Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Monday, 30 July 2018

Resepi tat jepun stail saya



Ibu Cuba.
Tat jepun.

Crust :
170gm butter/marjerin
50gm gula icing
1bj telur gred c
1 SK esen vanilla
290gm tpg gandum

-pukul sebati gula Dan butter dengan senduk je. Masuk telur.mix sebati. Masuk Esen. Masuk tepung sikit sikit.uli hingga jadi doh lembut.

Filling : apa apa Jenis jem atau filling

Kek :
200gm spongemix/tpg optima
200gm telur
50ml air
50ml minyak
1sk esen vanilla

-mix semua kecuali minyak. Mix hingga gebu. Dah gebu kental baru kaupbalik minyak dengan spatula.

Caranya.
-terap doh masuk acuan tat.
-letak jem.
-letak adunan kek.buatla corak dari dua sudu adunan kek diwarnakan.
- bakar 15-20 minit suhu 170c

Monday, 5 February 2018

Dapur mainan anak daripada storage box


Storage box tu IBU letak mainan masak masak. Jadi diy teruslah menjadi dapur mainan anak anak.
Tampal pembalut hadiah. CD dan penutup botol 


Lepas dah siap main..bolehlah kemas semula mainan masak masak dalam box. 

Diy doll house

Lagi paten doll house yang IBU buat.  
Dari sebuah kotak sebesar lebih kurang kotak air mineral.
Doll house ini tak lengkap perabot. Belum beli perabot. :)
Paten ni mudah nak buat. Tak perlu cantumkan banyak kotak. Guna satu kotak besar je. Alhamdulillah .

Hanya print sahaja dan tampal perabot tu semua. Bahagian dapur 

Bahagian ruang tamu, bilik tidur, bilik air dan loteng.

Ini pula diy buaian. 

Diy farm house daripada kotak dan mudah alih


Diy kedua farm house.
Diy daripada kotak susu yang mudah dilipat dan disimpan. 

Gambar haiwan tu print dan lekat pada kertas manila kad.

Gambar keseluruhannya. Sangat mudah. Bahagian tepi tu IBU gamkan kepingan kotak. Nanti lipatkan aje sebab IBU dah lekatkan Velcro juga disitu supaya bila ditutup melekat elok 

Ini farm house paten sebelum ni paten pertama. Ibu letak atas meja  

Gambar di print je. 

Cara IBU diy haiwan tu. Yang ni IBU ambil gambar daripada buku lama .lepas tu lekat pada kotak dan tapak dengan batang aiskrim. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute