Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Saturday, 25 February 2012

Tahniah Lisa Surihani & Yusri


Hai rakan-rakan blogger. Malam ni ada dokumentari eksklusif Lisa & Yusri kat astro Ria jam 10pm. Tak sabar saya. Jap lagi nak tengok lah ni. Hehe.. Before tu nak wat entri lah dulu. Saya memang minat kt Lisa sebab dia chumell. Hehe.. Tahniah buat Lisa & Yusri. Semoga diorang kekal bahagia hingga akhir hayat. Amin.


Jom layan Pic comel-comel diorang jap..





Comelnya Lisa... Berseri-seri.





saje nak menulis

Planning birthday adam cancel???



Opss... Planning birthday  my lovely boy yg ke-3 tahun terpaksa cancel. Ekceli, asalnya nak buat outdoor birthday party @ air terjun Lata Belatan. Tapi disebabkan encik hubby on shift weekend tu, maka nya terpaksa cancel dan buat di  rumah lah nampaknya. Yang best, jemputan dah buat dah... hehe.. Tapi takpe, ade seminggu lagi for that big day my boy. Dah lama tak buat party utk dia, last masa dia setahun lah kan. Tahun lepas just bertiga jer..private party @ KFC. Hehe. So tahun nie memang kena buat lah. Masih boleh di plan baik-baik lagi lah. Nak buat BBQ sebenarnya. Kalau buat kat rumah nie, hehe.. dah lah kuartes kan. Rasa nye mahu satu blok berbau asap. Hehehe. Tapi ok jelah kot, tak mengganggu rasa nye kot. Ade kot-kot lagi kan. Hehe.. Tapi lagi seronok kalau dapat buat ikut plan asal. Sekarang dah kena cancel, tukar kpd plan B lah pulak. Hahaa.. Takpelah janji berjalan lancar hendaknya.

Nak buat kek ape ye?? Emmm.. Adam request kek yg ade pic angry bird.. Alahai lupe nak survey masa g kedai bakery hari tu. dia suh letak pic tu atas kek sebab suka sangat tengok pic kek cantik-cantik dengan dia, tu dia nak jugak tu. Kesian pulak dia suh ibu dia buat sangat kek angru bird. Saya nie bukan pandai mana deco. Hehe.. nanti ibu try ye adam. Tapi kalau tak leh buat cmtu, buat biasa jelah. Janji lilin tulisan happy birthday dah beli. Ok lah kan. Hehe. 

Dah besar dah rupenye dia. Seminggu lagi dah nak 3 tahun pun. Kejap je rasa.. Maka, akan adalah orang-orang yg bz bertanya nanti bila nak tambah lagi.. hahaha.. soklan yg biasa ditanya kan bila anak dah besar sikit. Itu perkara biasa. Diamkan aje sambil senyum bile ada yg bertanya.  Untuk birthday adam, ekceli abah nye dah beli pun hadiah dia. Abah adam memang camtu, sebelum birthday, dh beli dulu dah. Yang lepas-lepas pun sama.
.
.
Ini  hadiah abah utk birthday boy 1 tahun

Ini utk birthday boy yang ke 2 tahun
.
.
.
 Dan yang ini utk birthday boy yg ke-3 tahun pd 05/03/12 nanti. Abah dia memang suke sangat beli awal. Hehe.. Ini request dr adam sendiri nak colour bilu melah ( versi adam cakap) hehe. tapi sekarang dah kurang dah pelat. Semakin petah cakap dari hari ke hari. Alhamdulillah.





p/s : Semoga Anak ibu menjadi anak yg baik, cerdik dan sihat selalu. Ibu sayang Adam.



