat tepi jalan masuk, terus lah si kecik nak tengok dan amik Pic..Hehe.

 Acara memancing.. Masa nih dah nak habis dah pun. Tengok tu adam jadi pengadil tengok ikang mana hok paling berat sekali. hehehe. Hadiahnya RM5k utk 1st prize. Untung org yg kaki pancing tu.

 Lagi satu acara sempat tengok.. Ramai betul orang duk tanding burung.. Saya pun tak paham cmne nk tgk sape menang sape kalah.........???

 Adam dapat pistol belon.. Senyum sampai telinga tau. Saya tak kasik beli tapi abah nye beli jugak. Emmmm..





Itulah rutin kami di hujung minggu.. Tak tahu pun sebenarnye nak meronda mana, balik-balik pergi pantai, sungai.... Hehe...


Hanya Untuk Ingatanku





Gambor cute ihsan pokcik google

Saling percaya dan jujur itu sangat lah penting dalam sesebuah perhubungan..
Jangan percaya pada kata-kata orang terlebih dahulu dari penjelasan pasangan kite sendiri. 
Selidik dahulu kesahihannya sebelum menuding jari pada kesalahan yang belum pasti kebenarannya.
Fikirkan dulu kebaikan dan segala pengorbanannya sebelum bertindak....
Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padahnya.

Cemburu??? Perlu ada batas nya.
Cemburu yang membabi buta hanya merosakkan jiwa.
Kelak ada hati yang merana dan tersiksa.

Sayang???
Itulah yang perlu dipanjangkan...
Harus sentiasa saling sayang menyayang yang berterus-terusan.

Hambar nya sesebuah hubungan kerana ada sekelumit rasa benci,
Rasa iri hati, rasa tidak percaya dan kurang rasa sayang...
Semailah kasih sayang seindah kali pertama bercinta seperti dahulu..
Bahagia pasti kan ada...


p/s : Hanya coretan buat peringatanku dan kamu kamu.. :)



Friday, 30 March 2012

Blog pun boleh timbang rupe nyer..


Hai Rakan- rakan blogger ku.

Tadi jejalan kat blog Cik LISA terjumpe lak pasal cara timbang berat blog. Blog pun boleh timbang tau.. Hehe.. Thanks for sharing yer Lisa. So, izinkan saya share pulak kat sini.

Saya dah timbang dah berat blog saya.. Hehe.. Nampaknya tak berat mana lah, kurang makan kot.. Ringan jer.. Ok lah sebab senang nak loading kan. Kadang kalau blog yang lambat loading, saya pun malas nak tunggu kalau BW. Last-last terpaksa tekan X tu.. Itu yg saya pun nak timbang lah blog saya nie cmner... kot2 lah berat ke kan yg boleh buat orang tak suke singgah..


Nampak tu, masih ok lagi lah yer. Hehe.. So, kalau korang nak timbang berat blog korang.. boleh lah klik kat   SINI

p/s : Mari menimbang blog!! :)

"Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa"


Jejalan kat blog si comel NIA nampak lah segmen nih. Cantik pulak tengok banner tu bergerak-gerak. Hehe.. So tak salah rasa nye join sama sebab nak ramaikan kawan di alam maya ni kan. Hehehe. 



Nak join klik banner tu yer

Beberapa Syarat Mudah Nak Join Segmen Ini://



* Buat entry bertajuk "Segmen Blogwalking & Tambah Followers Oleh Lisa"
* Lepas tu letak banner ni. *huh, pestime buat banner, penat ni. muahahaha
* Lepas tu sudilah follow blog Lisa jugak ye. Follow Sini :) Tak paksa pon LIKE kelab kipas  Lisa. haha
* Tak wajib tag kawan. Kalau nak tag jugak pon apa salahnya. Pastikan mereka tahu.
* Expired date: 18 Mei 2012 (sempena Lisa tamat praktikal) hahahaha
* Hebahkan ini kepada rakan blogger yang lain. Lagi ramai lagi meriah. Wahh!
* Dah siap? Sila ping entry tersebut di komen ini. 
* Lepas tu tepuk tangan! yay!

Sape2 nak join sama klik SINI.
>>SELAMAT BERSEGMEN<<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute