Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Friday, 3 July 2015

Anak kerap Demam kerana Tonsil


Saya sebenarnya semakin risau dengan Adam. Awal tahun hari tu dia dah masuk ward sebab demam panas. Tak sempat nak update kat blog pun pasal tu. Tapi lepas pada tu, dia semakin kerap kena demam. Selang dua bulan kena demam lagi. Ikutkan rekod saya catat demam dia tu, bulan 1, bulan 3, dan last lepas cuti sekolah bulan 6 iaitu 14hb. Ini 2 hb 7 start dedar balik tubuh dia. Malam hari je camtu, lebih kurang pukul 2-subuh mesti suam tubuhnya. Check suhu dalam 37.7. 

Masa checkup demam bulan 6 tu, doktor dapat kesan yang Adam ada tonsil.. memang kena selalu jaga pemakanan dia, persekitaran dia dan memang kena lebih berjagalah.. Sekarang dia sakit tekak, saya perasan dah dua hari suara dia jadi garau dan kasar. Bila saya tanya sakit tekak ke, baru dia beritahu. Saya memang tak ada pengalaman bab tonsil ni dan suami pun sama. Banyaklah saya gugel nak tahu apa itu tonsil dan cara nak kurangkan tonsil tu supaya demam tak berulang dengan jadi teruk.

Salah satunya dengan berikan vitamin c kepada anak. Sebenarnya saya memang selalu belikan anak-anak suplemen tetapi tidak tetap pilihan. Kejap saya belikan Qaseh junior, pastu tukar beli champs pulak, last belikan memoreen. Cuma yang selalu beli kismis tok guru lah. 

Sebelum ni, memang abahnya belikan vitamin C champs dan banyak kali jugaklah sebelum saya gatal pi tukar-tukar  yang lain.  :)
So, semalam belikan vitamin C semula tapi appeton pulak. Bagi saya suplemen yang pernah try tu semuanya OK.


Nampaknya kan lepas ni saya memang sentiasa kena alert.

1) kalau dengar suara anak macam garau je.. kena beri dia makan aiskrim dalam cup tu. Haa semalam abahnya belikan yang besar terus. 

2) anak ada selsema je, jangan dibiarkan. Kena rawat guna cara tradisional dulu sebelum berikan ubat selsema dan batuk. saya suka letak bawang putih yang dibakar dan campur dengan minyak masak. Bila anak tidur, saya sapu kat tapak kaki dan dada. Selain tu, saya suka guna kunyit hidup dan tenyeh sampai kuning batang hidung anak. 

3) Kerap mandikan anak.. balik sekolah kena mandi. Sebenarnya Adam ni, kalau balik sekolah memang dia mandi tapi kadang tu, dia ngelat mandinya... mandi macam bilas. Itu yang dah tak boleh sangat biar dia mandi sendiri..kena tengokkan juga dan pesan supaya mandi elok-elok, jangan main ala kadar je.

4) waktu turun taman kena lewat. Pukul 6 petang pun masih panas lagi..ini pukul 5.30 dah turun main.

5) kena ingatkan anak minum banyak air masak dan jus oren atau ape saja jus. Tak kisahlah kan janji air kena selalu minum dan cukup. Fuhh bab yang ni memang nak kena selalu ingatkan je.

Semoga anak-anak ibu sihat sentiasa. Memang risau kalau anak tak berapa sihat dan kerap demam ni. Saya pun tak tahu macamana lagi cara nak rawat tonsil ni dan petuanya.. 

Diy Abakus : Pengenalan abakus kepada anak


Selepas perkenalkan Adam dengan nombor bundar, saya mula ajarkan dia untuk faham abakus atau sempua ni. Zaman saya sekolah pun rasanya tak pernah belajar abakus ni. Saya pun belajar dan faham dulu apa itu abakus ni barulah boleh ajarkan anak nanti kan. Kalau ibu tak faham, macamana nak ajar anak.. hihi. 

Saya pun download la game know abacus ni kat handset. Memang sakan lah duk study. Tapi memang senang juga nak faham dengan aplikasi game tu tau. Korang kalau nak faham abakus, boleh la cuba download game ni kat playstore.. haa pastu study la.. Nanti takde lah blur je nak jawab kalau anak tanya dan minta tolong ajarkan kerja sekolah dia kan.. :)

Ni haa game tu. Know abacus namanya. Saya pun ada juga bagi Adam main game ni.. Saya suruh dia pilih level yang basic dulu. :)
Diy abakus dengan lidi sate, manik kalerful dan batang aiskrim.
Saja je diy sendiri... nanti dah masuk sekolah baru belikan sempua tu. Ini untuk berkenalan je kan.. buat jelah sendiri, lagi kalerful gitu kan.. haha. :)
 Saya buatkan abakus ni sebab tengok soalan dalam buku latihan yang beli hari tu ada abakus. 

Letak label sikit untuk lebih anak faham. 

Contoh kedudukan manik dan nombor. Saya minta adam buatkan camtu. Praktis dulu dan faham dulu cara baca abakus dan kira dengan abakus tu.

Mula-mula susah jugak dia nak tangkap... tapi bila dah ajarkan yang asas tu.. baru dia boleh faham sikit. yang penting kena tahu baca manik abakus tu. Nanti dalam soalan banyak jenis macam tu kan.

Saya memang suka diy alat belajar ni.. Adam pun suka kalau saya buatkan alat belajar kat dia. Mungkin dia lagi rasa seronok bila tengok ibu bersungguh buatkan. 

SELAMAT MENCUBA!!



Thursday, 2 July 2015

Aktiviti : Messy play


 Sesekali sepahkan rumah dengan aktiviti begini, seronok juga yer.

Bancuh tepung jagung + air + seidkit pewarna makanan. Kacau hingga jadi agak likat..
Magiknya tu bila kat dalam bekas keras, bila angkat dan pegang, ia cair...
Haaa tu yang budak berdua ni seronok bertingkat-tingkat main benda alah ni. Tak percaya, cubalah sendiri.. :)

Wednesday, 1 July 2015

Cara mudah ajar anak Nombor Bundar : Teknik Garis Nombor

Sebagai persediaan Adam untuk melangkah masuk darjah 1 tahun depan, saya dah mula ajarkan dia serba sedikit tentang topik darjah 1. Saya mulakan dengan nombor bundar. Bundarkan kepada puluh terdekat dahulu..

Mudahnya dengan menggunakan teknik garis nombor. Nampaklah yang mudah Adam nak faham.
Buatkan satu garis nombor yang ada 11 ruang kotak. Tambah sedikit apa-apa yang boleh menarik perhatian anak dan laminate. Boleh guna ulangkali untuk nombor lain kalau laminate. :)
Saya uji Adam dengan buat 5 soalan nombor tu dan dibundarkan kepada puluh terdekat.

Alhamdulillah.. anak ibu dapat faham dengan baik konsep bundar dengan guna kaedah ni. 

Hasil jawapan Adam. (taktahu ler kenapa senget gambor ni..)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