Coretan Rajin

Friday, 24 February 2012

Malam ni layan movie seram



Apa khabar semua rakan-rakan bloggerku. Hehe.. Malam nie saya layan movie seram ngan jiran tetangga. Baru je selesai sesi tonton movie di malam minggu. Kalau belah Terengganu dan Kelantan ni, jumaat adalah cuti minggu. Hehe. Actually kat sini, takde pagung wayang, maka nye, tunggu movie kuar astro first ke baru lah leh tengok ramai-ramai. Padahal citer ni dah basi dah pun tapi saya nak citer jugak sebab saya baru tengok yer. Kalau tak suke takpelah. Tapi nak update gak kat sini. Boleh?? hehe..

Pic dr pokcik google. Thanks pokcik. Hehe.

Best gak citer sumpahan kum kum tu erk. Memang menjerit-jerit je. Seram tapi ending dia Okay lah sebab tak tergantung sangat seperti drama-drama melayu yang lain. Kadang saya nie punya lah syok menunggu layan citer, tapi bile part ending hampeh.. itu yg kecewa jer rasa. sangat tak suka kalau citer ending nyer tergantung dan buat kite tertanya-tanya. Tapi antara drama series yang jadi feberet saya dan saya suke sangat ialah Tentang Dhia.. Huhu.. sampai menangis tu tengok ending yg pada saya memang terbaik. Lagi satu citer Juvana lah kan. Hehe.. Berbalik pada citer kum kum tu, memang best lah. Padat dengan seramnye.. dan jalan citer pun senang nak faham. Suka ngan lakonan Fezrul yang sangat memberi impak besar pada citer tu. Itu bagi saya lah. Tak tahulah pada orang lain kan. Alahai banyak nye movie yang saya ketinggalan. Hehe.. Tapi takpe, boleh gak tengok nye pun walau lambat. Takde wayang memang lah cmni kan. Terpaksa lah. Saya nie sebenarnya memang kaki wayang, itu masa study dulu lah. Sekarang je agak kurang sikit atas sebab-sebab tertentu. Hahaha. Tapi kadang kalau balik kampung barulah boleh pi panggung. Hehe.. Mesti tertanya-tanya manalah saya tinggal ni kan. Hehe.. Biarlah rahsia. 


Saje nak citer

Sebenarnya saya stress...



Stress?? Semua orang ada stress. Macam2 tekanan dalam hidup ni. Yang membeza kannya, bentuk tekanan tu dan bagaimana seseorang itu nak hadapi situasi tu. Seriously, saya kadang-kadang tak pandai nak handle stress. Kadang mula lah nak marah-marah, jadi pening sampai terbaring-baring. Yang bestnye, kebelakangan ni, kalau time tension, adalah mangsa yg akan jadi tempat melepas rasa tension saya. Risau sebenarnya sebab kadang tu si anak jadi mangsa. Dulu mok yang selalu kena. Apa mok tanya saya wat tak layan jer. Tak patut betul.. Rindu mok. Huhuk. Tapi sekarang bila jauh ngan mok dan bersuami, ada anak, mok jugak jadi tempat luah segala rasa. Tapi anak lah selalu kena marah bila emosiku tak stabil. Tak patut kan saya tunjuk contoh yang tak baik pada anak. Menyesal kadang tu. Tapi kita ni hanya manusia biasa. kadang susah nak kawal emosi.. 

Apa itu tekanan? Tekanan ialah bila anda terpaksa bertindak balas terhadap perkara yg dipertanggungjawabkan terhadap anda. Bagaimana nak handle??

1) Bersikap realistik terhadap keupayaan dan apa yg boleh anda lakukan.
2) Kenali diri dan bersedia ubah sikap.
3) Beri tumpuan kepada penyelesain masalah.
4) Atur masa dan tentukan keutamaan anda.
5) Makan makanan sihat dan lakukan senaman.
6) pelihara hubungan baik dengan orang sekeliling.
7) Jadilah orang yg suka berjenaka dan cari sesuatu yg dapat mencuit hati.
- dari buku Smartstart-

Tapi kan ubat yang paling mujarab adalah mengadu pada-NYA YANG MAHA ESA.
 Kan...


p/s : Masih belajar dan kan cuba utk lebih baik dlm hadapi stress.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute