Selamat berkunjung ke blog saya. Semoga kunjungan anda dengan niat yang baik. Blog ini sekadar mengisi ruang waktu cerita hidup saya dan aktiviti homeschooling saya bersama anak-anak. Semoga bermanfaat untuk semua. Wassalam.

Lovely Followers

Tuesday, 30 June 2015

Aktiviti untuk belajar Math, Read Easy dan Bacalah Anakku


Percaya atau tidak.... pendidikan yang terbaik adalah bermula dari rumah. Kitalah cikgu pertama anak sebelum cikgu sekolahnya. Kitalah yang sebenarnya harus bantu tugas cikgu di sekolah. Jika kita mula dari awal ajar anak untuk suka buku, ada minat nak belajar... ini secara tidak langsung memudahkan cikgu untuk ajar anak kita nanti. Itulah pentingnya melatih fine motor sklills anak sejak kecil supaya anak mudah nak pegang pensel dan sebagainya lagi. 

Mungkin orang akan cakap, tak keje bolehlah... yup, syukur diberi peluang masa yang lebih sedikit untuk saya buat aktiviti belajar dengan anak kerana saya tidak bekerja tetapi itu bukan alasan sebenarnya. SRT pun kadang tak sempat mana juga.. saya banyak guna waktu malam dan cuti hari minggu untuk sesi belajar bersama anak..

saya hanya cuba buat ini je untuk anak dan alhamdulillah, mereka menunjukkan minat. 
1- sediakan ruang belajar yang menarik
2- tetapkan jadual belajar untuk anak.
3- banyakkan aktiviti bermain sambil belajar..

Setakat ni, Adam nampaknya lebih sukakan subjek matematik dan sains.


diy tool untuk matematik. Atas tu untuk belajar topik nilai tempat sesuatu nombor. Bawah pula untuk belajar nombor menaik dan menurun. 
Ini aktiviti bahasa untuk english tetapi untuk bahasa malaysia dan jawi pun sangat sesuai. 
Contoh perkataan yang ditulis pada kertas tu diambil daripada buku readeasy 3 dan 4.
Bahan sampingan lain ialah dadu dan pemadam sebagai penanda.. Takde pemadam, boleh je guna penanda lain yang dirasa sesuai tetapi kena banyak..
Caranya ; pusingkan dadu dan bila dapat nombor, anak kena pilih dan baca kemudian tanda word tu.. 

Ini contoh untuk games buku bacalah anakku. 

Anak pusing dadu, dan kira ikut nombor yang dapat tu.. kemudian baca dan tanda. Games ni macam main dam ular tu lah.. hihi. yang ni pun sesuai untuk english juga.

Banyak lagi aktiviti lain yang telah saya buat..Bolehlah terjah intai DI SINI yer. 

Cara melatih Potty Training anak : Potty training Dhia


Sebenarnya untuk sesi potty training si anak ni kan, tersangatlah memerlukan tahap kesabaran dan semangat yang tinggi dalam diri kita sebagai ibu ni. Mana tidaknya kan, time macam ni la nak kena lap dan bersihkan tempat-tempat dalam rumah tu berkali kali gara-gara terbuang tu.. tetapi itulah namanya perlukan sabar. Anak kita tu kan masih dalam proses belajar. Jadi janganlah cepat mengalah.... :)

Abang Adam berjaya potty training masa umur 3 tahun dan Alhamdulillah si adiknya Dhia lebih awal sedikit iaitu masa genap usianya 2 tahun bulan Mei yang lalu. Anak sulung sememangnya lambat sikit dan anak kedua ni dia akan jadi mudah tu bila tercabar dengan si abang. Apa yang abang pandai buat, dia pun nak pandai juga.

Sekarang ni memang Dhia dah tak dipakaikan diapers waktu siang kecuali masa dia tidur dan nak pergi jalan-jalan, barulah saya pakaikan diapers kat dia. kadang tu kan, Dhia boleh buka diapers dia tu time tengah tidur kalau dia tersedar.. pernah juga beberapa kali dia terkejut waktu malam dan nak 'cinggg' katanya. Sehari tu hanya satu diapers jelah guna. Untuk malam hari je. Harap lepas ni berjaya say Goodbye to diapers sepenuhnya. :)

 Usia berapakah yang sesuai untuk ajar anak ke tandas?
pada pandangan saya, pada usia 2 tahun sudah mula boleh melatih mereka.

Tips melatih anak untuk melatih anak ke tandas :
1) tanggalkan diapersnya di waktu siang. Mulakan dengan mencuba pada waktu pagi dahulu hingga tengahari. 

2) gulungkan semua tikar atau karpet korang yang cantik tu semasa proses melatih anak ni yer. Kalau tidak ada kang menangis nanti nak kena cuci karpet.. hihi

3) sentiasa bertanya kepada anak.. "adik nak cingg, adik nak berak". Itu ayat sayalah... tetapi Dhia ni buang air besar ke kecil semua dia sebut berak. :)

4) kenalpasti reaksi muka anak kalau dia nak membuang. Kita kan ibu ni memang boleh kenal reaksi anak kita kalau dia nak buang air kecil ke air besar. Contoh..kalau tengok anak terkepit-kepit tu..teruslah tanya kan dia dan cepat-cepat bawa dia ke tandas.

5) sentiasa berikan kata galakan atau pujian kepada anak. "Adik, kita kalau nak cingg kena gi tandas tau, barulah adik hebat".  Dhia suka perkataan HEBAT tu..  dan bila anak berjaya ke tandas sekali ke dua kali ke mahupun berkali-kali ke, berikan satu tepukan untuk dia. sebab apa tau... sebabnya anak akan rasa seronok dan akan tahu yang dia buat tu perkara yang bagus.

6) jangan kelirukan anak. sekejap pakai diapers sekejap tak pakai.. kena konsisten.. janganlah dua jam tak pakai, lepas tu pakaikan semula dalam sehari tu.. haa memang keliru la dia nanti. 

7) ibu mestilah kena sabar dan kuat semangat... JANGAN MALAS kalau nakkan misi berjaya.


Sunday, 28 June 2015

Pelbagai aktiviti dengan sticker dot dot


Anak-anak saya paling suka kalau buat aktiviti dengan sticker dot dot ni. Buka dan tampal, mahu tak seronok mereka kan. Ini antara sebahagian aktiviti yang boleh dibuat dengan sticker dot dot.
Sight word dot dot dan matematik lebih kecil lebih besar.
Ini untuk Dhia. Pengenalan kepada nombor 1-5.

Ini pula saya tulis a b c kat kertas dan tampal pada kotak potato tu.. kat sticker dot dot saya tulis a b c jugak. Dhia akan match kan lah dengan yang sepatutnya.

Saturday, 27 June 2015

Koleksi Lego Abang Adam


Sejak tahun lepas... Adam ada satu hobi baru iaitu mengumpul lego. alaa bukan lego yang mahal tu, lego yang cap ayam jer.. Tapi okay jelah.. Boleh dikatakan setiap bulan hari gaji abahnya, pasti ada je yang baru.. Mujurlah lego tu harga tu yang belas ringgit dan ada yang bawah sepuluh ringgit jer. Bila tengok semakin bertambah koleksi dia tu kan, rasa comel jer... itu yang ibu dan abah melayan jer, maklumlah tumpang sekaki jugak. Masa kecil tak dapat sangat beli benda camgitu kan. hahaha.. :)

Antara sebab lain yang menjadikan koleksi dia semakin bertambah tu sebab kami suka jadikan lego tu sebagai habuan kalau dia berjaya buat sesuatu yang baik. Kadang suka cakap, "Adam kalau nak lego, adam kenalah perangai baik-baik, sekolah kena rajin". "Kalau abang Adam berjaya tidur bilik sendiri, abah belikan lego". Haaa... kan kena beli lagi tu sebab dia dah berjaya tidur bilik sendiri dah kan. :)

 Diy akuarium lama jadikan tempat letak lego abang Adam. Dah jadi tiga tingkat dah.. tak muat, ibu beli pulak rak hitam sebelah tu buat letak kotak dan lego lain.

 Lego ni ada yang dibeli kat kedai dua ringgit. Yang bawah tu semua beli kat kedai dua ringgit.. comel je kan walaupun bukan yang mahal tu. bezanya kualiti jelah, macam yang ni mudah cabut sikitlah kalau ganas sangat. Tapi abang Adam beli bukan buat main pun, dia lebih kepada minat mengumpul... dia suka tengok tersusun. Itu semua dia yang susun sendiri.. Ibu hanya sediakan idea tingkat-tingkat tu je. :)

 Papan letak lego ni beli kat kedai Happy Home. Rm7++ tak silap saya. Pernah tanya kat mall RM25 satu papan tu.. biasalah saya, survey dulu.. sekali jumpa kat happy Home papan tu.. Memang cun lah kan..

 Adam cakap ada lagi 2 koleksi yang belum dia ada untuk star wars ni.. Nampak... haa bulan depan kena standby lagi la tu gayanya. hahaha


Alamak!! kenapa mata abang adam makin sepet.. abaikan yer.. mata dia memang camgitu. :)


Sebenarnya kan, masa awal-awal belikan lego ni dulu.. berterabur jugak tau sebab dia letak dalam tupperware camtu je. Saya mula nampak yang dia suka kumpul ni bila beli je dia duk simpan dalam tupperware. Memang berterabur lah dalam satu bekas tu. Itu yang saya pun buatkanlah satu sudut khas untuk dia letak koleksi dia tu kat ruangtamu rumah ni. Kebetulan teringat pulak akuarium lama abah dia, terus DIY buat tempat lego... asalnya letak polestrin putih je jadikan alas... bila dah jumpa yang sesuai, tu yang upgrade jadi comel sikit tu. 

Nota : Terima kasih buat Abah kerana suka melayan Adam.. setiap kali gaji, mesti belikan lego. Kalau pergi outstation pun, ada je lego dibelikan.. banyak jugak kot abah berhabis untuk koleksi abang adam ni... hihi. Terima kasih Abah.. walaupun abah garang tapi abah baik tau Adam.. Adam kena ingat tu.. Abah tegas dan marah abah kat Adam tu bersebab!! Semoga Adam membesar dengan sihat dan berjaya sentiasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

♥ Copyright © 2013 reserved to Myself. Template Edited by Cik Rose Cute ♥